PAS Kuala Kangsar

Call Directions

PAS Kuala Kangsar Menegakkan syariat Allah dan sunnah Rasulullah SAW di Malaysia Amnya dan Kuala Kangsar khususnya

19/10/2026

Selamat ulangtahun kelahiran YB Ustaz Datuk Haji Idris bin Ahmad, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semoga Allah SWT terus melimpahkan keberkatan dalam usia, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudah segala urusan serta mengurniakan kekuatan dan istiqamah dalam meneruskan khidmat kepada Islam, rakyat dan ummah.

Moga setiap amanah yang dipikul menjadi ibadah, setiap usaha dikurniakan ganjaran pahala dan setiap langkah sentiasa dalam petunjuk serta keredaan Allah SWT.

Bertambah usia, bertambah amal dan terus istiqamah membawa amanah perjuangan.


19/10/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

KECAMAN KERAS TERHADAP LARANGAN BERHIJAB DI SEKOLAH-SEKOLAH AZERBAIJAN: DUNIA HIPOKRIT MENGENAI HAK ASASI WANITA DAN PENDIDIKAN

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) memandang serius dan mengecam sekeras-kerasnya dasar serta tindakan berterusan kerajaan Azerbaijan yang menyekat dan melarang pemakaian hijab dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah-sekolah. Tindakan memaksa anak-anak muda ini memilih antara hak untuk mendapatkan pendidikan dan ketaatan kepada agama adalah satu bentuk kezaliman, penindasan mental, serta pencabulan hak kebebasan beragama yang sangat nyata.

2. Menafikan hak berhijab di institusi pendidikan seolah-olah satu cubaan terancang untuk menjauhkan generasi muda daripada identiti dan kefahaman Islam yang sebenar. Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, adalah sangat ironi dan mendukacitakan apabila dasar sekularisme radikal sebegini diangkat sehingga mengorbankan syariat yang wajib dipelihara.

3. Dalam mendepani penindasan ini, DUPP mempertikaikan dengan lantang, di manakah perginya suara masyarakat antarabangsa, pejuang kebebasan bersuara, dan pendokong hak asasi wanita? Sikap dunia hari ini sangat hipokrit. Apabila timbul desakan wanita untuk menanggalkan tudung atau berpakaian mencolok mata atas tiket "kebebasan", seluruh dunia dan media Barat bising menjerit memberi sokongan. Namun, apabila pelajar-pelajar Muslimah ditekan, diusir dari kelas, dan dinafikan hak asasi mereka untuk memakai hijab demi menuntut ilmu, seluruh dunia tiba-tiba menjadi bisu dan memekakkan telinga. Sikap 'double standard' ini amat memalukan dan membuktikan retorik hak asasi manusia tajaan Barat hanyalah kepalsuan semata-mata.

4. Sehubungan dengan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan pendirian berikut:

Pertama: Menyeru seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa yang cintakan keadilan untuk bangkit membuat bantahan secara terbuka ke atas pencabulan hak pendidikan dan kebebasan beragama yang berlaku di institusi persekolahan Azerbaijan.

Kedua: Mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kerajaan negara-negara Islam, serta para ulama di seluruh dunia agar campur tangan dan tidak sekadar berdiam diri. OIC mesti menggunakan saluran diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Azerbaijan agar segera memansuhkan dasar pendidikan yang bersifat Islamofobik ini.

Ketiga: Menyatakan solidariti penuh dan menyeru seluruh rakyat Islam di Azerbaijan, khususnya para ibu bapa dan pelajar, untuk terus kuat, beristiqamah, dan menunjukkan kebersamaan yang padu. Pertahankanlah hak akidah dan syariat anak-anak kita kerana kebenaran pasti akan terbela.

5. DUPP menegaskan bahawa institusi pendidikan seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk membina akhlak dan intelek, bukannya medan untuk mendiskriminasi mana-mana individu atas asas agama.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

18 Oktober 2026 Miladi bersamaan 7 Jamadilawwal 1448 Hijri

LIQA’ FIKRI PAS KAWASAN KUALA KANGSAR: AL-QURAN MEMBERI PETUNJUK DALAM BERPOLITIKKUALA KANGSAR, 17 OKTOBER 2026 – PAS Ka...
19/10/2026

LIQA’ FIKRI PAS KAWASAN KUALA KANGSAR: AL-QURAN MEMBERI PETUNJUK DALAM BERPOLITIK

KUALA KANGSAR, 17 OKTOBER 2026 – PAS Kawasan Kuala Kangsar telah menganjurkan program Liqa’ Fikri bulanan bertempat di Kompleks Tarbiah Wan Hajah Fatimah (KOTAWAF), Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bagi memperkukuh kefahaman ahli terhadap perjuangan Islam serta menghayati panduan al-Quran dalam urusan politik dan kepimpinan.

Program yang bermula pada jam 6.30 petang dengan sesi pendaftaran itu diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan tahlil. Para peserta kemudiannya menikmati jamuan makan yang disediakan hasil sumbangan para penyumbang. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang yang telah menjayakan penyediaan jamuan tersebut.

Selepas solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan pengisian utama bertajuk “Al-Quran Memberi Petunjuk dalam Berpolitik”, yang dinaqibkan oleh Y.B. Tuan Sallehen bin Mukhyi ADN Sabak, merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.

Pengisian ini menekankan kepentingan menjadikan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan panduan dalam setiap aspek kehidupan, termasuk politik, kepimpinan, pentadbiran serta perjuangan menegakkan keadilan. Politik menurut perspektif Islam bukan sekadar usaha mendapatkan kuasa, bahkan merupakan amanah yang perlu dilaksanakan berlandaskan syariat, nilai integriti, keadilan dan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).”

Ayat ini mengingatkan bahawa setiap amanah kepimpinan hendaklah ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, kejujuran dan keadilan. Justeru, ahli PAS perlu sentiasa memperkukuh kefahaman Islam, memelihara akhlak perjuangan serta menjadikan panduan wahyu sebagai asas dalam membuat keputusan dan menggerakkan gerak kerja politik.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar merangkap ADUN Manong, Y.B. Berhanudin Ahmad, barisan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, ketua-ketua dewan, ketua-ketua cawangan serta ahli PAS Kawasan Kuala Kangsar.

Penganjuran Liqa’ Fikri ini diharapkan dapat menyuburkan budaya ilmu, memperteguh fikrah Islam dan meningkatkan komitmen ahli dalam meneruskan perjuangan secara tersusun, berdisiplin serta berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah SWT dan menjadi amal soleh dalam perjuangan menegakkan Islam.

Program berakhir sekitar jam 11.00 malam.

“Islam Memimpin, Al-Quran Menjadi Panduan.”






19/10/2026

Catatan Duha
Jangan sampai kita menang di mata manusia, tetapi rugi dalam perjalanan menuju Allah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 7 Jamadil Awal 1448, 19 Oktober 2026 Isnin

18/10/2026

Setiap Peringkat Jemaah Ada Peranan, Kesatuan Gerak Kerja Jadi Kekuatan Hadapi PRU16

BUKIT GANTANG, 18 Oktober 2026 – Setiap peringkat dalam organisasi PAS mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam memperkukuh jemaah, khususnya melalui kepelbagaian pendekatan dakwah, tarbiah dan aktiviti kemasyarakatan.

Perkara itu ditekankan dalam ucapan penggulungan Pesuruhjaya PAS Perak sempena Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS 2026 Peringkat PAS Negeri Perak yang berlangsung di Markaz Tarbiyyah PAS Bukit Gantang (PUTIK), hari ini.

Menurut beliau, penglibatan seseorang dalam PAS hadir melalui pelbagai pendekatan dan pengalaman yang berbeza.

Ada yang mula mengenali perjuangan parti melalui ceramah dan kuliah agama, manakala sebahagian yang lain tertarik setelah menyaksikan penglibatan Dewan Muslimat dalam pelbagai program kemasyarakatan.

Begitu juga dengan aktiviti sukan dan pembangunan belia yang digerakkan oleh Dewan Pemuda, selain program kebajikan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh PAS di peringkat kawasan dan cawangan.

Kepelbagaian pendekatan tersebut memperlihatkan bahawa setiap komponen organisasi mempunyai ruang dan peranan tersendiri dalam mendekati masyarakat.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap gerak kerja yang dilaksanakan perlu berpaksikan matlamat utama jemaah, iaitu menyampaikan dakwah, mengajak masyarakat kepada kebaikan serta memperluas kefahaman terhadap Islam.

Justeru, setiap peringkat organisasi perlu terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara berterusan mengikut bidang serta kemampuan yang dimiliki.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan kesepaduan seluruh komponen parti bagi memastikan pelbagai usaha yang dilaksanakan dapat digerakkan secara lebih tersusun.

Menurut beliau, apabila kekuatan dan kepakaran daripada pelbagai peringkat organisasi digabungkan, ia akan membentuk kesiapsiagaan jemaah dalam menghadapi cabaran politik, termasuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ucapan penggulungan tersebut turut membawa mesej bahawa kekuatan organisasi bukan hanya terletak pada satu kelompok, sebaliknya terbina melalui sumbangan kolektif seluruh ahli dan jentera yang memainkan peranan masing-masing.

— Portal PAS Perak

16/10/2026
Jom infaq...
16/10/2026

Jom infaq...

Address

No 83C Tingkat 1, Jalan Daeng Selili
Kuala Kangsar
33000

Telephone

+6057773554

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share