RISDA KUALA KRAI

Call Directions Website

RISDA KUALA KRAI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

09/10/2026
14/09/2026
*AHAD | 13 SEPTEMBER 2026**MAJLIS ANUGERAH HARI KUALITI DAN INOVASI TAHUN 2026 & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) T...
13/09/2026

*AHAD | 13 SEPTEMBER 2026*

*MAJLIS ANUGERAH HARI KUALITI DAN INOVASI TAHUN 2026 & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 PERINGKAT RISDA NEGERI KELANTAN*

β€œMemperkasakan Kualiti, Memacu Inovasi, Menyemarakkan Kecemerlangan.”

Majlis Anugerah Hari Kualiti & Inovasi 2026 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Peringkat RISDA Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort pada 13 September 2026.

Penganjuran majlis ini menjadi platform penghargaan terhadap komitmen warga kerja, di samping menyemarakkan budaya kualiti, inovasi dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 p**a merupakan pengiktirafan kepada warga RISDA yang telah menunjukkan prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh integriti dan bersama-sama mengangkat kecemerlangan RISDA Negeri Kelantan ke aras yang lebih tinggi.

24/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“π”πŠ π™π€πˆππ€π‹ π€π™ππˆ 𝐁𝐈𝐍 π™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ, πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‘πˆπ’πƒπ€

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kump**an RISDA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada hari ini 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Didoakan semoga kehadapan ini, RISDA akan terus cemerlang, maju dan gemilang di bawah pimpinan YBhg. Datuk Ketua Pengarah demi kesejahteraan pekebun kecil dan kemakmuran negara, Insha Allah.

πŸ“’ 𝐀𝐃𝐀 π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπŠπƒπ–? π‰πŽπŒ ππ„π‘π“π€ππ˜π€ πƒπˆ π‡π€π‘πˆ πžππ„π‹π€ππ†π†π€π!Tak pasti nak dapatkan maklumat atau...
29/07/2026

πŸ“’ 𝐀𝐃𝐀 π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπŠπƒπ–? π‰πŽπŒ ππ„π‘π“π€ππ˜π€ πƒπˆ π‡π€π‘πˆ πžππ„π‹π€ππ†π†π€π!

Tak pasti nak dapatkan maklumat atau bantuan berkaitan program KKDW? Jangan risau, Hari ePelanggan KKDW kembali lagi!

Inilah peluang untuk anda berhubung terus dengan pegawai KKDW secara dalam talian dan mendapatkan penjelasan berkaitan:

βœ… Peluang bantuan dan pembiayaan untuk usahawan luar bandar
βœ… Program pendidikan dan latihan kemahiran
βœ… Bantuan pembinaan dan baik pulih rumah
βœ… Program pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat

Kemukakan pertanyaan anda melalui sesi live chat atau sidang video untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat daripada pegawai yang bertanggungjawab.

πŸ“… 30 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•˜ 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“² Sertai di: https://epelanggan.rurallink.gov.my

Mudah sahaja! Klik pautan, sertai sesi secara dalam talian dan ajukan soalan anda. Mana tahu, maklumat yang anda perlukan ada di sini!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat, penjelasan dan bantuan yang anda perlukan secara terus daripada KKDW.

Jumpa anda di Hari ePelanggan KKDW! πŸ‘‹







πŸ”Ί *Facebook*
https://www.facebook.com/share/v/1CPDMRqGeS/?mibextid=wwXIfr

πŸ”Ί *Instagram*
https://www.instagram.com/reel/DbXAytFgf5R/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

πŸ”Ί *X*
https://x.com/kkdw_gov/status/2082289437007020392?s=20

πŸ”Ί *TikTok*
https://vt.tiktok.com/ZS48MqTX4/


28/07/2026

Program Kemakmuran Pekebun Kecil yang berlangsung di Chuchuh Puteri A telah berjaya menghimpunkan seramai 110 orang pekebun kecil. Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta, malah memperkukuh hubungan antara pekebun kecil dan RISDA serta menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti, pendapatan dan kesejahteraan pekebun kecil.

Address

PEJABAT RISDA JAJAHAN KUALA KRAI
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099666100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA KUALA KRAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share