SRA Sungai Tengi

Directions

SRA Sungai Tengi Sekolah Rendah Agama, Felda Sungai Tengi. terletak di Hulu Selangor, daerah Kuala Kubu Bharu, Selang

๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2026 โœจ๐Ÿ“šAssalamualaikum w.b.t.Buat anak-anak calon Penilaian S...
21/09/2026

๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2026 โœจ๐Ÿ“š

Assalamualaikum w.b.t.

Buat anak-anak calon Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2026, khususnya murid-murid Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi, seluruh warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki PSRA yang berlangsung pada:

๐Ÿ“… 21 โ€“ 25 September 2026

Teruskan berusaha, fokus dan yakin dengan kemampuan diri. Jawablah setiap soalan dengan tenang serta lakukan yang terbaik setelah segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŒฑ Usaha hari ini, kejayaan esok.

Ingatlah, kejayaan bukan hanya tentang keputusan, tetapi juga tentang usaha, kesungguhan dan doa yang mengiringi setiap langkah.

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kekuatan dan kemudahan kepada semua calon sepanjang menduduki peperiksaan.

๐Ÿคฒ๐Ÿป Selamat menduduki PSRA 2026!
๐Ÿ’ช๐Ÿป Buat yang terbaik!
๐ŸŒŸ Insya-Allah, kejayaan menanti!

Daripada,
Barisan Pendidik dan Kakitangan
Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi







๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026 โœจ๐ŸŒ™JUMAAT, 10 APRIL 2026 โ€” Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Aidi...
16/04/2026

๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026 โœจ๐ŸŒ™

JUMAAT, 10 APRIL 2026 โ€” Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang diadakan di Dewan Al Ghazali, SRA Sungai Tengi ini berlangsung dalam suasana penuh meriah, ceria dan ukhuwwah.

Jamuan secara potluck yang disediakan telah menambahkan kemesraan antara guru, murid dan seluruh warga sekolah. Pelbagai juadah istimewa Hari Raya turut dinikmati bersama dalam suasana harmoni dan penuh kegembiraan.

Semoga sambutan seperti ini dapat terus mengeratkan silaturrahim, memupuk nilai kebersamaan serta menyemai semangat kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid serta ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dan menyumbang juadah bagi menjayakan majlis ini.





[ Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SRA Sungai Tengi Tahun 2026 ]Alhamdulillah, pada 13 Februari 2026 (Jumaa...
14/02/2026

[ Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SRA Sungai Tengi Tahun 2026 ]

Alhamdulillah, pada 13 Februari 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SPBT di SRA Sungai Tengi.

Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Sarjan Rizal bin Samadi bertempat di Dewan Al Ghazali. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima watikah pelantikan bagi tahun 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab, disiplin serta semangat kepimpinan yang tinggi. Diharapkan barisan pengawas yang dilantik mampu menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan serta membantu mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, berakhlak mulia dan cemerlang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.




Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-18 Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi telah berjaya dilaksanaka...
01/02/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-18 Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada:

๐Ÿ—“ Sabtu | 31 Januari 2026
โฐ 8.30 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Dewan Al-Ghazali, SRA Sungai Tengi

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Rezlinboy bin Zulkifli, Yang Dipertua PIBG. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membentangkan laporan tahunan, membincangkan hala tuju sekolah serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru serta warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat bersama. ๐Ÿคโœจ




๐ŸŒผ MAKLUMAN AWAL PERSEKOLAHAN SRA SUNGAI TENGI๐ŸŒผAssalamualaikum wbt ibu bapa / penjaga yang dihormati ๐Ÿ˜ŠBerikut beberapa ma...
10/01/2026

๐ŸŒผ MAKLUMAN AWAL PERSEKOLAHAN SRA SUNGAI TENGI๐ŸŒผ

Assalamualaikum wbt ibu bapa / penjaga yang dihormati ๐Ÿ˜Š

Berikut beberapa makluman penting sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan 2026 bermula. Mohon kerjasama semua demi kelancaran urusan dan kebaikan anak-anak.

๐Ÿ“… Tarikh mula sekolah:
โžก๏ธ 12 Januari 2026 (Isnin)

โฐ Waktu persekolahan:
โžก๏ธ Murid diminta hadir sebelum 2.30 petang
โžก๏ธ Balik: 5.35 petang

๐Ÿ“Œ Perkara penting untuk perhatian ibu bapa:

โœ… Kehadiran & disiplin
Pastikan anak hadir tepat pada waktunya mulai hari pertama sebagai latihan disiplin dan adab menuntut ilmu.

๐Ÿ‘• Pakaian & penampilan
Murid hendaklah berpakaian seragam SRA yang lengkap, kemas dan sopan selaras dengan nilai Islam.

โœ๏ธ Kelengkapan belajar
Pastikan anak membawa alat tulis dan keperluan pembelajaran yang mencukupi.

๐Ÿฅ Tidak hadir ke sekolah
Jika anak tidak dapat hadir, ibu bapa diminta maklumkan kepada guru kelas dan sertakan surat atau MC klinik untuk rekod kehadiran.

๐Ÿค Kerjasama ibu bapa
Segala makluman akan disampaikan melalui guru kelas. Kerjasama ibu bapa amat dihargai demi pembentukan akhlak dan kecemerlangan anak-anak.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa ๐ŸŒท
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita bersama.

๐ŸŒธ JASAMU DIKENANG, TERIMA KASIH CIKGU ๐ŸŒธSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan buatUstazah Zur...
20/12/2025

๐ŸŒธ JASAMU DIKENANG, TERIMA KASIH CIKGU ๐ŸŒธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan buat
Ustazah Zuraidah binti Mohd Rashidi,
Penolong Kanan Pentadbiran SRA Sg Tengi (2019โ€“2025).

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, bimbingan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SRA Sg Tengi. Setiap ilmu, nasihat dan kenangan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda serta mempermudahkan urusan dan langkah Ustazah di tempat baharu. ๐Ÿค

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi ๐ŸŒท

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN RASMI ๐Ÿ“ขโœจ Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 โœจDimaklumkan kepada seluruh murid dan ibu bapa / penjaga SR...
20/12/2025

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN RASMI ๐Ÿ“ข

โœจ Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026 โœจ

Dimaklumkan kepada seluruh murid dan ibu bapa / penjaga SRA Sungai Tengi bahawa cuti akhir persekolahan adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026

Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengulang kaji pelajaran.

๐Ÿ“šโœจ Selamat bercuti, jaga keselamatan dan kesihatan.
Insya-Allah, kita berjumpa semula pada sesi persekolahan akan datang dengan semangat baharu!

โ€”
Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi




19/12/2025

๐ŸŒŸ HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SRAST 2025 ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, Hari Kecemerlangan Pelajar SRAST Sesi 2025 telah berjaya berlangsung pada Rabu, 17 Disember 2025 dari jam 2.30 hingga 5.35 petang di Dewan Al-Ghazali, SRA Sungai Tengi. ๐ŸŽ“โœจ

Majlis ini diraikan sebagai pengiktirafan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi, dan sokongan padu ibu bapa serta guru-guru. ๐Ÿ†๐Ÿ“š

Tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua rakan-rakan untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ๐Ÿ’ซ

Mari kita raikan usaha dan kejayaan murid-murid yang luar biasa ini! ๐ŸŽ‰

"Menghargai Usaha, Mengangkat Kejayaan"

๐ŸŒŸ HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SRAST 2025 ๐ŸŒŸAlhamdulillah, Hari Kecemerlangan Pelajar SRAST Sesi 2025 telah berjaya berlang...
19/12/2025

๐ŸŒŸ HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SRAST 2025 ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, Hari Kecemerlangan Pelajar SRAST Sesi 2025 telah berjaya berlangsung pada Rabu, 17 Disember 2025 dari jam 2.30 hingga 5.35 petang di Dewan Al-Ghazali, SRA Sungai Tengi. ๐ŸŽ“โœจ

Majlis ini diraikan sebagai pengiktirafan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi, dan sokongan padu ibu bapa serta guru-guru. ๐Ÿ†๐Ÿ“š

Tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua rakan-rakan untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ๐Ÿ’ซ

Mari kita raikan usaha dan kejayaan murid-murid yang luar biasa ini! ๐ŸŽ‰

"Menghargai Usaha, Mengangkat Kejayaan"

๐ŸŒŸ HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SRAST 2025 ๐ŸŒŸAssalamualaikum wbt.Alhamdulillah, Hari Kecemerlangan Pelajar SRAST Sesi 2025 t...
19/12/2025

๐ŸŒŸ HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SRAST 2025 ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Hari Kecemerlangan Pelajar SRAST Sesi 2025 telah berjaya berlangsung pada Rabu, 17 Disember 2025 dari jam 2.30 hingga 5.35 petang di Dewan Al-Ghazali, SRA Sungai Tengi. ๐ŸŽ“โœจ

Majlis ini diraikan sebagai pengiktirafan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi, dan sokongan padu ibu bapa serta guru-guru. ๐Ÿ†๐Ÿ“š

Tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua rakan-rakan untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ๐Ÿ’ซ

Mari kita raikan usaha dan kejayaan murid-murid yang luar biasa ini! ๐ŸŽ‰

"Menghargai Usaha, Mengangkat Kejayaan"

Address

SRA Sungai Tengi Felda Sungai Tengi
Kuala Kubu Bharu
44010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:45
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Sungai Tengi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category