Jabatan Perancang Bandar MPHS

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Perancang Bandar MPHS Space to share opinions, views and suggestions on the planning and development of the Hulu Selangor.

Ruang untuk berkongsi pendapat, pandangan dan cadangan mengenai perancangan dan pembangunan Hulu Selangor.

04/09/2026
04/09/2026

🌿 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐏𝐇𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempelawa pemilik kediaman dalam kawasan pentadbiran MPHS memohon insentif pengurangan cukai taksiran bagi pelaksanaan inisiatif mesra alam.

Antara komponen yang layak ialah:
☀️ Sistem Solar Kediaman
⭐ Peralatan Elektrik 5-Bintang
💧 Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
🚗 Kenderaan Elektrik (EV)
♻️ Penghantaran Bahan Kitar Semula
🌱 Mesin Kompos Domestik
🚙 Pelupusan Kenderaan Melebihi 10 Tahun

Pemohon hendaklah tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran. Fasiliti atau teknologi mesra alam mestilah telah dipasang dan digunakan mulai 1 Januari 2026. Tertakluk terma dan syarat permohonan.

📅 Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2026

📥 Muat turun borang permohonan melalui imbasan kod QR atau pautan berikut :
https://shorturl.at/fgw3i










20/08/2026
11/08/2026
03/08/2026

🚫 JANGAN CEROBOH TANAH KERAJAAN! 🚫

Tahukah anda? Menduduki atau menggunakan tanah kerajaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara.

Antara perbuatan yang dianggap sebagai pencerobohan ialah:
🏠 Mendirikan atau menduduki bangunan di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran.
🌱 Membersih, membajak, menggali atau menanam di atas tanah tersebut.
🪵 Menebang, memotong atau memindahkan kayu serta mengambil hasil dari tanah tanpa hak.

⚠️ Pencerobohan tanah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil, termasuk perobohan struktur dan tindakan undang-undang.

✅ Hormati undang-undang.
✅ Dapatkan kebenaran terlebih dahulu.
✅ Lindungi aset tanah negara untuk manfaat bersama.

30/07/2026

🔥⚽ AYUH MERIAHKAN SUKMA XXI & PARA SUKMA XXI SELANGOR 2026! 🔥

Jom kita sama-sama hadir memberikan sokongan dan semangat kepada atlet-atlet yang beraksi dalam acara Bola Sepak Wanita SUKMA XXI Selangor 2026 yang berlangsung di 2 tempat iaitu Stadium Selayang dan Hulu Selangor. Berikut jadual perlawanan di Stadium MPHS! 🏟️🙌

📅 11 hingga 19 Ogos 2026
📍 Stadium MPHS
🎟️ Semua dijemput hadir!

Mari bersama-sama kita semarakkan semangat kesukanan dan berikan sorakan padu buat para wirawati yang mengharumkan nama negeri! 💪🔥
Bersama Kita Meriahkan SUKMA 2026 di Hulu Selangor! ❤️💛

Berikut jadual perlawanan di stadium mphs











28/07/2026
18/07/2026
06/07/2026

HULU SELANGOR TERIMA PELABURAN BAHARU LEBIH RM1.6 BILION

Hulu Selangor dipilih sebagai lokasi dua pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion, melibatkan syarikat Wanli Tire dan XTC New Energy.

Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 1,300 peluang pekerjaan, selain merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat dan mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi.

Inisiatif ini turut menyokong pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dengan memperluaskan pelaburan ke luar Lembah Klang.




25/06/2026

Pelaburan melebihi RM2 bilion oleh Chery akan menjadi pemangkin pembangunan Lembah Automotif Hulu Selangor yang menghimpunkan industri pembuatan kendera...

Address

Jalan Bukit Kerajaan
Kuala Kubu Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360641331

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perancang Bandar MPHS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perancang Bandar MPHS:

Shortcuts

Share