FAMA Daerah Lipis

Directions

FAMA Daerah Lipis The Federal Agricultural Marketing Authority, better known as FAMA is a statutory body under the Min

JUALAN AGRO MADANI DI AKR KG. AUR GADING28 September 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang diadakan di Agrobazaar...
29/09/2026

JUALAN AGRO MADANI DI AKR KG. AUR GADING

28 September 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang diadakan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Kampung Aur Gading, Lipis telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program jualan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian serta hasil pertanian segar pada harga yang berpatutan. Penduduk sekitar dilihat hadir bagi mendapatkan barangan keperluan dapur yang ditawarkan sepanjang program berlangsung.

Antara barangan yang menjadi pilihan pengguna termasuk beras, minyak masak, barangan runcit secara kombo serta pelbagai hasil pertanian segar. Tawaran harga yang berpatutan memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan dengan penjimatan tambahan.

Sambutan positif daripada masyarakat setempat membuktikan bahawa pelaksanaan Jualan Agro MADANI terus mendapat perhatian pengguna, khususnya dalam membantu mendapatkan bekalan makanan segar dan berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Penganjuran Jualan Agro MADANI ini turut menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA dalam membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Jualan Agro MADANI – Segar, Berkualiti, Harga Berpatutan.

“Integriti & Inklusiviti: Pemacu Kejayaan”










📢 ORANG KAMPUNG KELEDEK & KAWASAN SEKITAR, JOM SERBU JUALAN AGRO MADANI! 🛒🌾​Warga Lipis! Nak jimat perbelanjaan barang d...
24/09/2026

📢 ORANG KAMPUNG KELEDEK & KAWASAN SEKITAR, JOM SERBU JUALAN AGRO MADANI! 🛒🌾

​Warga Lipis! Nak jimat perbelanjaan barang dapur? Haa, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai Pakej Kombo Dapur pada harga yang tersangat murah dan berbaloi-baloi!

​📍 Butiran Program:
​📅 Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
​⏰ Masa: 8.00 Pagi
​📍 Lokasi: AKR Kg. Keledek, Kuala Lipis

​⚠️ Ingat ya, tawaran jimat ini selagi stok masih ada! Jadi kena datang awal esok pagi supaya tak melepas!

​Jom pakat ajak jiran-jiran, mak, ayah, dan kawan-kawan semua singgah esok! Imbas kod QR pada poster untuk panduan lokasi. Jumpa di sana! 👋✨

JUALAN AGRO MADANI PASAR TANI DAERAH LIPIS 23 September 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang diadakan di Tapak P...
24/09/2026

JUALAN AGRO MADANI PASAR TANI DAERAH LIPIS

23 September 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang diadakan di Tapak Pasar Tani Daerah Lipis, Kuala Lipis telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program jualan bermula pada jam 8.00 pagi dengan menawarkan kupon potongan harga RM5 kepada para pembeli. Sebanyak tiga (3) jenis kupon telah diedarkan yang mewakili tiga komoditi utama iaitu ayam, ikan dan sayur-sayuran, bagi membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan segar pada harga yang lebih berpatutan.

Sambutan yang amat baik daripada orang ramai menyaksikan semua kupon berjaya habis diedarkan sepenuhnya pada jam 9.00 pagi, sekali gus menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif penjimatan kos sara hidup yang dilaksanakan.

Penganjuran Jualan Agro MADANI ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk memperoleh bekalan makanan segar dengan penjimatan tambahan, malah menyokong usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah melalui akses kepada komoditi berkualiti pada harga berpatutan.

Jualan Agro MADANI – Segar, Berkualiti, Harga Berpatutan.

“Integriti & Inklusiviti: Pemacu Kejayaan”









📣 JANGAN LEPASKAN PELUANG! JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI KUALA LIPIS! 📣​Warga Kuala Lipis nak barang dapur segar de...
22/09/2026

📣 JANGAN LEPASKAN PELUANG! JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI KUALA LIPIS! 📣

​Warga Kuala Lipis nak barang dapur segar dengan harga madani dan berbaloi? Jom ramai-ramai serbu Program Jualan Agro Madani (JAM) esok!

​🗓 Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari
📍 Tempat: Pasar Tani Bandar Baru Kuala Lipis

​Pelbagai barangan keperluan harian, sayur-sayuran segar, dan produk asas tani menanti anda terus dari ladang.

​Datang awal jangan tak datang, takut nanti melepas! Pakat ajak jiran-jiran, mak, ayah, dan sahabat handai sekali ya. Jumpa di sana esok! 🍅🥕🧅

Jualan Agro MADANI di AKR Kg. Aur Gading terus mendapat sambutan hangat​KG. AUR GADING | 27/8/2026 | LIPIS — Program Jua...
28/08/2026

Jualan Agro MADANI di AKR Kg. Aur Gading terus mendapat sambutan hangat

​KG. AUR GADING | 27/8/2026 | LIPIS — Program Jualan Agro MADANI yang berlangsung di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Kampung Aur Gading sekali lagi meraih sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat bagi penganjuran kali kedua sepanjang bulan Ogos ini.

​Tinjauan di lokasi mendapati seawal program bermula, warga tempatan sudah mula berkumpul dan beratur bagi mendapatkan pelbagai keperluan asas serta barangan dapur segar yang ditawarkan pada harga berpatutan. Antara barangan yang menjadi tumpuan utama termasuklah beras, minyak masak, barangan runcit kombo, serta hasil pertanian segar.

​Inisiatif anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi agensi pelaksana seperti FAMA ini terus terbukti membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, di samping memberikan ruang serta akses terus kepada barangan keperluan berkualiti bagi komuniti luar bandar.

📢 JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI AKR AUR GADING! 🛒✨​Warga Kg. Aur Gading dan kawasan sekitarnya! Jangan lepaskan pel...
26/08/2026

📢 JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI AKR AUR GADING! 🛒✨
​Warga Kg. Aur Gading dan kawasan sekitarnya! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan bahan dapur segar dan barangan keperluan harian pada harga yang tersangat istimewa dan menjimatkan! 🛍️🌾

​Maklumat program adalah seperti berikut:
​Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
​Masa: 8.00 Pagi
​Lokasi: AKR Aur Gading, Kuala Lipis

​🔥 PAKEJ KOMBO ISTIMEWA (SEMUA RM20 SAHAJA!): 🔥

​📌 Selagi stok masih ada! Datang awal supaya tak terlepas peluang berjimat ini.

​Jom kongsikan hantaran ini dan ajak jiran-jiran serta ahli keluarga beramai-ramai esok! Imbas kod QR pada poster untuk panduan lokasi. 🚗💨

JUALAN AGRO MADANI KAMPUNG KERAMBIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT PENDUDUK SETEMPAT​20 Ogos 2026 – Program Jualan Agro MADANI (J...
20/08/2026

JUALAN AGRO MADANI KAMPUNG KERAMBIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT PENDUDUK SETEMPAT

​20 Ogos 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang berlangsung di Kampung Kerambit, Kuala Lipis pada Khamis terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

​Program yang mula diserbu pengunjung seawal jam 7.00 pagi itu menawarkan kadar penjimatan sebanyak 10% hingga 30% bagi barangan keperluan asas seperti sayur-sayuran, ikan laut, dan ayam segar.

​Sambutan luar biasa daripada penduduk setempat menyaksikan bekalan barangan jualan laris dan habis sepenuhnya dalam tempoh singkat iaitu sekitar jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi sahaja. Para peniaga dan pengunjung meluahkan rasa bersyukur serta gembira dengan kelancaran dan kemeriahan program penganjuran kali ini.

Usaha berterusan ini bukan sahaja meringankan kos sara hidup bulanan isi rumah, malah membolehkan penduduk desa menikmati bekalan makanan segar terus dari sumber pada harga yang sangat berpatutan.

​Penganjuran Jualan Agro MADANI ini diharapkan dapat meneruskan momentum positif dalam memberi manfaat berterusan kepada komuniti Kuala Lipis serta menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup.

​Jualan Agro MADANI – Segar, Berkualiti, Harga Berpatutan.

​“𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”

​








JUALAN AGRO MADANI BANTU RINGANKAN KOS SARA HIDUP WARGA KUALA LIPIS​19 Ogos 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang...
19/08/2026

JUALAN AGRO MADANI BANTU RINGANKAN KOS SARA HIDUP WARGA KUALA LIPIS

​19 Ogos 2026 – Program Jualan Agro MADANI (JAM) yang berlangsung di Pasar Tani Bandar Baru Kuala Lipis pada Rabu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

​Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu menampilkan kelainan berbanding penganjuran sebelum ini dengan memperkenalkan inisiatif Kupon Diskaun RM5.00 bagi empat (4) komoditi utama iaitu sayur, ikan, ayam, dan daging.

​Kehadiran pelanggan yang luar biasa menyaksikan sebanyak 400 kupon diskaun telah diedarkan (100 kupon bagi setiap jenis komoditi) ianya habis dalam tempoh hanya 1 hingga 2 jam sahaja. Para penjual meluahkan rasa gembira dengan sambutan meriah daripada pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk berbelanja pada harga yang istimewa.

​Inisiatif seumpama ini terbukti berkesan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah, di samping memastikan rakyat tempatan mendapat akses kepada barangan keperluan asas yang segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

​Penganjuran Jualan Agro MADANI ini diharapkan dapat meneruskan momentum positif dalam memberi manfaat berterusan kepada komuniti Kuala Lipis serta menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup.

​Jualan Agro MADANI – Segar, Berkualiti, Harga Berpatutan.

​“𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”

​








🛒 JEMPUTAN KE PROGRAM JUALAN AGRO MADANI (JAM) KG. KERAMBIT 🛒​Warga Kerambit & Kuala Lipis yang dihormati, mari datang b...
19/08/2026

🛒 JEMPUTAN KE PROGRAM JUALAN AGRO MADANI (JAM) KG. KERAMBIT 🛒

​Warga Kerambit & Kuala Lipis yang dihormati, mari datang beramai-ramai untuk mendapatkan bekalan dapur segar dengan harga istimewa!

​✨ Keistimewaan & Tawaran:
​Penjimatan 10% hingga 30%!
​Bekalan segar seperti Sayur-sayuran, Ikan Laut, Ayam, dan barangan dapur yang lain.

​Jimat Dapur Rakyat — Selagi stok masih ada!
​📅 Butiran Program:
​Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
​Masa: 8.00 Pagi
​Lokasi: Kampung Kerambit, Kuala Lipis, Pahang

​Jangan lepaskan peluang ini! Sebarkan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga. Jumpa di sana! 😊

🛒 JUALAN AGRO MADANI KEMBALI LAGI! 🛒​Warga Kuala Lipis, jemput datang beramai-ramai bagi mendapatkan bekalan dapur anda ...
18/08/2026

🛒 JUALAN AGRO MADANI KEMBALI LAGI! 🛒

​Warga Kuala Lipis, jemput datang beramai-ramai bagi mendapatkan bekalan dapur anda pada harga yang sangat jimat dan berpatutan!

​📍 Lokasi: Pasar Tani Bandar Baru Kuala Lipis
📅 Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - hingga habis stok

​🔥 Tawaran Istimewa Jimat Dapur Rakyat

​⚠️ Peringatan: Stok adalah TERHAD! Datang awal sebelum kehabisan.

​Jumpa anda di sana! Imbas kod QR pada poster untuk panduan lokasi.

Address

Bandar Baru Kuala Lipis
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share