Pusat Khidmat ADN Cheka

Directions

Pusat Khidmat ADN Cheka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat ADN Cheka, Political organisation, No. 30, Tingkat 1, Jalan PPBR 34, Pusat Perniagaan Bukit Residen, Kuala Lipis.

18/09/2026
AGIHAN BERAS PUSAT KHIDMAT ADN CHEKA | 18.9.2026Alhamdulillah, agihan beras diteruskan hari ini kepada 20 penerima di Ka...
18/09/2026

AGIHAN BERAS PUSAT KHIDMAT ADN CHEKA | 18.9.2026

Alhamdulillah, agihan beras diteruskan hari ini kepada 20 penerima di Kampung Gemunchur.
Agihan diketuai oleh Mas’ul Pusat Khidmat ADN Cheka Cawangan Kg Mela bersama Imam Yaakob, khatib pada hari ini.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan keperluan keluarga penerima.

18/09/2026
17/09/2026

π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π— π—žπ—£ π— π—˜π—₯π—”π—™π—”π—ž π—¦π—˜π— π—•π—”π—› π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 π—žπ——π—£π—  π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ π— π—”π—›π—žπ—’π—§π—” π—£π—”π—›π—”π—‘π—š

KUANTAN, 17 September 2026 - Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-31 pada hari ini 17 September 2026 bersamaan 5 Rabiulakhir 1448H.

Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang turut merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat, keberkatan dan keafiatan oleh Allah SWT.

Warga Majlis Kesultanan Pahang turut menzahirkan doa agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang terus dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul demi agama, bangsa dan negeri Pahang.

Semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menjadi tonggak yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang bersama seluruh rakyat. - KESULTANAN PAHANG

β€”β€”β€”-

MKP STAFF EXTEND HIGHEST CONGRATULATIONS ON THE BIRTHDAY OF THE CROWN PRINCE OF PAHANG

KUANTAN, September 17, 2026 – With the utmost respect and deepest loyalty, the staff of the Pahang Sultanate Council (MKP) humbly extend their highest congratulations and pay their respectful homage to His Royal Highness the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, on the occasion of His Royal Highness’s 31st Birthday, celebrated today, 17 September 2026, corresponding to 5 Rabiulakhir 1448H.

The entire staff of the Pahang Sultanate Council also extend their highest congratulations and offer prayers that His Royal Highness the Crown Prince of Pahang will always be blessed with good health, longevity, and abundant blessings, grace and well-being by Allah SWT.

The staff of the Pahang Sultanate Council further pray that His Royal Highness will continue to be blessed with wisdom, strength and fortitude in carrying out His Royal Highness’s duties and responsibilities in the service of the religion, the people and the state of Pahang.

May His Royal Highness the Crown Prince of Pahang always remain under the protection and blessings of Allah SWT and continue to serve as a pillar of strength in contributing towards the well-being and prosperity of the state of Pahang and its people. – KESULTANAN PAHANG

17/09/2026

17.9.2026 | AGIHAN BERAS DITERUSKAN 🌾

Alhamdulillah, Pusat Khidmat ADN Cheka (PKAC) dengan kerjasama para Mas’ul meneruskan agihan 30 kampit beras kepada mereka yang memerlukan pada hari ini.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal kebajikan yang berpanjangan buat para penyumbang dan memberi manfaat serta meringankan beban para penerima.

Terima kasih semua yang terus bersama PKAC dalam menyantuni rakyat.

16/09/2026

Temu Mata Cawangan Kuala Kechau kali ini cukup istimewa.

Jamuan yang disediakan memang sentiasa marvelous.

Sambutan serta kehadiran AJK cawangan p**a amat menggalakkan, tanda semangat kebersamaan yang terus kukuh.

Lebih istimewa, Pusat Khidmat ADN Cheka turut menyediakan Cek Kesihatan Percuma untuk semua yang hadir.

Alhamdulillah, bukan sekadar bertemu mata dan mengeratkan ukhuwah, tetapi turut bersama-sama mengambil berat soal kesihatan.

Terima kasih Cawangan Kuala Kechau atas sambutan yang cukup baik!

16/09/2026

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Dukacita dimaklumkan berlaku kemalangan maut melibatkan sebuah traktor dan lori di Kampung Labok, yang mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽ

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati arwah serta mengurniakan kesabaran kepada keluarga.

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan tentang keadaan Jalan Jerantut–Kerambit yang memerlukan perhatian dan naik taraf secara menyeluruh. Telah berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa di laluan ini.
Semoga pihak berkaitan memberikan perhatian serius demi keselamatan semua pengguna jalan raya
Pandu cermat, ingatlah insan tersayang.

SELAMAT HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎHari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terbina daripada perpaduan, saling me...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terbina daripada perpaduan, saling menghormati dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

Walau berbeza negeri, bangsa, budaya dan latar belakang, kita berkongsi sebuah tanah air yang sama. Marilah kita terus memelihara keharmonian, memperkukuh persaudaraan dan bersama-sama membina Malaysia yang aman, sejahtera serta diberkati Allah SWT.
Selamat Hari Malaysia.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Dewan Negeri Cheka

15/09/2026

TEMU MATA CAWANGAN TERUS DIPERKASA

Kali ini, Temu Mata bersama Cawangan Jeransang yang diketuai oleh NYDP PAS Kawasan Lipis, Saudara Ramzon.

PAS Kawasan Lipis sentiasa menyambut baik usaha Penyatuan Ummah demi masa depan politik agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta, khususnya di Parlimen Lipis.

Dalam masa yang sama, jentera kita mesti terus diperkukuhkan dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serta percaturan politik mendatang.

Bergabung, kita alu-alukan.
Tiga penjuru, kita hadapi.
Dua penjuru, kita tetap lawan.

Apa jua keadaannya, jentera mesti siap, saf mesti kukuh dan perjuangan mesti diteruskan.

Insya-Allah, kita bergerak dengan yakin dan istiqamah.

14/09/2026

Address

No. 30, Tingkat 1, Jalan PPBR 34, Pusat Perniagaan Bukit Residen
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADN Cheka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share