02/10/2026
ποΈ MESYUARAT PRAPEMBINAAN PROJEK OSPPUN IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN β LANGKAH PERTAMA MENUJU PROJEK BERIMPAK
29 September 2026 | Selasa
JKR Lipis telah mengadakan Mesyuarat Prapembinaan Projek Operasi, Senggara, Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naiktaraf (OSPPUN) di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tengku Ampuan Afzan, Lipis, Pahang sebagai persediaan awal sebelum pelaksanaan projek di tapak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Lipis dan turut dihadiri oleh Pengarah IPGK Tengku Ampuan Afzan bersama pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelaksanaan projek.
π MAKLUMAT PROJEK
πΉ Kontraktor Utama: Macro Dynamic Sdn. Bhd.
πΉ Siling Projek: RM2,031,140.00
πΉ Kos Kontrak Semasa: RM1,900,000.00
πΉ Tarikh Milik Tapak: 1 Oktober 2026
πΉ Tarikh Siap Asal: 16 Februari 2028
πΉ Tempoh Kontrak: 72 minggu
Mesyuarat prapembinaan menjadi platform penting untuk menyelaras keperluan projek, skop kerja, perancangan pelaksanaan, isu teknikal, aspek keselamatan serta tanggungjawab setiap pihak sebelum kerja-kerja fizikal dimulakan.
Bagi JKR Lipis, kejayaan sesuatu projek bukan hanya diukur berdasarkan siapnya fizikal projek, tetapi turut merangkumi kualiti, pematuhan spesifikasi, keselamatan, pengurusan kos serta keupayaan memberikan manfaat kepada warga dan institusi yang menggunakannya.
π€ JKR Lipis komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak IPGK Tengku Ampuan Afzan, kontraktor dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur, berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Dengan perancangan yang rapi, pemantauan berterusan dan semangat kerjasama semua pihak, JKR Lipis turut meletakkan harapan agar projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada tempoh kontrak, tanpa menjejaskan kualiti dan pematuhan terhadap keperluan projek.
π§ Tapak diserahkan, komitmen bermula.
Delivery Is Our Priority.
Jasa Kepada Rakyat.
JKR Negeri Pahang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia