Blood Bank Hospital Kuala Lipis

Call Directions Contact the organization

Blood Bank Hospital Kuala Lipis Jom jadi wira dengan menderma darah! Derma darah adalah prosedur sukarela-tanpa-ganjaran yang mudah, malah anda dapat menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja.

Kami menerima penderma darah setiap hari bekerja dari pukul 9am hingga 4pm, tidak termasuk waktu rehat. Kami tidak beroperasi semasa hujung minggu atau cuti am

Perancangan program derma darah Hospital a Kuala Lipis Oktober 2026.Anda semua dijemput hadir. 😊
07/10/2026

Perancangan program derma darah Hospital a Kuala Lipis Oktober 2026.

Anda semua dijemput hadir. 😊

🩸 KENAPA ANDA BELUM BERJAYA MENDERMA DARAH?Pernah cuba nak derma darah, tapi tak lepas saringan? 🤔Antara sebab yang bias...
24/09/2026

🩸 KENAPA ANDA BELUM BERJAYA MENDERMA DARAH?

Pernah cuba nak derma darah, tapi tak lepas saringan? 🤔
Antara sebab yang biasa berlaku ialah hemoglobin rendah, tekanan darah tidak sesuai, kurang tidur, pengambilan ubat-ubatan dan beberapa faktor lain.

Jom semak — apakah sebab anda paling kerap tidak berjaya menderma darah? ❤️

Jangan risau, setiap percubaan tetap satu langkah untuk membantu menyelamatkan nyawa. 🩸✨

Alhamdulillah, selesai sudah Program Derma Darah di IPG KTAA Kuala Lipis semalam! 🩸❤️Terima kasih kepada semua warga IPG...
23/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Derma Darah di IPG KTAA Kuala Lipis semalam! 🩸❤️

Terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (KTAA) dan para penderma yang hadir serta sudi menyumbang darah.

Setiap titisan darah anda amat bermakna dan mampu menyelamatkan nyawa🫶🏻.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua! ❤️🩸

20/09/2026

📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DERMA DARAH

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Program Derma Darah di FELDA Chegar Perah pada 24 September 2026 ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

🩸 Jangan risau, masih ada peluang untuk menderma darah!
Jom hadir ke program derma darah pada:

📅 22 September 2026 – IPG Kuala Lipis
📅 23 September 2026 – KV Kuala Lipis

❤️ Satu Derma, Seribu Harapan.
Jom bersama-sama bantu menyelamatkan nyawa! 🩸

Unit Tabung Darah, Hospital Kuala Lipis

🩸 Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda! ❤️ Setiap titisan amat bermakna.Lokasi: Klinik Kesihatan Padang TengkuT...
12/09/2026

🩸 Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda! ❤️ Setiap titisan amat bermakna.

Lokasi: Klinik Kesihatan Padang Tengku
Tarikh: 12 September 2026
Anjuran: Klinik Kesihatan Padang Tengku bersama Panel Penasihat 2026

12/09/2026

❤️ Terima kasih kepada semua penderma darah yang hadir ke Klinik Kesihatan Padang Tengku pada hari ini!

Setiap titisan darah yang disumbangkan amat bermakna dan mampu menyelamatkan nyawa. 🩸❤️
Terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan kesudian anda bersama-sama menjayakan program derma darah hari ini.

Anda wira kami! 🫶🏻🩸
Jumpa lagi di kempen derma darah yang akan datang!

10/09/2026

Derma Darah dan Anemia


10/09/2026

Anda dinasihatkan agar TIDAK MENDERMA DARAH jika :

- Menghidap penyakit HIV/AIDS, Hepatitis B atau C dan penyakit kelamin.
- Golongan penderma-penderma yang berisiko tinggi (individu yang bertukar-tukar pasangan seks, penagih dadah secara suntikan, pelacur dan individu yang melanggani pelacur, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain).
- Menggunakan tabung darah untuk menyaring status jangkitan bagi mereka yang mengamalkan aktiviti berisiko tinggi.

🩸JOM DERMA DARAH!❤️Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis turut berada di Program Hari Terbuka KK Padang Tengku!📅 12 Sep...
10/09/2026

🩸JOM DERMA DARAH!❤️

Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis turut berada di Program Hari Terbuka KK Padang Tengku!

📅 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 1.00 petang
📍 Perkarangan KK Padang Tengku

Jom derma darah, bantu selamatkan nyawa! ❤️🩸

🩸 SEDANG BERLANGSUNG! ❤️Program Derma Darah bersama Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis kini sedang berlangsung di Ma...
05/09/2026

🩸 SEDANG BERLANGSUNG! ❤️

Program Derma Darah bersama Unit Tabung Darah Hospital Kuala Lipis kini sedang berlangsung di Maybank Kuala Lipis!

📍 Maybank Kuala Lipis
🗓️ Hari ini, 5 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

Kalau anda berada di sekitar Kuala Lipis dan layak untuk menderma, jom singgah! 🩸
Satu derma, satu harapan. ❤️

Jom derma darah hari ini! 🇲🇾

Address

Unit Patologi & Tabung Darah, Hospital Kuala Lipis
Kuala Lipis
27200

Telephone

+6093123333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blood Bank Hospital Kuala Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Blood Bank Hospital Kuala Lipis:

Shortcuts

Share