10/05/2026
SELAMAT HARI IBU,10 MEI 2026
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menghargai segala pengorbanan dan peranan besar ibu sebagai pemangkin kesejahteraan dalam masyarakat.
Semoga kasih sayang yang dicurahkan terus menjadi inspirasi buat generasi masa depan yang lebih gemilang.
"Seteguh Kasih Ibu" sebuah penghargaan buat semua wanita bergelar ibu yang sentiasa menjadi pelindung dan inspirasi dalam membina komuniti yang sihat, harmoni, dan bebas dadah.
Semoga kasih sayang ibu terus menjadi benteng ampuh buat kesejahteraan negara.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan.
____________________________________
Antidadah Kebangsaan Malaysia
01/05/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Malaysia yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap individu yang terus komited menyumbang tenaga, kepakaran dan dedikasi dalam membina masyarakat yang sejahtera, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.
Tema “Pekerja Madani Kesuma Bangsa” mencerminkan peranan penting pekerja sebagai nadi pembangunan negara, bukan sahaja dalam sektor ekonomi, malah sebagai agen perubahan sosial yang memperkukuh kesejahteraan komuniti.
AADK akan terus memperkasa usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan secara inklusif dan bersepadu, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan masyarakat berdaya tahan, berintegriti dan bebas dadah.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan

29/04/2026
Tahniah daripada kami,
Warga PUSPEN Sungai Besi
24/04/2026
UJIAN KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL PENGHUNI MELALUI PROGRAM JEJAK MISTERI KEPULIHAN
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi hari ini menganjurkan Program Jejak Misteri Kepulihan meliputi sekitar PUSPEN.
Eksplorace yang disertai oleh 120 orang penghuni ini perlu menghadapi enam rintangan dari setiap petunjuk yang dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan Pegawai dan kakitangan PUSPEN.
Program sebegini amat bersesuaian dilaksanakan kerana semua aktiviti ini mengandungi gabungan elemen kekuatan fizikal, mental dan kerja secara berpasukan.
Tujuan utama explorace ini diadakan bagi membina daya tahan & kawalan impuls iaitu penghuni dapat mempelajari sikap bersabar dalam tunggu giliran, melatih cara komunikasi yang berkesan seperti perbincangan dalam kumpulan serta meningkatkan keyakinan diri seterusnya melalui program ini juga klien dapat mengenal pasti bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka sebagai proses pemulihan agar kekal sihat dan pulih dari penagihan dadah.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
23/04/2026
PROGRAM SAYANGI BUMI KITA TANDA SOKONGAN PUSPEN SUNGAI BESI SEMPENA HARI BUMI
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi menganjurkan Program Sayangi Bumi Kita sempena Hari Bumi pada 22 April setiap tahun.
Pelaksanaan program tersebut adalah sebagai peringatan global untuk melindungi alam sekitar dan PUSPEN Sungai Besi memilih aktiviti gotong royong pembersihan di sekitar Kolam Takungan Banjir Sungai Midah sebagai lokasi gotong royong. Aktiviti bersama penghuni PUSPEN ini turut disertai oleh Pengarah PUSPEN dan wakil Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN sebagai tanda sokongan dalam kepulihan penghuni serta membantu persediaan penghuni dalam program integrasi masyarakat.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
23/04/2026
PUSPEN SUNGAI BESI ANJUR KURSUS PRAMUSAJI KEPADA PENGHUNI
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi telah menganjurkan Kursus Pramusaji dikendalikan oleh Kolej Yayasan Negeri Sembilan sebagai tenaga pengajar.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 April 2026 bertempat di Dewan Mustika PUSPEN ini disertai oleh 20 orang penghuni PUSPEN.
Melalui penganjuran kursus ini penghuni dapat mempelajari potensi dan kemahiran diri dalam bidang pramusaji. Selain itu, penghuni mempelajari teknik berkomunikasi dengan baik, kaedah mengawal emosi, membina keyakinan diri serta sebagai persediaan jaringan sosial dalam kehidupan bermasyarakat.
Antidadah Kebangsaan Malaysia