10/08/2021
Assalamualaikum Wbt
Bertepatan 1 Muharram 1443/2021M pada malam ini, saya dan barisan Jawatankuasa Mpkk Kg Mpkk Simpang Tiga Gombak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk Kg Simpang Tiga Gombak. Hampir dua tahun kita semua diuji dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan negara. Semestinya dalam kalangan kita menempuhi kehidupan yang sukar pada tahun sebelumnya. Ada mereka yang ditimpa musibah kehilangan orang yang tercinta. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Setiap dari ujian yang menimpa kita pasti ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Azam baharu harus sentiasa disematkan dalam diri untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari mendatang. Dengan berbekal hati yang cekal, mudah-mudahan kita berjaya melepasi halangan ini. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar diangkat wabak ini dan kita semua kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.β
Puan Hajah Normanidah Bt Hj Omar
(Ketua Kampung/Pengerusi MPKK Kg Simpang Tiga Gombak )
06/08/2021
Assalamualaikum Wbt, Buat Warga Kampung Simpang Tiga , saya baru sahaja Kupon Harijadi Skim Mesra Usia Emas [SMUE] dari Tuan A Rahim Kasdi selaku Penyelaras DUN Gombak Setia, Pihak MPKK sedang giat menghubungi penerima bantuan yang berupa RM 100.00 voucher 'Jom Shopping'... saya berharap dengan bantuan ni dapat meringankan beban penduduk dan kariah Kg Simpang Tiga dan saya mewakili Mpkk Simpang Tiga Gombak mengucapkan Selamat Harijadi buat semua warga Emas kita... moga Allah SWT memberikan kesihatan yg baik buat mereka dan rezeki yg berpanjangan. Serta di lindungi daripada Wabak Covid-19.. Aminn...Aminn...Aminnππ€²π€²πΉπΉπΉ
27/07/2021
πΉAssalamualaikum :
Saya sebagai ketua kpg simpang 3 /pengerusi MPKK ingin mengucapkan terima kasih kpd pihak bomba di atas pemberian daging korban utk kariah kpg simpang 3.
Makluman semua,pihak mpkk dan bomba setiap tahun bekerjasama dlm program korban. Dan diharapkan kerjasama ni dpt diteruskan di masa akan dtg.
MPKKST.πͺπΌππ»ππ»
21/07/2021
Assalamualaikum WBt Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin dari Mpkk Simpang Tiga Gombak
Stay Safe Semua π€²π€²ππΉπΉπΉ
15/07/2021
Assalamualaikum semua. Dukacita ingin memaklumkan Bahawa Biro Prasarana & Infrastruktur Mpkk Simpang Tiga Gombak Dato' Ir Dr Azhari Md Salleh telah kembali ke rahmatullah pada 15 Julai 2021 di Hospital Sungai Buloh. Semoga arwah ditempat di kalangan orang2 beriman di syurga kelak Amin..Mohon doa dari semua ya. Al fatihah.
13/07/2021
SUMBANGAN DARIPADA AHLI MAJLIS JKP ZON 1
Assalamualaikum Wbt , Saya Puan Hajah Normanidah Bt Hj Omar , Ketua Kampung Simpang Tiga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menaja sumbangan barang asas untuk keperluan penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik covid-19.
Oleh itu saya berharap dengan sumbangan ini dapat membantu bagi meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat wabak pandemik covid-19. ππππ
13/07/2021
Assalamualaikum... Alhamdulillah.... hari ni 10 Julai 2021 ( Sabtu ) telah selesai sudah menerima suntikan Dos Vaksin yang Ke 2. Alhamdulillah... Aaminnn. Tok Pn. Norma. (Ketua Kampung Simpang Tiga)ππΎπΉπΉπΉ
01/07/2021
Assalamualaikum semua. Dukacita ingin memaklumkan Bahwa Setiausaha Mpkk Simpang Tiga Gombak Tuan Hj Abd Razak Noor telah kembali ke rahmatullah pada 30/6/2021 jam 10.37mlm tadi di Hospital Sungai Buloh. Semoga arwah ditempat di kalangan orang2 beriman di syurga kelak Amin..Mohon doa dari semua ya. Al fatihah.
25/06/2021
Assalamualaikum Alhamdulillah Pihak Mpkk Simpang Tiga Gombak telah menerima Sumbangan daripada Preloved4charity & Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin dengan kerjasama Bomba Sukarela Gombak. Sumbangan tersebut telah di sampaikan kepada mereka yang memerlukan dan sumbangan telah di sampaikan oleh Ketua Kampung Simpang Tiga Gombak iaitu Puan Hajah Normanidah Bt Hj Omar.πΉπΉπΉ
24/06/2021
Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah selesai sudah penyampaian sumbangan pada 20/6/21 Sabtu. Program serahan barang - barang asas dapur telah si serahkan kepada yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Ketua Kampung Simpang Tiga Gombak iaitu Puan Hajah Normanidah Bt Hj Omar πΉπΉπΉ. Selain itu juga pihak Mpkk Simpang Tiga Gombak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AM zon 1 dan Pengerusi NGO GEGAR MALAYSIA President Roslan Ismail and team kerana sudi menaja sumbangan tersebut.
24/06/2021
Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah penyampaian sumbangan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik wabak covid-19. Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Ketua Kampung Simpang Tiga Gombak iaitu Puan Hajah Normanidah Bt Hj Omar. Selain itu pihak Mpkk Simpang Tiga Gombak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat - Penyelaras Dun Gombak Setia kerana sudi menaja sumbangan tersebut untuk penduduk kampung.
18/06/2021
Assalamualaikum & Salam Jumaat Barakah semoga kita semua di dalam lindungan Allah S.W.Tππ€²π€²π€²