14/05/2023
MIC Youth
14/05/2023
20/06/2022
15/05/2022
Sdr Shivabalan Thiruchelvam, Setiausaha Pemuda MIC Perak merangkap Timb Ketua Pemuda MIC Ipoh Timur bersama En.Sukumaren Perisamy, Ketua Bahagian Ipoh Timur, En.Shanmugam, Timb. Ketua Bahagian MIC Ipoh Timur serta Clr Tony Khoo, Ketua Bahagian MCA Ipoh Timur dan barisan MCA Ipoh Timur telah mengadakan walkabout dan mengedarkan kotak makanan di sekitar Taman Birch, Ipoh hari ini.
14/05/2022
Barisan Kepimpinan Pemuda MIC Perak yang diketuai oleh Sdr Thiagaseelan Ganesan, Ketua Pemuda MIC Perak, Sdr Theeagessh Ganesan, Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Ketua Pemuda MIC Ipoh Timur, Sdr Vijeyakumaran Nadesan dan Sdr Prakash Subramaniam, Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan telah meraikan pelantikan YB Raven Kumar Krishnasamy, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor. Pemuda MIC Negeri Perak menganggap pelantikan ini sebagai satu pengiktirafan besar atas jasa dan sumbangan Pemuda MIC dalam pembangunan parti, bangsa dan negara.
02/05/2022
Pemuda MIC Ipoh Timur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan yang berumat Islam. Maaf zahir & batin.
அனைவருக்கும் இனிய நோன்புப் பெருநாள் நல்வாழ்த்துகள்!!
21/04/2022
Pemuda MIC Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil 3/2022 secara dalam talian. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sdr Thiagaseelan Ganesan, Ketua Pemuda MIC Negeri Perak. Pelbagai perkara termasuk postmortem penglibatan Pemuda MIC Perak dalam retreat MIC, Pelancaran Briged, pengemaskinian maklumat pemuda cawangan, perancangan aktiviti-aktiviti biro dan banyak lagi perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Semua Ketua Pemuda MIC Bahagian dan Ketua-ketua Biro Pemuda MIC Negeri Perak telah menghadiri mesyuarat ini.
02/04/2022
Timb. Ketua Pemuda MIC Ipoh Timur, Sdr Shivabalan Thiruchelvam bersama En.Sukumaren Perisamy, Ketua Bahagian Ipoh Timur, En.Shanmugam, Timb. Ketua Bahagian MIC Ipoh Timur serta Team BN Ipoh Timur telah melawat mangsa-mangsa kebakaran di Taman Wah Keong, Kg Simee hari ini. Team BN Ipoh Timur telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan kecemasan kepada mereka untuk kegunaan semasa. Ketua Bahagian MIC Ipoh Timur, En.Sukumaren telah menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan tambahan. Bantuan-bantuan tersebut akan disalurkan kepada mereka dalam masa terdekat. Turut hadir bersama En.Jeff Soo, SU MCA Bahagian Ipoh Timur, En.Theva dan En.Chan, Pengerusi Bersama JPP Zon 12, Kg Simee serta En.Cheah, Ketua Kampung.
28/03/2022
Sdr Theeageesh Ganesan , Ketua Pemuda MIC Ipoh Timur merangkap Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 50 murid SJKT Kg Simee, Ipoh. Turut hadir bersama Sdr Shivanet, Setiausaha Pemuda MIC Ipoh Timur. Ucapan syabas dan tahniah kepada En. Jayakumar, Guru Besar SJKT Kg Simee yang begitu komited dalam memacu transformasi di SJKT Kg Simee. Pemuda MIC Ipoh Timur akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah pada masa akan datang agar dapat merealisasikan hala tuju sekolah.
ஈப்போ தீமோர் தொகுதி மஇகா இளைஞர் பிரிவு தலைவரும் தேசிய மஇகா இளைஞர் பிரிவு தகவல் பிரிவு தலைவருமான சகோதரர் தியாகேஷ் கணேசன், ஈப்போ கம்போங் சீமி தமிழ்ப்பள்ளியில் பயிலும் 50 மாணவர்களுக்குப் புத்தகப்பைகளை அன்பளிப்புச் செய்தார். பள்ளியில் பல்வேறு உருமாற்றங்களை ஏற்படுத்தியிருக்கும் தலைமையாசிரியர் ஐயா ஜெயக்குமார் அவர்களுக்கு வாழ்த்துகள். கம்போங் சீமி தமிழ்ப்பள்ளியை நனிச்சிறந்த பள்ளியாக உருவாக்குவதில் பள்ளி நிருவாகத்தோடு ஈப்போ தீமோர் மஇகா இளைஞர் பிரிவு என்றும் துணைநிற்கும்.
#தமிழ்ப்பள்ளியேநமதுதேர்வு
26/03/2022
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
26/03/2022
Pemuda MIC Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Raven Kumar Krishnasamy Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap ADUN Tenggaroh atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Warisan & Budaya Negeri Johor.
ம.இ.கா இளைஞர் பிரிவின் தேசியத் தலைவருக்கு பேரா மாநில இளைஞர் பிரிவின் மனமார்ந்த வாழ்த்துகள்!!
01/03/2022
Raven Kumar Krishnasamy mahu cipta kemenangan hatrik DUN Tenggaroh
Beliau juga tidak mempunyai tanggapan DUN Tenggaroh adalah kubu kuat BN sehingga tidak perlu berkempen bersungguh-sungguh.
https://malaysiagazette.com/2022/02/27/raven-mahu-cipta-kemenangan-hatrik-dun-tenggaroh/