Universiti Malaya Integrity Unit

Universiti Malaya Integrity Unit

Share

Follow & Like Us on Facebook | Instagram | @umintegrity
Email: [email protected]

Complaints can be submitted through the following channels:

a) Via e-mail: [email protected]

b) Via telephone: +603-7967 3400

c) Via fax: ​+603-7955 2975

d) Via post/letter: Integrity Unit, Office of the Vice-Chancellor, Level 9, Chancellery Building, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

e) Walk-in: Complainant can request to see an officer at the address above. Appointment can b

07/05/2026

SUDAHKAH ANDA MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN PEKERJAAN LUAR?

“Kerja lebih tidak salah, tanpa kebenaran itu masalah”

❗️Pegawai perlu pastikan:

📌 Dapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu.
📌 Tidak dilaksanakan dalam waktu bekerja atau semasa tugas rasmi.
📌 Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai badan berkanun.
📌 Tidak bercanggah dengan kepentingan badan berkanun.

Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 23/04/2026

.
INTEGRITI TUNJANG KAMPUS SEJAHTERA 🛡️✨

1 April 2026 - Pusat Integriti Universiti Malaya telah memenuhi jemputan sebagai penceramah bagi Program Kesedaran Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan: Pencegahan & Tindakan.

Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Pendidikan bersama MPP DPPUM ini merupakan platform penting dalam mendidik bakal pendidik mengenai sempadan etika dan tindakan tegas yang perlu diambil terhadap isu gangguan seksual.

Wakil Pusat Integriti, Pn. Mahfuza binti Mohd Nasir (Penolong Pendaftar Kanan/CeIO), telah berkongsi garis panduan integriti dan prosedur pelaporan yang disediakan oleh universiti bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bermaruah. Turut berkongsi pentas adalah Dr. Indran Subrumanian, pakar kaunselor organisasi dari Institut Aminudin Baki (IAB)

Mesej Utama Kami:
✅ Gangguan seksual adalah pelanggaran integriti yang serius.
✅ Ketahui hak anda dan saluran aduan yang betul.
✅ Sifat ‘cakna’ komuniti adalah kunci pencegahan.

Terima kasih kepada Fakulti Pendidikan & MPP DPP UM atas jemputan ini! Semoga kolaborasi ini terus memperkasakan budaya integriti di menara gading!


20/03/2026

.
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kesejahteraan kepada anda serta keluarga tersayang.

Di kesempatan ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim dan terus memperkukuhkan semangat kebersamaan serta kerjasama dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada kami,

🔷Pusat Integriti Universiti Malaya🔶

Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 20/03/2026

.
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kesejahteraan kepada anda serta keluarga tersayang.

Di kesempatan ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim dan terus memperkukuhkan semangat kebersamaan serta kerjasama dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada kami,

🔷Pusat Integriti Universiti Malaya🔶

Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 16/03/2026

8 & 9 Februari 2026 - Bengkel Hala Tuju Pusat Integriti Tahun 2026 telah diadakan di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur & turut dihadiri oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar Universiti Malaya yang telah berkongsi pandangan serta input strategik dalam memperkukuh perancangan dan hala tuju Pusat Integriti bagi tahun 2026.

Bengkel tersebut telah menjadi satu platform penting bagi memperhalusi perancangan strategik, menyelaras keutamaan pelaksanaan serta merangka inisiatif yang lebih berimpak dalam usaha memperkasa budaya integriti dalam organisasi.

Pusat Integriti turut merakamkan penghargaan atas kesudian YBrs. Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar UM kerana sudi hadir untuk berkongsi pandangan & pengalaman beliau dalam memperkukuh ekosistem integriti secara menyeluruh.


07/03/2026

.
اَلسَّـــــلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَــةُ اللّٰـهِ وَبَرَكَاتُــهُ

Pusat Integriti
ingin mengucapkan

SALAM NUZUL AL-QURAN
17 RAMADAN 1447H/2026M

‘Al-Quran Di Hati, Integriti Terpatri’


Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 03/03/2026

.

5 Februari 2026 – Puan Nur Syazwani Rosli, Pengarah Pusat Integriti Universiti Malaya (UM), telah dijemput bagi menyampaikan perkongsian dalam program “Bersama Membina Budaya Integriti HEP” anjuran Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Program berkenaan turut dihadiri oleh Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, di mana dalam ucapan aluan beliau, telah menegaskan komitmen universiti dalam memperkukuh tadbir urus serta pembudayaan integriti dalam kalangan warga HEP.

Program ini diharap dapat memperkasa kesedaran serta tanggungjawab bersama dalam membina persekitaran HEP yang berintegriti, telus dan kebertanggungjawaban.


Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 02/03/2026

21 Januari 2026 — Pusat Integriti UM telah dijemput oleh Pusat Kecemerlangan Bakat (TEC) UM untuk menyampaikan kursus “Integriti & Antirasuah: Whistleblowing, Perlindungan Pemberi Maklumat & Mekanisme Aduan”.

Slot 1 (Integriti & Antirasuah) telah disampaikan oleh Puan Nur Syazwani Rosli, Pengarah Pusat Integriti, diikuti Slot 2 (Whistleblowing & Perlindungan Pemberi Maklumat) oleh Encik Adi Sukma Hashim, Pegawai Undang-Undang, Pusat Integriti. Pada sebelah petang kursus p**a, Slot 3 (Pengurusan Aduan) telah dikendalikan oleh Puan Mahfuza Mohd Nasir, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Integriti manakala Slot 4 (Pengesanan & Pengesahan serta simulasi kajian kes sebenar) disampaikan oleh Encik Wan Azween Wan Awat, Penolong Pendaftar, Pusat Integriti

Program ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh budaya integriti serta memastikan mekanisme aduan dilaksanakan secara telus dan berkesan.


Photos from Universiti Malaya Integrity Unit's post 12/01/2026


PUSAT INTEGRITI UM MENJADI PILIHAN BAGI LAWATAN PENANDA ARAS ANTARABANGSA DARI DELEGASI JEONBUK NATIONAL UNIVERSITY, SOUTH KOREA

Pusat Integriti Universiti Malaya berbesar hati menerima kunjungan rasmi delegasi dari Jeonbuk National University, Korea Selatan sempena ‘Overseas Benchmarking Visit on Anti-Corruption and Integrity Systems (Singapore & Malaysia)’ pada 12 Januari 2026 (Isnin).

Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik berkaitan tadbir urus, pemerkasaan integriti, pematuhan serta pencegahan rasuah selari dengan komitmen Universiti Malaya dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang telus serta berakauntabiliti di peringkat antarabangsa.

Turut bersama-sama Pusat Integriti dalam sesi ini adalah Pusat Perundangan & Pusat Audit Dalam Universiti Malaya

************************************************************

UM INTEGRITY CENTRE HOSTED AN INTERNATIONAL BENCHMARKING VISIT FROM JEONBUK NATIONAL UNIVERSITY, SOUTH KOREA

Integrity Centre of Universiti Malaya was honoured to host a delegation from Jeonbuk National University, South Korea as part of the Overseas Benchmarking Visit on Anti-Corruption and Integrity Systems (Singapore & Malaysia) on 12th January 2026 (Monday).

The visit served as a platform for sharing best practices in governance, integrity enhancement, compliance and anti-corruption initiatives, reflecting Universiti Malaya’s continuous commitment to transparency, accountability and good governance at the international level.

Joining together with the visit was Legal Centre & Internal Audit Centre Universiti Malaya


01/01/2026

.
Happy New Year!
Cheers to new goals, new memories and new opportunities ✨


19/12/2025

.
✨ Integrity Talk Podcast EPS. 02 kembali!

Nantikan kupasan berkenaan isu tatakelakuan, tatatertib serta peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Malaya.

🎧 Bersiaran pada 30 Disember 2025, 10.00 pagi
📍 FB Pusat Integriti UM

📲 Hantar soalan anda sebelum atau pada 19 Disember 2025.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Integrity Centre, Lobby Level, Chancellery, University Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30