PUMP Online

PUMP Online

Share

Pemuda UMNO Malaysia Biro Professional

10/01/2022

Biro Profesional Muda ingin menjemput mana-mana profesional muda untuk berinteraksi dengan kami secara live didalam siri dialog Pemuda dan Rakyat. Sebarang cadangan boleh berhubung dengan kami melalui page ini.

29/09/2021

Wawancara Online
ENGAGE Siri : 4
Dialog Pemuda Dan Rakyat secara FB Live di facebook PUMP Online.

Tajuk : KERJAYA & PERNIAGAAN ERA PASCA PANDEMIK.
Tarikh : 01.10.2021 (Jumaat)
Masa. : 9.00 PM - 10.00 PM

Panelis :-

1. Dato' Mohd Zaidy Abdul Kadir
Managing Director
Construction Company

2. Mazrina Marzuki
Founder
Travel Agency

3. Sharifah Azuani bt Dato Sayed Mohd Ali
Marketing Director
IT Company

Moderator:-

DATO' NIZAR NAJIB
•EXCO Pemuda Barisan Nasional
•Timbalan Pengerusi Biro Profesional Muda PPUM
•Ketua Pemuda UMNO Pekan

DR. HEAZAR ISMAIL
•Sekretariat
Biro Profesional Muda PPUM

22/09/2021

Wawancara Online
ENGAGE Siri : 3
Dialog Pemuda Dan Rakyat secara FB Live di facebook PUMP Online.

Tajuk : KERJAYA & PERNIAGAAN ERA PASCA PANDEMIK.
Tarikh : 24.09.2021 (Jumaat)
Masa. : 9.00 PM

Panelis :-

1. Ir. Abdul Aziz Julkarnain
Prinsipal
Firma Kejuruteraan

2. Ar. Adrianta
Prinsipal
Firma Arkitek

3. Taufiqurrahman Shamsuddin
Co Founder
Doner Kebab Berlin

Moderator:-

DATO' DR. NAJMIL FAIZ
•EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
•Pengerusi Biro Profesional Muda PPUM

DATO' NIZAR NAJIB
•Ketua Pemuda UMNO Pekan
•EXCO Pemuda Barisan Nasional
•Timbalan Pengerusi Biro Profesional Muda PPUM

17/09/2021

Daulat Tuanku! Raja dan rakyat berpisah tiada.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-26.

Patik serta pacal-pacal sekalian mendoakan moga-moga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan afiat, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat pemeliharaan-Nya, kekal karar bersemayam di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

Daulat Tuanku !

16/09/2021

10 ADALAH SOLUSI EKONOMI JANGKA PENDEK YANG MENDESAK BAGI MENJAMIN ‘SAFETY NET’ RAKYAT

🔹 Dalam teori asas ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara berkadaran atau bergantung kepada 4 faktor utama iaitu; (1) Perbelanjaan Pengguna, (2) Pelaburan, (3) Perbelanjaan Kerajaan (G) dan (4) Net Eksport (Jumlah Eksport tolak Import)

🔹Sebab itulah untuk memastikan ekonomi negara kembali dijana bagi tujuan memankinkan pertumbuhan ekonomi negara selepas negara berhadapan dengan pandemik covid-19 yang panjang, solusi jangka pendek dan panjang diperlukan untuk memastikan keempat-empat faktor penting di atas mampu dijana kembali.

KENAPA 10 PENTING UNTUK SOLUSI JANGKA PENDEK?

1. Menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).

▪️ Jutaan rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Pandemik samaada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terencat, menyebabkan perbelanjaan rakyat dan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk.

▪️ Rakyat terdesak untuk bayar komitmen bulanan (sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti, kad kredit dll), pada masa sama tertekan untuk penuhi tuntutan perut, keperluan dapur keluarga, keperluan persekolahan anak-anak (PdPR) dll.

2. Pendekatan sama dilakukan Amerika Syarikat

▪️ 10 yang dicadangkan mampu menyelesaikan masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat). Malah tuntutan ini hampir sama dengan Pakej Rangsangan USD1.9 trilion yang diluluskan di bawah Joe Biden Presiden US awal bulan Mac

▪️Antaranya termasuklah pemberian USD1400 kepada rakyat (naik daripada USD600), tambahan bantuan kepada perniagaan serta USD350b peruntukan khas bagi kerajaan negeri.

▪️Membenarkan akses kepada dana-dana pencen rakyat (seperti KWSP) dengan had tertentu dan penangguhan bayaran ansuran agensi-agensi kredit dan sektor perbankan.

🔹Justeru, 10 merangkumi suntikan fiskal tambahan kerajaan bagi menambah nilai BPN, BPR dan BKC, penambahbaikan i-Citra KWSP dengan minimum RM10,000 ‘one-off’, moratorium tanpa faedah terakru, moratorium LPPSA, bantuan tambahan kepada pengusaha SKS yang terjejas dan lain-lain hakikatnya mampu menangani keperluan jangka pendek rakyat untuk mengembalikan aliran tunai rakyat, menjana kembali ekonomi dan membina keyakinan pasaran agar rakyat mampu dan berani berbelanja.

APA SOLUSI EKONOMI JANGKA SEDERHANA DAN PANJANG?

Bagi memastikan keseimbangan dalam pertumbuhan agar tidak berlakunya inflasi akibat lambakan tunai semata-mata, kerajaan perlu lakukan beberapa strategi berikut:

1. Mencipta output dalam bentuk pakej infrastruktur awam.

▪️Amerika Syarikat juga mengumumkan pembangunan baru dalam bentuk pakej infrastruktur awam bernilai USD 1 trilion pada bulan Julai, hampir sama dengan pengumuman pakej rangsangan.

▪️ Ini juga dilakuan pada zaman Datuk Seri Najib Razak ketika BN memerintah, yang mana BR1M diisytiharkan setiap tahun pada masa sama diumumkan juga projek-projek infrastruktur berskala mega seperti Lebuhraya Pan Borneo, kemudiaan tahun berikutnya diumumkan projek ECRL, tahun seterusnya High Speed Rail KL -Singapore, kemudian Bandar Malaysia, kemudian MRT, kemudian LRT3.

▪️Semua projek mega ini mempunyai kesan gandaan ekonomi yang besar (multiplier effect) yang memangkinkan pertumbuhan ekonomi dengan cepat.

2. Mencipta peluang-peluang pekerjaan

▪️Projek-projek infrastruktur awam berskala mega juga mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan secara langsung mahupun tidak langsung melalui pelbagai industri hiliran yang tercipta di lokaliti yang terbabit dengan pembangunan tersebut.

3. Menyediakan ekosistem perniagaan yang ‘friendly’ dan mudah

▪️Di samping projek-projek infrastruktur mega, kerajaan juga harus menyediakan ekosistem yang baik dan mudah untuk membolehkan anak-anak muda berkecimpung dalam bidang perniagaan termasuk ‘online business’.

▪️Mengkaji semula sistem percukaian termasuk insentif cukai yang diberikan kerajaan kepada golongan usahawan amat membantu peniaga terutamanya di kalangan SKS untuk memulakan kembali perniagaan selepas pandemik.

▪️Semua agensi-agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai geran dan latihan perlu digemblengkan dan diselaraskan kembali agar wujud sinergi yang berkesan untuk membolehkan usahawan-usahawan baru mendapat bantuan yang efektif.

🔹Kesimp**annya, 10 adalah suatu solusi ekonomi jangka pendek yang penting untuk menyantuni keperluan mendesak rakyat yang amat tertekan, susah dan gelisah untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ini.

🔹Namun, kerajaan juga wajar mengimbanginya dengan solusi jangka sederhana dan panjang agar tidak berlakunya inflasi, malah mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang berkesan dalam mengharungi bahana pandemik. Lebih parah jika berlakunya stagflasi lantaran aliran tunai yang terjejas sehingga rakyat tidak mampu berbelanja, pada masa sama inflasi p**a melanda.


15/09/2021

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

16 September 2021

15/09/2021

Biro Profesional Muda ingin menjemput mana-mana profesional muda untuk berinteraksi dengan kami secara live didalam siri dialog Pemuda dan Rakyat.
Sebarang cadangan boleh berhubung dengan kami melalui email di [email protected]

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480