Wuqoof

Wuqoof

Share

Wuqoof adalah sebuah platform digital yang menguruskan perkhidmatan badal haji di Tanah Suci.

04/07/2023

Alhamdulillah selesai sudah ibadah haji buat arwah, yang telah dilaksanakan oleh pelaksana badal haji Wuqoof.

Semoga semua yang terlibat mendapat pahala dan arwah diberikan haji yang mabrur.. in shaa Allah.

29/06/2023

Sedikit perkongsian daripada saudara Mahathir Abdu, semoga menjadi teladan buat kita semua berkaitan isu badal haji yang hangat pada tahun ini.

Kita sudah berada pada zaman viral dan akhirnya terbongkar jelas kegiatan ini.

28/06/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua saudara Islam di atas muka bumi Allah.

Semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah SWT untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah SWT.

28/06/2023

Alhamdulillah pelaksana badal haji (Baadil) Wuqoof telahpun menunaikan rukun yang kedua iaitu bermabit (bermalam) di Muzdalifah, dan akan ke Mina, untuk jamrah.

Doakan segalanya dipermudahkan urusan.

27/06/2023

Badal haji atau bedal haji?

“Bersepah di sekitar Jabal Rahmah nama-nama badal haji orang Asia. Boleh tonton story saya kalau nak tengok contoh macam mana orang buat badal haji scam.(24 jam sampai 7am waktu Arab Saudi/12pm waktu Malaysia, tarikh 28/6/2023).

Saya share semua video story saya lepas saya selesai wukuf. Insya-Allah.”

Kredit: Kashful Azim Shaharuddin

27/06/2023

Alhamdulillah pelaksana badal haji Wuqoof selesai melaksanakan rukun haji yang pertama, iaitu wukuf di Arafah.

Lebih yakin bila kita boleh pantau dan track sendirikan? Gambar dan video perlu, cuma bukanlah keutamaan.

Yang utama adalah pelaksanaan badal haji itu sendiri.

27/06/2023

Inilah yang menjadi kerisauan para waris ketika nak menempah pakej badal haji. Siapa sangka? Gambar dan video boleh ditukarganti dengan orang yang sama.

Syarat wajib badal haji, satu pelaksana badal haji (Baadil), satu badal haji sahaja.

Allah…

Kredit: kasyeefaz

27/06/2023

Allahu.. Bertabahlah wahai waris yang ditimpa perkara ini. Sesungguhnya badal haji itu adalah amanah waris.

Naudzubillah.

Kredit: Hasnul Hadi

Photos from Life in Saudi Arabia's post 27/06/2023

Ramai betul jemaah haji di seluruh dunia berada di Mina, persiapan sebelum wukuf atau berhenti seketika di Arafah.

Tak terbayang 2 juta umat Islam, di satu tempat.

27/06/2023

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI!

Selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada jemaah haji Malaysia.

Semoga mendapat haji yang mabrur!

26/06/2023

Alhamdulillah.

Semoga urusan pelaksana badal haji Wuqoof, menuju ke Arafah pada hari ini dipermudahkan, dan mendapat haji yang mabrur.

In shaa Allah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


29-6-2, 6th Floor, Block E, Diamond Square Commercial Centre, Jalan 3/50, Off Jalan Gombak, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
53000