Srikandi Muda Bersatu Malaysia

Srikandi Muda Bersatu Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Political Party, Kuala Lumpur.

13/11/2024

Salam takziah saya ucapkan buat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin,mantan Menteri kewangan negara atas pemergian beliau pada hari ini .

: إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan solehah...

Al-Fatihah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
آمِيّنْ...

17/10/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Mendengar khabar duka hari ini apabila salah seorang ahli Srikandi Muda bahagian Libaran dan merupakan Penolong Setiusaha telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan suami dan 2 orang anak yang masih kecil.

Saya doakan semoga suami dan keluarga beliau tabah dan salam takziah atas berita sedih ini. Semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amiiiin.

Sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah, kita manusia jua tidak tahu bila tarikh ini akan mendatang. Teruskan muhasabah diri bersama.


27/09/2024

Menjawab kepada kepada Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Politik fitnah?*

TAJUK : Sudah-sudah lah bawak naratif yang mengatakan PN kuat mengfitnah. Orang dah meluat!!

Baru-baru ini, satu kenyataan memalukan telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO. Menurut beliau, PN telah membuat naratif fitnah mengenai lawatan beberapa pemimpin kerajaan ke China atas alasan hubungan diplomatik rasmi 50 Tahun China-Malaysia.

Agak janggal apabila pemimpin kerajaan daripada UMNO masuk ke kelas politik di sekolah politik Parti Komunis China (CPC).

China negara Komunis tetapi hubungan Malaysia - China ialah diplomatik. Namun ia tidak menghalalkan Umno hantar deligasi Malaysia untuk mengikuti sekolah politik termasuk pengkaderan komunis. Kenapa mesti di China? Kenapa tidak ke negara lain?

Pengkaderan adalah membentuk karakter pesertanya supaya sepaham dan selari dengan ideologi organisasi. Bukan ke UMNO Ultra Melayu? Sudah buang ke dasar UMNO tersebut?Biasa lah, dahulu berlawan. Sekarang sudah berkawan kan?

Kepada Ketua Penerangan Puteri UMNO, jangan terlalu pusingkan fakta untuk menuduh PN membuat naratif fitnah. Kita cuma bertanya, jadi janganlah cepat melompat! PN sebagai pembangkang juga ada hak untuk bertanya.

Isu calon di PRK Mahkota, biarlah rakyat tentukan sendiri siapa pilihan mereka. Sekurang-kurangnya calon PN bersih daripada sebarang kes jenayah dan rasuah apatah lagi dalam jenayah gengsterism.

Sudah-sudah lah bawak naratif yang mengatakan PN kuat mengfitnah. Orang dah meluat!

Puteri Melvin
Exco Srikandi Muda Malaysia
27 September 2024

15/09/2024

Selamat Hari Malaysia🇲🇾
Semoga kita semua sentiasa bersatu hati, tanpa mengira bangsa dan agama. Demi perpaduan, kemajuan dan kemakmuran tanah air tercinta♥️

15/09/2024

Salam Maulidur Rasul 1446H 16 September 2024 | 12 Rabiulawal 1446H اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda.

12/09/2024

𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 & 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊! 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐁𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐓𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋, 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐑𝐀𝐒𝐀𝐇!

1) Tular di media sosial yang tidak sampai 24 jam lagi bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 402 orang kanak-kanak dan remaja berusia antara satu dan 17 tahun dengan 201 daripadanya kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan di dalam satu serbuan Op GLOBAL.

2) Bukan itu sahaja, pihak Polis juga turut mengesan 20 rumah amal di bawah Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menggunakan modus operandi yang sama iaitu "perlakuan tidak baik" yang mana kanak-kanak atau mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.

3) Srikandi Muda Bersatu menyeru kepada pihak kerajaan untuk memandang serius kepada perkara ini kerana ia melibatkan exploitasi, penganiayaan dan pengabaian kepada kanak-kanak sekaligus memberi kesan dan tekanan kepada mental dan fizikal kanak-kanak yang terlibat.

4) Sudah tiba masanya pihak Kerajaan terus memperketatkan undang-undang di dalam negara. Kerajaan perlu terus memantau dan membuat serbuan terhadap rumah amal, sekolah tahfiz dan madrasah yang mana menggunakan kanak-kanak sebagai "pelindung" kepada mereka.

5) Srikandi Muda menuntut agar pihak Kerajaan tidak boleh melepaskan tangan dan bersikap acuh tidak acuh memandangkan perkara ini pasti akan terjadi lagi jika tiada pantauan dan sekatan yang dibuat dengan kadar segera. Pelaku juga seharusnya diberi hukuman yang berat terutamanya kepada pemilik dan penjaga rumah amal tersebut kerana mereka ibarat " harapkan pegar, pegar makan padi". Perkara ini juga tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana akan merosakkan anak bangsa!

6) Sokongan padu perlu diberikan kepada pihak berkuasa agar siasatan yang dijalankan tidak dicampuri mana-mana pihak yang berkepentingan. Siasatan telus harus dijalankan dengan segera dan rakyat perlu diberi pengetahuan berkenaan segala salah laku dan ketirisan pihak berwajib sehingga keadaan seperti ini menjadi parah agar masyarakat tidak gusar dengan pelbagai spekulasi bersifat bukan fakta datang daripada andaian semata.

HENTIKAN EXPLOITASI TERHADAP BELIA & KANAK-KANAK!

𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐅𝐀𝐃𝐙𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

30/08/2024

Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita, Malaysia. Marilah kita panjat rasa syukur dengan keamanan Negara dengan kehidupan rakyat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Marilah kita fahami dan hayati erti sebenar kemerdekaan. Meskipun keamanan Negara terjaga, adakah minda kita juga turut mendapat Kemerdekaan atau masih lagi dijajah?

Semoga kita semua terus hargai, bersemangat dan menyumbang manfaat serta kebaikan kepada Negara Malaysia yang tercinta.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-67 dan Selamat Hari Malaysia 2024!

24/08/2024

Happiest birthday to our Exco, Murni Ramlan!

Enjoy your special day & may you filled with joy and happiness!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur