PDM Seksyen 4 - P116 Wangsa Maju

PDM Seksyen 4 - P116 Wangsa Maju

Share

Page ini untuk Pusat Daftar Mengundi (PDM) bagi P116 Wangsa Maju. Dapatkan segala info berkaitan lokaliti anda di sini

02/09/2023

*UMNO bergabung dengan DAP?* Ikuti penjelasan ini.

Kita bekerjasama dengan dengan Pakatan Harapan dan Gabungan Parti lain dalam membentuk Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan keharmonian rakyat.

02/09/2023

Salam,

*Pelawaan PAS utk MN 2.0*

2-3 hari yg lepas kedengaraan beberapa pemimpin PAS mempelawa UMNO utk mengwujudkan semula Muafakat Nasional (MN) demi bangsa Melayu & Islam. Ikhlas atau tidak pelawaan itu, apa motif PAS, hanya ALLAH SWT sahaja maha mengetahui tetapi secara kasar mereka "berniaga" atas nama bangsa Melayu & Agama Islam demi kelangsungan politik kononnya.

Soalan saya? Bukankah PAS sudah ada Bersatu yg dikatakan lebih kuat dari UMNO & Gerakan Parti Cina yg begitu hebat sejak kebelakang ini membantah hasrat Kem Pelajaran berhubung silibus Penghayatan 40 hadis di sekolah2 kerajaan. Kenapa perlu UMNO?

Sedia maklum, UMNO sudah ditolak oleh majoriti orang2 Melayu dalam PRU15 & PRN 6 Negeri. Alasannya penolakan disebabkan kepimpinan YAB Presiden DSZH, bagaimana p**ak dgn DSN sebelum ini? Bagaimana p**a dgn Presiden UMNO selepas ini? Adakah tidak akan disentuh atau diperlakukan sprt DSZH & DSN. Apa jaminan?

UMNO sudah memberi komitmen kpd YDPA selepas PRU15 akan memastikan kerajaan perpaduan yg dicadangkan oleh baginda akan kekal utk penggal ini demi kestabilan politik negara. Memungkiri janji ibarat bersifat munafik dlm hal urusan negara & merosakkan kepentingan negara dlm agenda pembangunan & ekonomi.

Nasihat saya pada YAB Presiden & kepimpinan MKT, abaikan pelawaan yg dibuat oleh PAS, fokus dgn agenda kebajikan & kesejahteraan rakyat. Peri penting YAB Presiden perlu membina semula kekuatan UMNO dari dalam & menggunakan kedudukan UMNO ketika berada dalam kerajaan dalam memperjuangkan agenda Melayu & Islam. Ada pepatah Melayu berkata "gengam bara biar sampai menjadi arang" & jalan terus. Pedulikan kepada "haters".

Yang pasti saya nampak, mungkin PAS sudah mula mengintai bahawasanya masa depan Bersatu & Gerakan bertambah kelam & tidak akan relevan dalam PRU16 kelak lebih2 lagi kes2 kluster mahkamah melibatkan pemimpin2 Bersatu terbongkar satu persatu. PAS sudah merasa bahang panas mendukung "biawak hidup-Bersatu & Gerakan".

Akhir kata, syukur Alhamdullilah pelawaan PAS kpd UMNO membuktikan UMNO masih relevan dlm agenda Melayu & Islam bukan sprt yg ditohmah & difitnah sebelum ini yang mengatakan UMNO sudah lari dari simpang perjuangannya dalam perjuangan ABATA. Wallahuallam

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP
1hb Sept 2023

29/08/2023

"CUBALAH...KAMU FIKIR AKU TAKUT?"
Oleh: Dr Anuar Ahmad

Pemimpin mesti tahan diuji. Tegas mempertahankan prinsip perjuangan demi rakyat dan negara. Nama pasti akan harum sepanjang zaman.

Ambil pengajaran dari peristiwa di bawah.

Kisahnya bermula pada bulan Ogos 1959, genap 64 tahun yang lalu, telah berlaku penentangan dan desakan secara terbuka pemimpin MCA yang diketuai oleh Dr Lim Chong Eu terhadap pemimpin UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman.

Puncanya Dr Lim Chong Eu menuntut tambahan kerusi sebanyak 40 kawasan untuk pilihanraya pertama Malaya selepas merdeka yang akan diadakan pada 19 Ogos 1959.

Alasan Dr Lim Chong Eu ialah bilangan penduduk kaum Cina telah bertambah berbanding pilihanraya 1955.

Memang betul. Pertambahan penduduk kaum Cina telah berlaku dalam jumlah yang besar apabila Malaya merdeka pada 1957, kerana orang Cina dan India telah mendapat kerakyatan secara jus soli.

Hasilnya penduduk kaum Cina telah bertambah kepada 35.6% pada 1959 berbanding hanya 11.2% pada tahun 1955. Lebih satu juta imigran Cina mendapat kerakyatan penuh ketika itu.

Dalam sejarah politik Malaysia, hanya parti PAS yang secara tegas menolak peruntukan Jus Soli dilaksanakan di Tanah Melayu.

Parti lain seperti Parti Negara tidak juga menyokong Jus Soli tetapi tidaklah lantang seperti PAS.

Malah pada pilihanraya umum 1959, salah satu janji dalam manifesto PAS ialah akan menolak dan menghapuskan perlaksanaan Jus Soli di Malaya.

PAS berpendirian semua pemberian kerakyatan pada imigran harus melalui proses permohonan biasa. Bukan diberikan secara automatik melalui peruntukan Jus Soli.

Oleh kerana pertambahan penduduk Cina yang sangat ramai dan secara mendadak ini, Dr Lim Chong Eu menggunakan peluang ini untuk mendesak Tunku supaya memberi lebih banyak agihan kerusi kepada MCA khususnya di kerusi kawasan bandar.

Pada pilihanraya 1955 sebelumnya, MCA telah mendapat agihan 15 kerusi sahaja dari Perikatan.

Pada pilihanraya 1959, MCA menuntut tambahan 25 lagi kerusi untuk menjadikan 40 kerusi untuk orang Cina.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan di seluruh Malaya pada 1959 ialah 104 kawasan.

Desakan Dr Lim Chong Eu kepada Tunku dilakukan dengan menulis sepucuk satu surat 'dua tuntutan'.

Tuntutan pertama, Dr Lim Chong Eu telah mendesak untuk Tunku memberikan 40 kerusi pada MCA.

Tuntutan kedua, Dr Lim Chong Eu menyatakan bahawa MCA tidak bersetuju dan menolak Laporan Pelajaran Razak 1956.

Pemimpin MCA yang lain merasakan surat Dr Lim Chong Eu masih terlalu 'lembut' dan apologetik.

Oleh itu, sebahagian dari mereka telah membuat keputusan mengadakan kenyataan akhbar jika Tunku tidak bersetuju dengan permintaan MCA untuk mendapatkan 40 kerusi, pemimpin MCA mengugut akan keluar dari Perikatan.

Mereka mengancam bahawa calon MCA akan bertanding akan tiket bebas atau di atas tiket parti lain dan bukan lagi atas tiket Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku jika kedua-dua tuntutan mereka ditolak.

Selepas menerima surat berkenaan, Tunku pada mulanya menjadi serba salah.

Beliau tahu MCA mempunyai kekuatan untuk parti Perikatan mendapat sokongan undi orang Cina.

Tanpa MCA, sokongan pada Perikatan pasti akan merosot dengan banyak.

Akhirnya Tunku mengambil keputusan mengadakan mesyuarat tergempar UMNO untuk membuat keputusan berkaitan tuntutan MCA.

Menerima tuntutan MCA bermakna 40 kawasan pilihanraya akan diserahkan pada MCA dan Laporan Pelajaran Razak 1956 terpaksa dimansuhkan.

Menolak p**a bermakna sokongan orang Cina pada Parti Perikatan akan jatuh merudum. Perikatan kemungkinan besar akan kalah dalam pilihanraya umum 1959.

Setelah selesai mesyuarat tergempar UMNO, dan atas persetujuan sebulat suara ahli UMNO, Tunku telah menulis surat pada Dr Lim Chong Eu memaklumkan bahawa tuntutan MCA ditolak sepenuhnya.

Tunku juga mencabar Dr Lim jika MCA mahu keluar dari Parti Perikatan, UMNO tidak akan menghalang.

UMNO dan MIC akan terus kekal sebagai komponen dalam Parti Perikatan untuk penamaan calon bagi pilihanraya umum 1959 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi walaupun tanpa MCA.

Tunku Abdul Rahman sebenarnya telah memberikan isyarat yang cukup jelas pada kepimpinan MCA. Isyaratnya "Cubalah... Kamu fikir aku takut?"

Dr Lim Chong Eu dan kepimpinan MCA terkejut dengan keputusan Tunku Abdul Rahman dan ahli UMNO.

Mereka tidak menjangka yang tuntutan mereka akan ditolak bulat-bulat oleh Tunku.

Mereka lebih menjangkakan yang Tunku akan berunding dengan pihak MCA dan proses tawar menawar agihan kerusi akan berlaku.

Melalui tawar-menawar tersebut, kepimpinan MCA mengharapkan akan ada pertambahan kerusi walaupun mungkin akan berkurangan dari 40 yang diminta oleh MCA pada peringkat awal. Rupanya mereka tersalah langkah.

Akhirnya, dalam keadaan terkejut, Dr Lim Chong Eu sebagai presiden MCA setelah berbincang dengan Tun Tan Cheng Lock (penasihat MCA) telah membalas surat memohon maaf serta memohon Tunku menerima kembali MCA di dalam Parti Perikatan.

Selepas membaca surat Dr Lim Chong Eu, Tunku mengarahkan Dr Lim Chong Eu menarik balik semua tuntutan jika mahu kembali kepada Parti Perikatan.

Tunku juga membuat keputusan bahawa senarai nama calon pilihanraya untuk kerusi MCA akan ditentukan sepenuhnya oleh Tunku sendiri.

Tunku juga menuntut Dr Lim Chong Eu mengugurkan semua kepimpinan MCA yang bertanggungjawab membuat tuntutan tambahan kerusi dan menolak Laporan Razak.

Berikutan tindakan itu, kepimpinan Jawatankuasa kerja Pusat MCA marah dan menentang keputusan Tunku.

Beberapa pimpinan tertinggi MCA seperti Yong Fung How dan Too Joon Hing mengambil keputusan memboikot Perikatan dan meletak jawatan mereka dalam MCA.

Tunku telah bersedia lebih awal dan terus mengemukakan senarai calon MCA untuk bertanding di bawah tiket Perikatan.

Semua calon MCA yana disenaraikan oleh Tunku adalah dipastikan bebas dari kump**an yang membuat tuntutan.

Malah Dr Lim Chong Eu sebagai presiden MCA sendiri telah digugurkan namanya sebagai calon Perikatan oleh Tunku.

Nampaknya Tunku Abdul Rahman betul-betul bertegas dalam peristiwa ini. Ketegasan beliau datangnya dari sokongan sebulat suara ahli dan kepimpinan UMNO.

Semua ini berlaku kurang dua minggu dari tarikh pilihanraya 19 Ogos 1959.

Akhirnya pilihanraya umum berjalan pada 19 Ogos 1959.

Apabila keputusan diumumkan, walaupun Parti Perikatan masih membentuk kerajaan pusat, Parti Perikatan mengalami kemerosotan sokongan yang sangat besar.

Pada pilihanraya 1955 sebelumnya, peratus sokongan pada Perikatan ialah 81.7%, tetapi pada 1959, sokongan pada Perikatan merosot kepada hanya 51.5% sahaja.

Walaupun Tunku Abdul Rahman dan ahli UMNO tahu, menolak tuntutan MCA akan melemahkan sokongan pengundi khususnya pengundi Cina pada Perikatan, atas nama prinsip perjuangan UMNO mempertahankan kuasa politik Melayu, tuntutan MCA terpaksa mereka tolak.

Ahli dan pemimpin UMNO juga sebulat suara menolak tuntutan pemansuhan Laporan Pelajaran Razak demi memastikan kedudukan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan negara.

Pemimpin Melayu UMNO ketika itu telah bersedia untuk hilang sokongan orang Cina dalam pilihanraya 1959 tapi mereka sama sekali tidak rela mengkhianati dan lari dari prinsip perjuangan UMNO-demi agama, bangsa dan tanahair.

Selepas PRU 1959, MCA kembali bekerjasama dengan UMNO di dalam Perikatan dan bersama-sama memenangi PRU seterusnya.

Manakala Dr Lim Chong Eu dan para penyokong setianya p**a keluar dari MCA. Pada tahun 1968 beliau bersama Syed Hussein Alatas, Tan Chee Khoon, Veerappen Veerathan dan Wang Gungwu telah menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Biduk lalu, kiambang bertaup...

Pada 1972, Parti Gerakan kembali bekerjasama dengan UMNO apabila diterima menjadi parti komponen di dalam Barisan Nasional. Bersama UMNO dan Barisan Nasional, Gerakan akhirnya berjaya berkuasa di Pulau Pinang dan Dr Lim Chong Eu sendiri telah diberikan kepercayaan oleh Barisan Nasional sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Begitulah sekelumit kisah para pemimpin politik yang terdahulu dari kita.

****
Rujukan
Ramlah Adam, 2009, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, mukasurat 297-299.

Heng Pek Koon (1996), Chinese Responses to Malay Hegemony in Peninsular Malaysia 1957-96, Journal of Southeast Asia Studies, Volume 34, No 3, December.

29/08/2023

*Sejarah Pemuda UMNO*

Kekalahan dan kejatuhan pentadbiran British di Tanah Melayu oleh Jepun telah membangkit semangat kepada orang Melayu bahawa kekuatan British tidaklah seberapa. Kesempatan ini telah digunakan sebaiknya oleh UMNO untuk menyemarakkan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Semangat tersebut juga telah disemarakkan hingga berjaya menggagalkan Gagasan Malayan Union.

Dalam usaha-usaha membebaskan tanah air, jentera UMNO terpaksa diperkuatkan. Diantara lainnya ialah melibatkan tenaga muda dengan penubuhan sayap pemuda pada 26 Ogos 1949 di Butterworth. Persidangan tersebut telah mengambil keputusan menamakan sayap tersebut Perikatan Pemuda UMNO dan telah memilih Kapten Hussien Onn selaku ketua pemuda yang pertama. Pada bulan Ogos 1950, pucuk pimpinan Pemuda beralih tangan kepada Tun Abdul Razak kerana perlantikan Kapten Hussein Onn sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Satu detik penting dan bersejarah berlaku dalam mesyuarat setengah tahun Pemuda pada 14 Februari 1951 iaitu meluluskan ketetapan menukar seruan ‘Hidup Melayu‘ kepada seruan ‘Merdeka‘. Dalam persidangan agung UMNO pada 25 dan 26 Mac 1951 seruan ‘Hidup Melayu‘ dihapuskan dengan rasminya dan digantikan dengan seruan ‘Merdeka‘.

Pada 25 Ogos 1951, Tun Sardon Jubir dipilih sebagia Ketua Perikatan Pemuda dan sebagai seorang yang bertenaga kuat beliau kemudian menjelajah ke seluruh semenanjung untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya menyokong UMNO untuk mencapai kemerdekaan negara.

Dalam persidangan di Alor Star pada bulan September 1953, Pemuda UMNO telah mendesak ahli-ahli UMNO dalam majlis mesyuarat undangan persekutuan Tanah melayu supaya meninggalkan kerusi mereka jika kerajaan penjajah tidak bersetuju mengadakan pilihan raya Federal pada tahun 1954. Tetapi oleh sebab masa terlalu singkat, pilihan raya tidak dapat diadakan pada sebelum tahun 1955. Disamping itu, Pemuda juga telah membangkitkan soal ekonomi, pelajaran, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan lain-lain isu yang berhubungkait dengan kebajikan dan keutuhan bangsa Melayu.

Dalam Persidangan Agung UMNO pada 26 dan 27 Disember 1955, usul Pemuda supaya tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan dan pada awal tahun 1956 rombongan Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman bertolak ke London untuk berunding dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Malaya.

Pada bulan Disember 1955, akibat pindaan Perlembagaan UMNO, nama perikatan Pemuda UMNO ditukarkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO sebagai menunjukkan bahawa Pemuda tidak lagi setakat mempunyai satu organisasi tetapi juga bergerak dengan lebih aktif meneroka idea-idea dan jalan-jalan baru bagi faedah parti dan rakyat. Pemuda UMNO telah melancarkan kempen-kempen menyatupadukan rakyat demi membina satu benteng yang kuat dalam menghadapi konfrontasi Soekarno yang menentang gagasan Malaysia.

Selepas pilihan raya 1964 pucuk pimpinan Pemuda bertukar kepada Datuk Senu Abdul Rahman.

Jentera pergerakan Pemuda terus diperkuatkan dengan mengadakan khemah-khemah kerja di merata-rata tempat sehingga Pemuda UMNO dikenali Pemuda Tahan Lasak. Usaha untuk menarik lebih ramai belia Melayu menyertai Pemuda UMNO diberikan keutamaan. Peningkatan dan perubahan sikap dan alam pemikiran orang Melayu juga dijadikan tekanan dan sasaran dengan tertubuhnya Revolusi Mental dalam tahun 1968 dan buku Revolusi Mental diterbitkan kemudiannya. Di dalam buku tersebt terkandung petunjuk-petunjuk bercorak intelektual yang menyentuh keperibadian bangsa Melayu, dengan tujuan merubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota masyarakat sesuai dengan kehendak-kehendak masa bagi mendorong mereka lebih giat lagi dalam merebut kemajuan di segenap bidang.

Lanjutan daripada program-program Pemuda Tahan Lasak dan untuk memenuhi kehendak Pemuda berkehendakkan satu program yang berupa ‘economic offensive‘ maka terbentuklah syarikat yang diberi nama ‘Talasco‘ iaitu Tahan Lasak Company. Datuk Shariff Ahmad, Exco Pemuda UMNO ketika itu telah dilantik sebagai Pengerusi lembaga Pengarahnya yang pertama.

Pada 1 Januari 1970, Datuk Ali Hj Ahmad selaku Naib Ketua telah memangku jawatan Ketua kerana perlantikan Datuk Senu sebagai Setiausaha Agung UMNO. Pilihan raya 1969 telah menimbulkan suatu pergolakan politik tanah air dan semangat yang lebih radikal telah mula menguasai Pemuda dan dalam keadaan sedemikian iaitu dalam tahun 1971, Datuk Hj Harun Idris telah mengambil alih terajui pucuk pimpinan Pemuda. Dalam kepimpinanya, pergerakan ini sangat terkenal dnegan peranannya sebagai ‘pressure group‘ yang mendedahkan berbagai masalah masyarakat agar diambil perhatian dan tindakan oleh kerajaan. Tahun 1976 merupakan tahun gelap kepada Datuk Harun sehingga beliau terpaksa mengosongkan jawatan tersebut. Tempatnya dipangku oleh Datuk Mohamad Rahmat.

Tan Sri Syed Jaafar Albar telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan tahun 1976. Dalam usianya yang meningkat 62 tahun, beliau terus berjuang dengan gigih dan lantang menyuarakan berbagai isu dan menamakan Pemuda sebagai ‘ginger group‘. Tan Sri Albar telah meninggal dunia pada 14 Januari 1976 semasa mengadakan dialog dengan Pemuda UMNO Johor di Muar.

Patah tumbuh hilang berganti, mulai dari tanggal tersebut Datuk Hj Suhaimi bin Datuk Hj Kamarudin p**a dipilih menerajukan pucuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia sehingga persidangan Agung Perwakilan dalam tahun 1982. ‘Era bertindak‘ diperkenalkan yang telah menarik perhatian dan tumpuan terhadap berbagai isu masyarakat, diantaranya menyuarakan tentangan terhadap apa yang dikatakan terdapat usaha-usaha penghalang dan penyelewengan dalam pelaksanaan DEB dengan isu-isu UMBC,Universiti Merdeka, campurtangan warganegara asing terhadap pelaksanaan dan keluhuran undang-undang di negara ini.

Dalam persidangan agung tahun 1982, pucuk pimpinan Pemuda UMNO bertukar p**a kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar telah berjaya membawa Pemuda UMNO ke suatu zaman baru di mana Pemuda UMNO tidak hanya peka dengan perkembangan penerapan nilai-nilai Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan rakyat malahan telah membawa Pemuda UMNO melibatkan diri dengan isu-isu antarabangsa. Disamping itu, beliau kian berjaya menarik golongan intelek dan profesional muda Melayu untuk bergerak dalam Pergerakan Pemuda. Beliau juga telah memulakan langkah bagi menyatukan barisan kepimpinan Pemuda di kalangan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menjayakan berbagai aktiviti seperti khemah kerja dan sebagainya untuk faedah bersama tanpa menjejaskan perjuangan Pemuda UMNO.

Seterusnya jawatan Ketua Pemuda UMNO diterajui oleh Datuk Seri Najib bin Tun Razak dari 1987 hingga 1993. (memangku 1987). Kemudiannya bertukar kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik , dari 1993 hingga 1994, sambung kembali Januari 1996 hingga Oktober 1996. Bermula pada 1994 hingga tahun 1996, Jawatan beliau di pangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz kerana siasatan kes jenayah ke atas Tan Sri Rahim Tamby Chik). Seterusnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari tahun 1996 hingga 1998, (meletak jawatan, dipangku oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sehingga tahun 2000). Kemudiannya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil alih dari 2000 hingga 2009. dan seterusnya Khairy Jamaluddin, sejak bulan Mac 2009 hingga 2018.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru dari tahun 2018 – kini.

KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Tun Hussein Onn (1949 – 1951)
Tun Abdul Razak (1951)
Tun Sardon Jubir (1951 – 1964)
Datuk Senu Abdul Rahman (1964 – 1971)
Datuk Harun Idris (1971 – 1976)
Tan Sri Syed Jaafar Albar (1976 – 1977)
Datuk Hj. Suhaimi Kamaruddin (1977 – 1982)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (1982 – 1987)
Datuk Seri Najib Razak (1987 – 1993)
Tan Seri Rahim Tamby Chik (1993 – 1994)
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1996 – 1998)
Datuk Seri Hishamuddin Hussein (1999 – 2008)
Khairy Jamaluddin (2008 – 2018)
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (2018 – 2023)
Dato' Mohd Akmal Salleh (2023 - kini)

23/11/2022

Tahniah DS Dr. Shafei Abdullah diatas pelantikan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=131763236376916&id=100086297210194&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

TAHNIAH DS Dr. Mohd Shafei Bin Abdullah kerana dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Semoga dengan pelantikan ini dapat memantapkan lagi barisan kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Tahniah sekali lagi dari kami BN COMMS WANGSA MAJU.



====================
IKUTI kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/bncommswm
Twitter: https://twitter.com/bncommswm
TikTok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/

19/11/2022

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Bissmillahhirahmannirahim....
Assalamuallaikum.....Khas Untuk *SEMUA PENGUNDI WARGA WANGSA MAJU*
"Ya Allah...
Ampunkanlah Dosa2 kami, kedua2 Ibubapa, Keluarga2, Saudaramara kami, sahabat2, Muslimin dan Muslimat.....

"Ya Allah....
Kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih sayangMu.

"Ya Allah...
Jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

"Ya Allah...
Jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.

"Ya Allah...
Bantulah kami untuk menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

"Ya Allah...
Kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu, tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

"Ya Allah...
Jauhkan dari kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadah kami dan jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

"Ya Allah...
Terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

"Ya Allah...
Selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan...
Aamiin..

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

◦ ‎آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

*YA ALLAH**
*BERIKAN KEMENANGAN BESAR KEPADA CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN P116 WANGSA MAJU DATUK SERI DR HAJI MOHD SHAFEI ABDULLAH*
Aamiin...aamiin... Aamiin

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

◦ ‎آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

PENERANGAN UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU WP & BNCOMMS WANGSA MAJU WP.

17/11/2022

*DOA MENDAPAT PEMIMPIN YANG BAIK*

*اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا*

“Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.” (riwayat al-tirmizi dan al-Nasa'i - sahih)

*اللهم إني أعوذبك من إمارةِ الصبيان والسفهاء*

“Ya Allah, sungguh aku berlindung dengan-Mu dari pemimpin yang tidak matang dan (dari pemimpin) yang bodoh.”[sahih - al-adab al-mufrad]

*اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا*

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk dalam kalangan kami.”

*اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين*

“Ya Allah! Jadikanlah kuasa pemerintahan kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan sekalian alam.”

16/11/2022

SELAMAT MENGUNDI.. UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN P116 WANGSA MAJU DATUK SERI DR HAJI MOHD SHAFEI ABDULLAH.. RAKYAT SELESA WANGSA MAJU SEJAHTERA..BN TIADA JANJI LIHAT BUKTI..BN TETAP DIHATI RAKYAT..

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Seksyen 4, Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53000