07/10/2026
MEMBINA PEMIMPIN BERWIBAWA, MEMPERKUKUH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN 🌟
Tahniah diucapkan kepada 29 orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berjaya menamatkan Kursus Khas Bagi Tujuan Pengesahan Kenaikan Pangkat Pegawai-Pegawai Gred Khas C Siri 3/2026 yang telah berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026 bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor.
Kursus ini merupakan salah satu syarat bagi tujuan pengesahan kenaikan pangkat ke Gred Khas C dan telah dilaksanakan dengan pelbagai pengisian yang memberi penekanan kepada aspek tadbir urus yang baik (good governance), kepimpinan strategik, pengurusan serta pemantapan aspek kenegaraan dalam perkhidmatan awam.
Sepanjang empat hari pelaksanaan, kursus ini turut menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman, pandangan dan amalan terbaik dalam usaha memperkukuh kompetensi serta keupayaan kepimpinan pegawai kanan KKM, khususnya dalam mendepani cabaran serta perubahan landskap perkhidmatan kesihatan yang semakin dinamik.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Amir Onn bin Haji Mustapha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Rohaida Idayu binti Nawi, Penyelaras Kursus.
Semoga ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta menjadi pemangkin kepada pembentukan barisan pemimpin KKM yang berintegriti, berwibawa, berpandangan strategik dan berorientasikan kecemerlangan, seterusnya memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta! 👏🏻🌷