Dewan Ulamak PAS Kawasan Lembah Pantai

Dewan Ulamak PAS Kawasan Lembah Pantai

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Ulamak PAS Kawasan Lembah Pantai, Political organisation, Jalan SENTRAL PARK, Kuala Lumpur.

29/11/2025

Tahniah Datuk Dr Aliakbar atas kemenangan Sulung PAS di N16 Karambunai dan juga berjaya menembusi Sabah.Allahuakbar!! Allahuakbar!!Allahuakbar!!
Terima kasih semua pengundi N16 Karambunai👍👍👍

15/09/2025
Ulama mesti jadi Murabbi, bangunkan kembali generasi 15/09/2025

Ulama mesti jadi Murabbi, bangunkan kembali generasi ALOR SETAR: Para alim ulama diperingatkan agar kembali memikul peranan hakiki mereka sebagai ‘murabbi’ (pendidik ummah) bagi membina generasi Islam yang kukuh dan tidak mudah tersungkur dek cabaran zaman atau serangan musuh. ​Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ...

Photos from Dewan Ulamak PAS Pusat's post 15/09/2025
19/08/2025

SEMOGA KEADILAN BUAT MU ALLAHYARHAMAH ZARA

03/08/2025

✅ 16 Nasihat Penting TGHH dalam Ucapan Perasmian Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu

1. Umat Islam wajib membentuk kump**an dakwah yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

2. Dakwah mesti berpandukan Islam yang syumul, bukan sekadar pada aspek ibadah semata-mata.

3. Kuasa politik sangat penting dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar secara menyeluruh.

4. Islam tidak akan terserlah tanpa kuasa, sebagaimana Allah mengutus Nabi SAW membawa agama yang benar.

5. Kasih Allah hanya dicapai dengan mengikut jalan perjuangan Nabi SAW secara sempurna, bukan sekerat jalan.

6. Kesatuan umat Islam sangat penting untuk menghadapi musuh dan memperkukuh perjuangan.

7. Ramai alim tapi sedikit yang benar-benar faqih. Perlu lahirkan lebih ramai ulama yang memahami agama secara mendalam.

8. Contohi akhlak para imam mazhab dalam perbezaan pendapat, mereka berlapang dada dalam perkara cabang.

9. Mendalami ilmu agama secara khusus (tafaqquh fiddin) adalah tuntutan penting untuk memimpin ummah.

10. Jihad bukan hanya perang, tetapi juga pendidikan, kepimpinan dan tarbiah masyarakat.

11. Pemimpin dan ulama mesti berkorban dengan penuh keazaman ('azimah) demi Islam.

12. Hidayah hanya diberikan kepada mereka yang mengikut jalan Islam, bukan kepada mereka yang berpaling.

13. Keputusan syura wajib dipatuhi. Kayu ukur disiplin dalam hidup berjemaah.

14. Pemilihan pemimpin mestilah berdasarkan kelayakan dan kemampuan, bukan semata-mata orang lama dalam perjuangan.

15. Jangan takut berjuang kerana kurang harta benda kerana kemenangan tidak bergantung kepada kekayaan tetapi pada iman dan ilmu.

16. Kemenangan Islam adalah janji Allah, maka hendaklah terus istiqamah dan berdoa agar dikekalkan dalam perjuangan sehingga akhir hayat.




12/07/2025

KENYATAAN MEDIA
SELAR ACARA LELONGAN ARAK DI SEKOLAH : SIAPA BERTANGGUNGJAWAB

KENYATAAN MEDIA
SELAR ACARA LELONGAN ARAK DI SEKOLAH : SIAPA BERTANGGUNGJAWAB

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menzahirkan kekesalan dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran acara lelongan minuman keras yang dilaporkan berlangsung di dewan sebuah sekolah rendah di Pekan Nanas, Pontian. Lebih mengejutkan, acara tersebut bukan sahaja berlaku dalam kawasan institusi pendidikan, malah disusuli p**a dengan insiden pergaduhan yang memerlukan campur tangan pihak polis.

Kejadian ini sekali lagi membuktikan kelemahan ketegasan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dalam mengekang cubaan pihak tertentu menormalisasikan budaya berkaitan arak di institusi pendidikan. Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Sebelum ini tular isu penajaan daripada syarikat arak kepada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), yang sehingga kini tidak disusuli dengan tindakan tegas meskipun bercanggah dengan tatacara sumbangan berdasarkan Pekeliling KPM 2018.

Lebih mendukacitakan, apabila acara melibatkan arak masih boleh dianjurkan di premis sekolah, yang sepatutnya menjadi medan pembentukan sahsiah dan nilai murni dalam kalangan generasi muda. Sikap sambil lewa dan kelonggaran pihak berkaitan menimbulkan persoalan besar: siapakah yang memberikan kelulusan terhadap program sedemikian?

DUPP menegaskan bahawa isu arak bukan semata-mata persoalan agama atau perkauman, tetapi juga berkaitan maruah institusi pendidikan, moral masyarakat serta imej negara. Sekolah adalah tempat untuk menanam benih ilmu dan akhlak, bukan dicemari dengan aktiviti yang mencemarkan nilai pendidikan.

DUPP menggesa KPM tampil memberikan penjelasan segera berhubung perkara ini dan mengambil langkah tegas bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang. Semua institusi pendidikan sama ada SJK, sekolah kebangsaan mahupun swasta wajar dilindungi daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan integriti dan tujuan asal pendidikan.

Sekian.

YB DATO' USTAZ HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

10 Julai 2025 Miladi bersamaan 14 Muharram 1447 Hijri

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan SENTRAL PARK
Kuala Lumpur
59200