30/09/2026
Apabila bercakap tentang lebuh raya, kita sering membayangkan jalan raya, plaza tol dan perjalanan harian. Namun, di Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR), kami melihat lebih daripada itu. Lebuh raya menghubungkan rakyat, komuniti dan peluang ke arah mobiliti yang lebih baik.
Sebagai pemilik konsesi lebuh raya pertama dan satu-satunya di Malaysia yang beroperasi berasaskan model bukan untuk keuntungan (not-for-profit), ALR komited untuk memberikan nilai jangka panjang kepada rakyat.
Melalui model ini, kami berusaha mengekalkan kadar tol yang berpatutan, mengurangkan beban pampasan tol Kerajaan dan mempercepatkan penyerahan semula aset lebuh raya kepada Kerajaan. Setiap ringgit yang dijana disalurkan semula untuk memastikan operasi yang selamat, penyelenggaraan berkualiti dan pengurusan aset yang mampan.
Hari ini, ALR menggalas amanah menguruskan empat aset lebuh raya strategik β KESAS, LDP, SPRINT dan Terowong SMART β yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat di Lembah Klang.
Melangkah ke hadapan, ALR kekal komited untuk mencipta nilai berpanjangan demi masa depan mobiliti yang lebih selamat, pintar dan mampan untuk rakyat Malaysia.