31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada, Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad.
31/05/2026
Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) mengucapkan Selamat Hari Wesak 2026 kepada seluruh masyarakat beragama Buddha. Semoga sambutan ini membawa kebahagiaan dan keharmonian buat mereka yang menyambutnya.
30/05/2026
Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan pesta menuai ini membawa kegembiraan, kesyukuran, kedamaian dan keharmonian kepada anda serta keluarga.
Gaya Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nuan Selalu.
29/05/2026
Semua ulat buku, jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur! 📚✨
Pelbagai bahan bacaan menarik menanti anda bermula 29 Mei hingga 6 Jun 2026. Tunggu apa lagi, jom rancang perjalanan anda dengan menggunakan lebuh raya ALR melalui Lebuhraya SPRINT, Terowong SMART, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan KESAS untuk perjalanan yang lebih lancar ke PBAKL 2026.
Jumpa di sana!
23/05/2026
Untuk yang belum tahu, Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) merupakan syarikat yang menggabungkan empat lebuh raya utama di Lembah Klang, demi memberikan perkhidmatan yang lebih bersepadu kepada pengguna.
ALR komited sepenuhnya untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selamat dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.
23/05/2026
Pengguna lebuh raya yang menuju ke kawasan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 23/5/2026 malam ini, dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal susulan jangkaan peningkatan trafik.
Sila patuhi arahan lalu lintas pihak berkuasa. Pandu dengan berhemah dan cermat. Kami di ALR prihatin akan keselamatan anda.
Harap maklum.
22/05/2026
21 Mei 2026: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) telah mengadakan sesi penyerahan sumbangan sempena aktiviti Ibadah Korban Tahunan 2026 kepada Surau Nur Hikmah Kinrara Selangor dan Surau Nor Hidayah Jalan Damansara Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pn. Siti Maslinda Sheikh Othman, Ketua Jabatan Strategik Komunikasi Kumpulan mewakili pengurusan ALR bersama warga kerja ALR. Setiap surau menerima sumbangan cek serta “goodies bag” bagi menyokong pelaksanaan ibadah qurban dan aktiviti komuniti setempat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen ALR dalam memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat serta menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
22/05/2026
Cuti sekolah dah bermula. Rancang lebih awal perjalanan anda untuk elak jalan sesak. Luangkan seminit dua untuk semak info trafik supaya tak tersangkut bila kenderaan banyak. Bila kita pilih laluan yang tepat, perjalanan bukan saja jadi lebih lancar, tapi hati pun kurang stres!
Jom kita mula amalkan rancang perjalanan yang lebih bijak dan menjimatkan bermula hari ini. Kos minyak pun dapat dikurangkan. Bijak jalan, Jimat minyak!