Aswara

Call Directions Website Contact the organization

Aswara Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA)

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653). ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis. NATIONAL ART ACADEMY (ASK) was set up in 1994 under Ministry of Cultural, Art and Tourism Malaysia which is currently known as NATIONAL ART CULTURE AND HERITAGE ACADEMY (ASWARA) starting on 1st August 2006 through National Art Culture and Heritage Academy ACT 2006 (653 Act). ASWARA is the only higher learning institution in performing area which is fully supported by the Malaysian Government under the Ministry of Unity, Cultural, Art and Heritage Malaysia. It is a form of higher learning institution which provides learning, research and academic publishing as well as professional consultant service in art culture and heritage which aim to produce a skilled artist and integrity author in their area beside to strengthening the national art heritage. In principles, ASWARA concentrates on art learning to produce educated and professional performers to fulfill the national art industry. ASWARA is responsible to produce graduates that are able to become a mentalist, supporter, inspirer, actor and practitioner of art, culture and heritage in research and culture conservation and various of heritage preservation.

FESTIVAL SENI SIANG MALAM ASWARA 2026Jom meriahkan hujung minggu anda dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya yang mena...
25/10/2026

FESTIVAL SENI SIANG MALAM ASWARA 2026

Jom meriahkan hujung minggu anda dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya yang menarik di Festival Seni Siang Malam ASWARA 2026!

📅 14 – 15 November 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MyTOWN Shopping Centre

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

🎨 Bengkel Kesenian & Demonstrasi Interaktif
🖌️ Pertandingan Melukis
🌈 Pertandingan Mewarna
💃 Pertandingan Zapin
🎭 Pertandingan Cosplay
🎨 Ekspresi Seni Cat Muka (Face Painting)
🎶 Flash Mob
🎙️ Audio Siar (Podcast)
🛍️ Jualan Produk Seni
🎤 Konsert Malam Jiwa dan Rasa
🥁 Persembahan Perkusi

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menghayati keunikan seni, budaya dan kreativiti dalam suasana yang penuh warna-warni! ❤️💛💙

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📱Cik Fara Dilla (03-27785923)
📱En Azizul (03-27785924)





KEMERIAHAN MALAM GALA FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA ASWARA 2026Sekitar kemeriahan Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa A...
25/10/2026

KEMERIAHAN MALAM GALA FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA ASWARA 2026

Sekitar kemeriahan Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa ASWARA 2026 yang telah berlangsung pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk ‘Ainu Sham Haji Ramli, Rektor ASWARA, diikuti dengan upacara perasmian Malam Gala yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amran Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN merangkap Pengerusi Ganti Lembaga Pengarah ASWARA.

Malam Gala ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi ASWARA, barisan Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dekan-Dekan dan Ketua Bahagian ASWARA.

Pada malam berkenaan pelbagai persembahan menarik telah disajikan kepada para penonton di Panggung Anniversari dari delegasi negara-negara yang terlibat seperti Indonesia, China, Japan, Vietnam, India dan Malaysia. Kehangatan malam gala turut dirasai dengan kemunculan para selebriti yang juga alumni kebanggaan ASWARA seperti Osama Yamani, Dewi Liana Seriestha, Hazra Dollah, Azizul Haqim, Kumpulan Cherpen , Kumpulan Hyper Act dan ramai lagi.

Semoga festival ini menjadi medan terbaik buat para pelajar ASWARA mempamerkan bakat, kreativiti dan keupayaan seni. ASWARA terus komited dalam memikul peranannya sebagai institusi peneraju dalam melahirkan pelapis seni, budaya dan warisan yang holistik serta berkaliber tinggi di persada antarabangsa.





25/10/2026

Fakulti Muzik, ASWARA menjemput para penggiat seni, pelajar, dan pencinta muzik tanah air untuk menghadiri sesi forum khas bersempena Festival Muzik Antarabangsa ASWARA.

Forum ini akan membincangkan tajuk:
Music education and industry focusing on preparing the next generations of musicians

25/10/2026

Fakulti Muzik, ASWARA menjemput para penggiat seni, pelajar, dan pencinta muzik tanah air untuk menghadiri sesi forum khas bersempena Festival Muzik Antarabangsa ASWARA.

Forum ini akan membincangkan tajuk:
Muzik Malaysia di dalam zaman digitalisasi dan AI, menerokai titik pertemuan di antara Teknologi, Kreativiti dan Perdagangan

24/10/2026

Fakulti Muzik, ASWARA menjemput para penggiat seni, pelajar, dan pencinta muzik tanah air untuk menghadiri sesi forum khas bersempena Festival Muzik Antarabangsa ASWARA.

Forum ini akan membincangkan tajuk:
🎷 “Perjalanan Seni Muzik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ahmad Nawab”
👤 Penceramah / Ahli Panel: Nasir Ahmad Nawab

Sertai kami untuk menyingkap warisan, sumbangan dan perjalan kisah seorang legenda muzik tanah air.

MAJLIS MINUM PETANG SELAMAT DATANG SEMPENA FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA ASWARA 2026Sekitar Majlis Minum Petang Selamat Da...
23/10/2026

MAJLIS MINUM PETANG SELAMAT DATANG SEMPENA FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA ASWARA 2026

Sekitar Majlis Minum Petang Selamat Datang sempena penganjuran Festival Muzik Antarabangsa ASWARA 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA.

Majlis yang penuh bermakna ini dianjurkan khas bagi menyambut ketibaan para delegasi dari dalam dan luar negara. Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi ASWARA yang diketuai oleh YBhg. Datuk ‘Ainu Sham Haji Ramli, Rektor ASWARA, bersama Dekan-Dekan serta Ketua-Ketua Bahagian ASWARA.

Antara delegasi tempatan dan antarabangsa yang diraikan dalam majlis ini termasuklah wakil dari Malaysia, Netherlands, Jepun, Vietnam, Indonesia, Singapura, India, New Zealand, dan China.

Semoga penganjuran festival ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama ASWARA serta memperkasakan seni muzik di peringkat antarabangsa.





HEBAHAN AKADEMIK: PELAKSANAAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA BERSEMUKA DI ASWARA   Pengurusan Akademi S...
23/10/2026

HEBAHAN AKADEMIK: PELAKSANAAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA BERSEMUKA DI ASWARA

Pengurusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ingin memaklumkan kepada semua pelajar dan pensyarah bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan kembali dijalankan secara bersemuka mulai 26 Oktober 2026 (Isnin). Sehubungan dengan itu, semua sesi pembelajaran hendaklah mematuhi jadual kuliah yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran akademik. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berwaspada berikutan keadaan jerebu semasa, semua aktiviti di luar bilik kuliah masih ditangguhkan sehingga makluman rasmi seterusnya diberikan.

Bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan, seluruh warga ASWARA dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar bangunan dan peka terhadap sebarang arahan terkini daripada pihak pengurusan. Pihak ASWARA akan sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan bersama.

Kerjasama serta perhatian daripada seluruh warga ASWARA berhubung perkara ini amatlah dihargai.





23/10/2026

Sempena Festival Muzik Antarabangsa ASWARA, kami membawakan siri forum eksklusif yang mengupas seni pembuatan instrumen tradisional serta cabaran muzik tanah air di era moden!

📌 Sesi 2: Forum Aureus Academy
Tajuk: Music Education & Industry: Preparing the Next Generation of Musicians
🗓 25 Oktober 2026
⏰ 12.30 tengah hari – 2.00 petang
📍 Dewan Kuliah Utama ASWARA

23/10/2026

Sempena Festival Muzik Antarabangsa ASWARA, kami membawakan siri forum eksklusif yang mengupas seni pembuatan instrumen tradisional serta cabaran muzik tanah air di era moden!

📌 Sesi 1: Forum & Demonstrasi Muzik: Pembuatan Gambus Johor
Penceramah: En. Halidan Ithnin
🗓 23 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan Kuliah Utama ASWARA

22/10/2026

SIARAN LANGSUNG NASI LEMAK KOPI O SEMPENA PENGANJURAN FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA ASWARA 2026

Sekitar siaran langsung rancangan Nasi Lemak Kopi O Jom terbitan TV9 mengenai penganjuran Festival Muzik Antarabangsa ASWARA 2026: Satu Gelombang, Satu Suara bersama panel Encik Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar, Ketua Program Diploma Seni Muzik, Fakulti Muzik ASWARA.

Sesi bual bicara ini membincangkan mengenai pengisian Festival Muzik Antarabangsa ASWARA 2026: Satu Gelombang, Satu Suara. Festival ini bukan sekadar persembahan seni semata-mata, malah menjadi medium penting dalam mempromosikan keunikan budaya Malaysia di persada antarabangsa selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.





Address

Aswara
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326971777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aswara:

Shortcuts

Share