Senator Isaiah D Jacob

Directions

Senator Isaiah D Jacob Member Of The National Assembly BIRO ORANG KELAINAN UPAYA

BUREAU OF PERSONS WITH DISABILITIES

SELAMAT HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA 202615 OKTOBER 2026 Sempena Hari Tongkat Putih Sedunia, marilah kita bersama-sama men...
16/10/2026

SELAMAT HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA 2026

15 OKTOBER 2026

Sempena Hari Tongkat Putih Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tongkat putih sebagai alat bantuan mobiliti bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Tongkat putih bukan sekadar alat bantuan pergerakan, malah melambangkan kebebasan, keyakinan dan keupayaan individu yang mengalami ketidakupayaan penglihatan untuk menjalani kehidupan secara berdikari.

Sambutan ini juga menjadi peringatan kepada seluruh masyarakat tentang pentingnya menghormati hak golongan OKU penglihatan, khususnya dalam memastikan kemudahan awam, laluan pejalan kaki dan persekitaran yang selamat serta mudah diakses oleh semua.

Kesedaran, keprihatinan dan sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat amat penting bagi memastikan golongan OKU penglihatan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selamat, berdikari serta menikmati hak dan peluang yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.

Tongkat putih melambangkan lebih daripada sekadar pergerakan. Ia merupakan simbol kebebasan, keberanian dan keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan.

Selamat Hari Tongkat Putih Sedunia.




MEMPERERAT HUBUNGAN MALAYSIA–BRUNEI DARUSSALAM15 Oktober 2026 | Parlimen MalaysiaSaya turut hadir dalam sesi kunjungan h...
15/10/2026

MEMPERERAT HUBUNGAN MALAYSIA–BRUNEI DARUSSALAM

15 Oktober 2026 | Parlimen Malaysia

Saya turut hadir dalam sesi kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia, kepada Yang Berhormat Senator Dato Sri Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Turut hadir ialah YB Senator Phoong Jin Zhe dan YBrs. Tuan Haji Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah ini menyentuh kepentingan bersama, termasuk kerjasama menangani jerebu rentas sempadan, kesejahteraan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta peluasan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Saya menyambut baik perhatian yang diberikan terhadap kesejahteraan komuniti OKU. Semoga hubungan erat ini membuka lebih banyak ruang perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh aksesibiliti, memperluas peluang serta memastikan penyertaan bermakna golongan OKU dalam masyarakat.

Berteraskan ikatan serumpun dan persaudaraan yang sekian lama terjalin, semoga hubungan Malaysia–Brunei Darussalam terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran bersama.

Foto: Elfin | Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia




AUTONOMI PARLIMEN DIKEMBALIKAN, REFORMASI INSTITUSI DIPERKUKUH14 Oktober 2026 | Parlimen MalaysiaHari ini, saya hadir ke...
14/10/2026

AUTONOMI PARLIMEN DIKEMBALIKAN, REFORMASI INSTITUSI DIPERKUKUH

14 Oktober 2026 | Parlimen Malaysia

Hari ini, saya hadir ke Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia bersempena pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.

Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menandakan langkah penting dalam usaha Kerajaan MADANI memperkukuh institusi demokrasi negara.

Selepas lebih tiga dekad sejak pemansuhan akta terdahulu pada tahun 1992, pengembalian autonomi pentadbiran Parlimen memberikan asas yang lebih kukuh kepada institusi ini untuk mengurus perkhidmatan, kewangan dan sumber manusianya sendiri.

Sebagai Ahli Dewan Negara, saya menyambut baik langkah ini yang memperkukuh prinsip pengasingan kuasa serta peranan Parlimen dalam melaksanakan semak dan imbang demi kepentingan rakyat.

Penglibatan wakil kerajaan dan pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen turut mencerminkan tanggungjawab bersama untuk membina institusi yang berwibawa, telus dan berkesan.

Saya berharap pelaksanaan reformasi ini turut memperkukuh persekitaran Parlimen yang inklusif dan mesra OKU, agar setiap individu dapat berperanan serta mengambil bahagian dengan bermakna.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini. Reformasi institusi mesti diteruskan melalui tindakan yang nyata demi memelihara demokrasi dan meningkatkan keyakinan rakyat.



MEMPERKASA POTENSI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS, MEMBINA PEMIMPIN MASA HADAPAN13 OKTOBER 2026 | SELASAPUSAT LATIHA...
14/10/2026

MEMPERKASA POTENSI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS, MEMBINA PEMIMPIN MASA HADAPAN

13 OKTOBER 2026 | SELASA
PUSAT LATIHAN KENEGARAAN TANJUNG RHU, SUNGAI PELEK, SELANGOR

Saya telah menyempurnakan perasmian penutupan Program Inspirasi Kepimpinan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Turut hadir ialah Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Profesor Dr. Zainal bin Madon, Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, serta Puan Solehah binti Misron dan Dr. Satilawati binti Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini menyediakan ruang kepada anak-anak berkeperluan pendidikan khas untuk membina keyakinan diri, mengembangkan bakat kepimpinan dan memupuk semangat kerjasama. Mereka turut diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan serta aspirasi dalam membentuk persekitaran sekolah dan komuniti yang lebih inklusif.

Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa setiap anak mempunyai kekuatan dan potensi tersendiri. Tanggungjawab kita adalah untuk menyediakan peluang yang adil, bimbingan yang bersesuaian serta ruang untuk mereka belajar, membuat keputusan dan memimpin mengikut keupayaan masing-masing.

Saya berharap usaha ini dapat diteruskan melalui sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Bakat yang dicungkil perlu terus dipupuk agar pengalaman sepanjang program menjadi asas kepada perkembangan diri dan keberanian untuk mengambil peranan dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, barisan penceramah dan fasilitator Universiti Putra Malaysia, pihak Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, guru-guru pengiring, urus setia serta semua pihak yang menjayakan program ini. Penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan berterusan terhadap perkembangan anak-anak ini.

Kepada semua peserta, teruslah yakin pada kebolehan diri, berani mencuba dan gigih menimba ilmu. Suara kalian penting, bakat kalian bernilai dan kepimpinan kalian mampu membawa perubahan kepada masyarakat.




MEMPERKASA OKU MELALUI PERUSAHAAN SOSIAL DAN PELUANG EKONOMI INKLUSIF11 OKTOBER 2026 | AHADNADI PPR PEKAN KEPONGSaya tel...
14/10/2026

MEMPERKASA OKU MELALUI PERUSAHAAN SOSIAL DAN PELUANG EKONOMI INKLUSIF

11 OKTOBER 2026 | AHAD
NADI PPR PEKAN KEPONG

Saya telah dijemput menghadiri mesyuarat bersama Ts. Dr. Siti Saidatul Azween binti Ismail bagi membincangkan cadangan OKU STATION COMMUNITY HUB serta potensinya dalam memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas jemputan serta usaha mengetengahkan cadangan perusahaan sosial yang dipimpin oleh OKU. Gabungan perkhidmatan dobi, pengagihan semula pakaian sumbangan, latihan kemahiran dan teknologi digital berpotensi membuka peluang pekerjaan, keusahawanan serta pendapatan kepada warga OKU.

Antara perkara yang diberikan perhatian dalam perbincangan ini ialah peluang menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan rakan korporat, di samping meneliti kesesuaian tapak, pembiayaan, peralatan serta sokongan teknologi. Penilaian melalui projek perintis juga merupakan langkah yang wajar dipertimbangkan sebelum cadangan ini diperluas, tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan dan pengesahan pihak berkaitan.

Saya berpandangan bahawa kemudahan yang mesra OKU, latihan mengikut keupayaan individu serta bimbingan perniagaan perlu menjadi asas pelaksanaannya. Penglibatan warga OKU sendiri amat penting agar manfaat yang diwujudkan benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Saya berharap kerajaan dapat terus memperkukuh sokongan terhadap perusahaan sosial yang dipimpin oleh OKU melalui akses pembiayaan, latihan dan peluang pasaran. Kerjasama yang berterusan antara kerajaan, pihak swasta dan komuniti dapat membantu menterjemahkan cadangan yang baik kepada peluang ekonomi yang mampan.

Semoga perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah usaha yang lebih tersusun untuk membolehkan warga OKU berdikari, mengembangkan potensi dan menyumbang kepada pembangunan negara.



MAJLIS PENUTUP CEREBRAL PALSY SYMPOSIUM 202610 OKTOBER 2026 | SABTUSELANGOR INTERNATIONAL TRADE CENTRE (SITC), SHAH ALAM...
13/10/2026

MAJLIS PENUTUP CEREBRAL PALSY SYMPOSIUM 2026

10 OKTOBER 2026 | SABTU
SELANGOR INTERNATIONAL TRADE CENTRE (SITC), SHAH ALAM

Saya berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Penutup Cerebral Palsy Symposium 2026 yang bertemakan “Unified Care for Cerebral Palsy: Advancing Lifelong Care, Inclusion & Possibilities”.

Simposium ini menjadi platform penting dalam menghimpunkan para profesional kesihatan, penyelidik, ahli akademik serta pelbagai pihak berkepentingan bagi berkongsi pengetahuan dan memperkukuh usaha meningkatkan kualiti hidup individu cerebral palsy.

Dalam ucapan perasmian penutup, saya menekankan bahawa kebajikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diberikan perhatian secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek kesihatan dan pemulihan, malah merangkumi pendidikan, peluang pekerjaan, aksesibiliti serta sokongan sepanjang hayat kepada individu OKU dan keluarga mereka.

Sebagai Ahli Dewan Negara yang mewakili komuniti OKU serta Pengerusi Commonwealth Parliamentarians with Disabilities (CPwD), saya percaya bahawa kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan hak, peluang dan suara komuniti OKU terus diberikan keutamaan selaras dengan prinsip “Nothing About Us Without Us”.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur, para penceramah, peserta serta semua pihak yang telah menjayakan simposium ini. Semoga segala perkongsian ilmu dan hasil perbincangan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang membawa perubahan bermakna kepada komuniti OKU.

Keterangkuman bukan sekadar membuka peluang, tetapi memastikan tiada seorang pun yang terpinggir daripada menikmati hak dan kehidupan yang bermaruah.




MESYUARAT BIRO OKU KEADILAN NEGERI SELANGOR: MEMPERKUKUH KEBAJIKAN DAN MERANGKA GERAK KERJA11 OKTOBER 2026 | AHADPada hu...
12/10/2026

MESYUARAT BIRO OKU KEADILAN NEGERI SELANGOR: MEMPERKUKUH KEBAJIKAN DAN MERANGKA GERAK KERJA

11 OKTOBER 2026 | AHAD

Pada hujung minggu yang lalu, Biro OKU KEADILAN telah mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama Ketua - ketua Biro OKU KEADILAN di Negeri Selangor bagi memperkukuh kerjasama, menyelaraskan gerak kerja serta membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara perkara yang dibincangkan ialah Belanjawan MADANI 2027 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Saya menyambut baik serta menghargai komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan komuniti OKU.

Mesyuarat turut memberikan perhatian kepada isu penjagaan pesakit terlantar, khususnya cabaran yang dihadapi oleh keluarga dan penjaga, disamping membincangkan perancangan program kebajikan serta aktiviti ziarah OKU yang akan datang.

Saya berharap agar setiap Ketua Biro OKU KEADILAN diperingkat cabang terus memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti keperluan komuniti OKU serta memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada tindakan yang memberikan manfaat secara langsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua Ketua Biro OKU KEADILAN Cabang di Negeri Selangor atas komitmen, pandangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat berlansung.

Perjuangan membela hak, memperkasa suara dan menjaga kebajikan Komuniti OKU bukan sekadar tanjungjawab organisasi, tetapi merupakan amanah bersama yang perlu diterjemahkan melalui tindakan keprihatin dan komitmen berterusan.

Semoga segala usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan demi membina masyarakat yang lebih adil, prihatin dan inklusif.




Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, saya menyeru masyarakat agar memberikan perhatian kepada kesihatan mental se...
10/10/2026

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, saya menyeru masyarakat agar memberikan perhatian kepada kesihatan mental sebagai sebahagian penting daripada kesejahteraan setiap insan, setara dengan kesihatan fizikal.

Setiap individu berhak untuk didengari, dihargai dan mendapatkan bantuan dalam persekitaran yang selamat, tanpa stigma atau diskriminasi. Keluarga, rakan, majikan dan komuniti memainkan peranan penting dalam membina persekitaran ini melalui sikap prihatin, kesediaan mendengar tanpa menghakimi serta sokongan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Perhatian juga perlu diberikan kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk OKU mental. Akses kepada sokongan kesihatan mental dan perkhidmatan yang mesra OKU perlu terus diperkukuh agar keperluan mereka difahami dan tiada sesiapa yang tercicir.

Selaras dengan nilai ihsan, hormat dan kesejahteraan dalam gagasan Malaysia MADANI, marilah kita membina masyarakat yang lebih peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh orang disekeliling kita. Usaha ini bermula dengan tindakan sederhana, bertanya khabar, mendengar dengan empati dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Kesihatan mental ialah tanggungjawab bersama. Setiap insan berhak menerima sokongan dan peluang untuk menjalani kehidupan yang bermaruah.

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026.

Senator Isaiah D Jacob
Ahli Dewan Negara

BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH KEBAJIKAN DAN PELUANG KOMUNITI OKUSaya merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar I...
09/10/2026

BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH KEBAJIKAN DAN PELUANG KOMUNITI OKU

Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, atas perhatian terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pembentangan Belanjawan MADANI 2027 hari ini.

Sokongan dalam aspek kebajikan, pendidikan, penjagaan, kesihatan dan pengangkutan amat bermakna kepada OKU serta keluarga dan penjaga mereka.

Harapan saya agar setiap langkah yang diumumkan disusuli pelaksanaan yang cekap, mudah diakses dan mengambil kira keperluan sebenar komuniti OKU.

Saya akan terus membawa suara komuniti OKU di Dewan Negara agar dasar dan peruntukan ini benar-benar sampai kepada mereka, demi memperkukuh hak, maruah dan peluang untuk hidup berdikari.

Kenyataan penuh saya dikongsikan bersama untuk rujukan.

MESYUARAT KHAS MPN KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN7 Oktober 2026 | Bandar Tun Razak, Kuala LumpurSelaku Ahli Majlis Pimpina...
08/10/2026

MESYUARAT KHAS MPN KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN

7 Oktober 2026 | Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Selaku Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya telah menghadiri Mesyuarat Khas MPN yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Azman Abidin, Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16, merangkumi strategi, penyelarasan gerak kerja serta kesiapsiagaan jentera.

Sebagai sebahagian daripada kepimpinan MPN, saya komited untuk bersama-sama memperkukuh gerak kerja parti. Kesatuan kepimpinan dan komitmen seluruh jentera amat penting bagi memastikan persiapan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Semoga seluruh jentera KEADILAN terus bekerja sebagai satu pasukan, mendekati rakyat dan memberikan khidmat terbaik demi perjuangan serta kemenangan di Melaka.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Senator Isaiah D Jacob posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share