04/08/2026
Belia Seri Malaysia Sertai Program "Dari Belia Untuk Belia: Generasi MADANI β Belia Berintegriti"
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2026 β Seramai 50 orang belia bersama komuniti dan penduduk setempat telah menyertai Program "Dari Belia Untuk Belia: Generasi MADANI β Belia Berintegriti" yang berlangsung di Kolam Takungan Banjir Sungai Midah, Bandar Tun Razak.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras & Bandar Tun Razak, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Belia Pangsapuri Seri Malaysia serta pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan belia dan rakan strategik ini bertujuan memupuk nilai integriti, membina kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan komitmen belia dalam memerangi penyalahgunaan dadah.
Antara pengisian utama program ialah ceramah kesedaran, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, serta Kempen "Katakan Tidak Kepada Dadah" dan "Jauhi Dadah" yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dan pengunjung.
Antara agensi yang turut menjayakan program ini ialah Maybank, Pejabat Penerangan Bandar Tun Razak dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Tun Razak yang telah membuka reruai pameran serta menyampaikan pelbagai maklumat dan perkhidmatan kepada masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan, kesejahteraan komuniti dan bahaya penyalahgunaan dadah.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Kuek Po Guan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Bandar Tun Razak, yang dalam ucapannya menyeru golongan belia agar terus memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam masyarakat dengan mengamalkan gaya hidup sihat, berintegriti serta menjauhi gejala sosial.
Program ini dilihat telah memperkukuhkan kerjasama strategik antara PBSK Cheras & Bandar Tun Razak bersama agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat dalam usaha melahirkan Generasi MADANI yang berdaya saing, berintegriti, sihat dan bebas daripada gejala dadah.
πΈ / πΉ : Akmal C.