08/03/2026
PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2026 – Wanita KEADILAN Cabang Segambut dengan kerjasama KEADILAN Cabang Segambut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Segambut telah menganjurkan Program Edaran Bubur Lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail pada petang semalam.
Bermula sekitar 3.30 petang hingga 4.30 petang, sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga di bazar tersebut sebagai tanda penghargaan serta perkongsian rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Edaran bubur lambuk ini diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai usaha menyemarakkan semangat berkongsi rezeki di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan parti, jentera serta masyarakat setempat.
Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan turut berpeluang beramah mesra dan menyantuni para pengunjung bazar yang hadir, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan di kawasan tersebut.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk mendekati masyarakat serta menyemai nilai kebersamaan melalui aktiviti kebajikan sempena bulan Ramadan.
06/03/2026
LAWATAN KE BAZAR RAMADAN TAMAN TUN DR ISMAIL
KUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 – Satu lawatan ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail telah diadakan pada 27 Februari 2026 bagi meninjau persiapan serta perjalanan perniagaan peniaga sempena kedatangan bulan Ramadan.
Lawatan tersebut telah disertai oleh YB Fadhlina Siddiq bersama Ketua Wanita Keadilan Wilayah Persekutuan, Pn Jamilah Awang, Ketua Wanita Cabang Segambut, Pn Hjh Zainab Nayan, ahli Jawatankuasa Cabang Segambut serta Serikandi Wilayah Persekutuan.
Sepanjang lawatan yang berlangsung dari jam 4.00 perang hingga 5.00 petang itu, rombongan telah meninjau beberapa gerai peniaga di bazar berkenaan di samping beramah mesra dan menyantuni para peniaga serta pengunjung yang hadir.
Program ini turut menjadi platform untuk mendengar pandangan serta maklum balas daripada peniaga berkaitan persiapan Ramadan serta cabaran yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan.
Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan, jentera wanita dan masyarakat setempat.
25/02/2026
11 Januari 2026 (Sabtu)
Segambut, Kuala Lumpur
PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026
Alhamdulillah, Wanita KEADILAN Cabang Segambut sekali lagi berjaya menganjurkan Program Back To School 2026 sebagai inisiatif tahunan bagi menyambut permulaan sesi persekolahan tahun ini.
Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf khususnya golongan B40 dan ibu tunggal dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, usaha kecil ini diharap dapat memberi kelegaan serta suntikan semangat kepada para ibu bapa dan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan ceria.
Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dari sekitar Segambut telah menerima bantuan berupa kelengkapan sekolah.
Bantuan telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Zainab bt Nayan bersama Cik Navinah a/p Kaveri, Ketua & Timbalan Ketua Wanita Cabang Segambut, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap kebajikan komuniti setempat khususnya dalam aspek pendidikan anak-anak.
Semoga usaha ini menjadi asbab kepada kejayaan anak-anak ini pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan AJK Wanita KEADILAN Cabang Segambut serta para sukarelawan atas komitmen dan dedikasi yang diberikan dalam menjayakan program ini.
19/02/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Segambut. Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh keimanan serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.
Semoga setiap amal ibadah kita diterima Allah SWT dan Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan serta rahmat yang berpanjangan buat kita semua. Aameen.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amal kebajikan. 🌙
Ramadan Kareem!
Ikhlas daripada,
Zainab binti Nayan
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Segambut
19/02/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya warga di Segambut. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga.
Semoga tahun ini membuka lebih banyak peluang kejayaan, memperkukuh perpaduan serta terus menyemarakkan semangat keharmonian dalam komuniti kita.
𝙂𝙤𝙣𝙜 𝙓𝙞 𝙁𝙖 𝘾𝙖𝙞 ! 🏮
Ikhlas daripada,
Zainab binti Nayan
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Segambut
01/01/2026
Menutup 2025, Menyambut 2026: Langkah Baharu Wanita
2025 melabuhkan tirainya, meninggalkan pelbagai cerita, cabaran dan pelajaran bermakna.
2026 p**a hadir membawa sinar baharu, mengajak kita melangkah dengan keyakinan dan azam yang diperbaharui.
Dalam setiap fasa perubahan, wanita terus memainkan peranan penting dalam mengukuh keluarga, menyatukan komuniti dan menyemai nilai perpaduan.
Bersama kekuatan wanita, kita terus melangkah membina masyarakat yang seimbang, inklusif dan berdaya tahan. 💙
Daripada:
Puan Hjh Zainab binti Nayan
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Segambut
dan
Seluruh Ahli Jawatankuasa
Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN
Cabang Segambut
31/12/2025
Kelas Memasak Komuniti Meriah & Bermakna 🍰👩🍳
Ahad, 16 November 2025 – Satu Program Kelas Memasak untuk Komuniti telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama NGO Amal Wanita Segambut (AWAS) KL bertempat di Dewan Orang Ramai MPP, Zon 2, TTDI Kuala Lumpur bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan penyertaan seramai kira-kira 20 orang peserta.
Program ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta dalam penyediaan empat (4) jenis kuih, iaitu kek batik klasik, kuih cek mek molek, puding triffle dan kuih kaswi yang dilaksanakan dalam suasana santai, interaktif dan berinformasi.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan komuniti setempat, menggalakkan perkongsian ilmu, mengeratkan hubungan silaturahim, dan menambah kemahiran peserta bagi memberi peluang menjana ekonomi secara praktikal melalui hasil masakan mereka.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.
20/10/2025
⸻
Semangat Deepavali Dirai Bersama! 🪔
Jumaat,17 Oktober 2025 - Pertubuhan Amal Wanita Segambut Kualal Lumpur (AWAS KL) bersama Wanita Keadilan Cabang Segambut telah mengadakan Majlis Sumbangan Bakul Makanan & Hamper Sempena Sambutan Hari Deepavali di Legend Heights, Sri Segambut.
Seramai 50 orang penerima diraikan dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Majlis disempurnakan oleh Ketua Wanita Cabang Segambut, Puan Hajjah Zainab binti Nayan, bersama barisan AJK Wanita Cabang Segambut.
Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan keprihatinan menjelang sambutan Deepavali agar semua lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kegembiraan sempena perayaan ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program penuh makna ini.
20/10/2025
🪔✨ Selamat Menyambut Deepavali ✨🪔
Wanita KEADILAN Cabang Segambut ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan penuh cahaya ini.
Semoga sinar Deepavali menerangi jiwa dengan kasih, kedamaian dan semangat perpaduan — nilai yang menjadi tunjang Malaysia MADANI. 🌸