Ikhlasbantuan

Ikhlasbantuan

Share

Bantuanikhlas adalah satu platform yang membantu individu atau kumpulan yang berminat untuk berinfaq wakaf sedekah . Madrasah ini terletak di pasir tumboh.

Lot 1242 Jalan pondok pasir tumboh, Kampung Machang Limbat 16150 Kota Bharu Kelantan.

16/09/2022

Di sebalik hikmahnya sebuah sedekah. Bergetar jiwa sekeluarga ini untuk mengenal dan akhirnya menjadi saudara baru kita.

Ayuh bersedekahlah di penghulu segala hari ini.

Ia amalan pembuka rezeki.
Ia amalan penghapus dosa.
Ia amalan memberi manfaat.
Ia amalan penyejuk nurani.

11/09/2022

Ya Allah.

Jauhilah kami dari sifat riak dan sombong, ujub, sum’ah dengan apa yang kami miliki, ianya bukan milik kami, ianya milikmu Ya Allah yang Maha Esa.

Jadilah kami hambamu yang sentiasa menunaikan kewajipan dan hak kami kepadaMu Ya Allah.

10/09/2022

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ
Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Nabi SAW menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.
2. Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.
3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).
4. Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan Syaaban ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka.
5. Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah wabak Covid 19 atau terkena musibah banjir.
6. Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:
اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ
Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
7. Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini mampu membina kekuatan rohani kita. Ambillah kesempatan bermunajat dan berdoa di malam hari agar Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 yang telah lebih dua tahun melanda.
Marilah kita melaksanakan amal-amal yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

10/09/2022

*Jangan Saling Memusuhi*

عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام

_*Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"*_ (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka

1.Sifat iri hati dan cemburu kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim

2.Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: *Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan s**a bermusuh"* (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

3.Kita boleh berbeza pandangan dengan orang lain, namun perlu saling berlapang dada dan memaafkan.

4.Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.

Dalam kita hidup bermasyarakat dan bernegara, perlu ada sifat bertolak ansur dan saling memaafkan. Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki terhadap orang lain. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

credit pic by getty images

07/04/2022

Reminder to be grateful. Some are fasting now and they don’t even know what to eat for iftaar yet.

Adapun kita disini, berbuka puasa tanpa kekurangan makanan sedikitpun, meskipun harga naik macam mana pun.. tidak membuat meja makan kita kosong dari berbagai macam menu makanan.

Berita diatas semestinya menyedarkan kita untuk tidak berlebih-lebihan ketika berbuka. Kadang kita temui di rumah-rumah kaum muslimin makanan yang terlalu banyak hingga terbuang ke bakul sampah, beraneka macam kueh dari yang manis yg bakar dan yg terpajang diatas meja makan ketika masuk waktu berbuka sedangkan sebahagian saudara muslim kita diluar sana berpuasa dengan menahan lapar, juga kelaparan.

Tapi justru yang mereka khawatirkan hanyalah satu; apakah puasanya di terima (sah) tanpa makan sahur dan berbuka? سبحان الله

Semoga menjadi ibroh untuk diri ini peribadi dan siapapun yang membacanya. والله أعلمُ بالـصـواب

07/04/2022

Ramadhan ke 5 tahun 2022

Ya Allah,

Jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa

Sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenar¬nya,

Bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai.

Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam.

Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.

Ammin 🤲🏻

01/04/2022

Moga keberkatan Ramadhan kali ini, kita dapat meraih peluang sebanyaknya untuk bersedekah.

Amin Ya Rabbal Alamin

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Ampang
Kuala Lumpur
56100