Pemudi Gerakan Tanah Air

Pemudi Gerakan Tanah Air

Share

Laman Rasmi Sayap Pemudi Gerakan Tanah Air - Pemudi GTA

30/10/2022

Saya ingin mengingatkan kepada semua kepimpinan muda GTA agar berhati-hati menggunakan nama ‘Gerakan Tanah Air’ dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan. Ia adalah lambang konsensus semua parti komponen serta NGO & NGI didalam Gagasan Bangsa.

Kita mahu menjadi kepimpinan anak muda yang menjadi contoh buat sahabat dalam parti-parti lain. Suntikan nafas baharu yang inilah yang diperlukan untuk mengubah imej kewibawaan kepimpinan serta keunggulan kerajaan akan datang.

KITA PERLU JADI CONTOH KEPIMPINAN MUDA PADA PARTI LAIN

Saya mengambil maklum tindakan Pejuang Muda Pahang & Gerakan Muda GTA Pahang yang mempertikaikan isu calon Parlimen Temerloh.

Sehingga hari ini, Majlis Tertinggi Gerakan Tanah Air (GTA) masih bertungkus lumus menyelaraskan kerusi untuk semua bakal calon dari setiap parti komponen serta NGO & NGI dari Gagasan Bangsa.

Selagi belum dinyatakan secara rasmi calon GTA PRU15, maka elakkan bertindak terburu-buru kerana ia hanyalah mencerminkan ketidakbijaksanaan kepimpinan muda. Bak kata pepatah, jangan terlebih sudu dari kuah.

Saya ingin mengingatkan kepada semua kepimpinan muda GTA agar berhati-hati menggunakan nama ‘Gerakan Tanah Air’ dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan. Ia adalah lambang konsensus semua parti komponen serta NGO & NGI di dalam Gagasan Bangsa.

Kita mahu menjadi kepimpinan anak muda yang menjadi contoh buat sahabat dalam parti-parti lain. Suntikan nafas baharu yang inilah yang diperlukan untuk mengubah imej kewibawaan kepimpinan serta keunggulan kerajaan akan datang.

Kita nantikan pengumuman rasmi calon GTA yang akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Azliza Rajiain
Ketua Pemudi Gerakan Tanah Air

27/10/2022

Didokongi bukan sahaja parti-parti politik yang baharu, tiada rekod politik kotor, tetapi gerakan ini juga memperlihatkan penyertaan banyak badan bukan kerajaan NGO dan tokoh-tokoh nasional yang selama ini bersuara demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air dari luar tembok politik.

GTA merupakan wadah berwibawa yang berjaya mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu merejuvenasi politik negara dengan imej baharu.

Semua calon-calon yang akan ditampilkan GTA merupakan individu yang bebas salah laku dan dakwaan di mahkamah. Malah merupakan pemain politik baharu tanah air yang bebas dari kehidupan kotor politikus sedia ada.

PRU-15 MEDAN TERBAIK TAMPILKAN PEMIMPIN IMEJ BAHARU

1. Semboyan PRU-15 kini sudah ditiup dengan kencangnya oleh semua parti-parti politik tanah air.

2. Walaupun sebenarnya kehangatan PRU-15 ini sebenarnya sudah bermula sebaik tamatnya PRU-14 pada tahun 2018 lagi. Sejak tumbangnya parti yang memerintah lebih 6 dekad itu, suasana politik negara boleh dikatakan banyak berubah.

3. PRU-15 kali ini boleh dikatakan sebagai 'Peperangan Besar dan Penting' atau 'Father of all Elections'. Parti UMNO dan Barisan Nasional akan cuba sekali lagi bangkit berkuasa demi menyelamatkan masa depan politik saki baki pemimpin yang sedang didakwa kes korupsi di mahkamah, dan Parti Pakatan Harapan yang dilihat sudah hilang taring akibat kegagalan 22 bulan pemerintah cuba sekali lagi meyakinkan pengundi.

4. Berbeza p**a dengan sebuah gerakan rakyat yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air (GTA) yang muncul di tengah-tengah kemelut politik tanah air. Didokongi bukan sahaja parti-parti politik yang baharu, tiada rekod politik kotor, tetapi gerakan ini juga memperlihatkan penyertaan banyak badan bukan kerajaan NGO dan tokoh-tokoh nasional yang selama ini bersuara demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air dari luar tembok politik.

5. GTA merupakan wadah berwibawa yang berjaya mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu merejuvenasi politik negara dengan imej baharu. Semua calon-calon yang akan ditampilkan GTA merupakan individu yang bebas salah laku dan dakwaan di mahkamah. Malah merupakan pemain politik baharu tanah air yang bebas dari kehidupan kotor politikus sedia ada.

6. Saya yakin serta percaya, PRU-15 ini merupakan medan terbaik bagi rakyat untuk memilih dan menghantar ke Parlimen Malaysia wajah-wajah baharu pemimpin. Dengan imej baharu dan kewibawaan serta ketokohan calon-calon GTA ini, impian kita untuk menjadikan tanah air ini sebagai unggul dan bermaruah dapat dicapai.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Naib Presiden BERJASA
Pengarah Pilihanraya BERJASA


https://bit.ly/daftarahliBERJASA

24/10/2022

Gerakan Tanah Air (GTA) bukan sekadar ditunjangi oleh parti politik. Malah gerakan ini adalah gerakan rakyat yang dizahirkan melalui gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) & tokoh individu (NGI).

Gagasan Bangsa merupakan satu elemen penting yang mengiktiraf hasil usaha NGO & NGI.

BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK

Gerakan Tanah Air (GTA) bukan sekadar ditunjangi oleh parti politik. Malah gerakan ini adalah gerakan rakyat yang dizahirkan melalui gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) & tokoh individu (NGI). Gagasan Bangsa merupakan satu elemen penting yang mengiktiraf hasil usaha NGO & NGI.

Penubuhan Gagasan Bangsa telah mengangkat tinggi martabat Melayu-Islam yang telah dizahirkan oleh NGO & NGI dalam setiap inisiatif dan program yang telah mereka jalankan. Kini tiba masanya, untuk NGO & NGI beraksi di gelanggang sebenar khususnya memberi khidmat secara aktif didalam arena politik tanah air bagi merealisasikan segala idea bernas yang selama ini mereka perjuangkan.

Senario pahit yang terpaksa ditelan oleh NGO & NGI apabila mereka “ditunggang” oleh ahli politik yang mengambil kesempatan. Tenaga sudah dikerahkan, dana sudah dibelanjakan, namun “sapi yang dapat nama”. NGO & NGI merupakan elemen penting didalam GTA kerana mereka lebih memahami denyut nadi rakyat marhaen.

GTA membawa satu nafas baharu buat saf kepimpinan NGO & NGI untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di saf kepimpinan GTA. Segala pengalaman dan kekuatan yang ada, wajib disalurkan di platform yang tepat agar dapat menyelesaikan segala isu pokok yang melanda negara selama ini.

Inilah satu-satunya platform politik untuk NGO & NGI menyalurkan cadangan dan idea untuk direalisasikan bersama. Gagasan Bangsa sentiasa membuka ruang perbincangan bersama NGO & NGI lain demi agama, bangsa dan negara.


https://bit.ly/daftarahliBERJASA

14/10/2022

Pemudi GTA we aim to empower our young women to become brave, competent and hold strategic positions in our nation development, we do not neglect the natural role of a women to start a family and give birth to a new generation.

Malaysia's youth should not delay to start a family at a later age in fear that it will disrupt their career and dream goals. In fact, Pemudi GTA highly believe that starting a family really helps to stabilize one's life and provide them with crucial experience to become more mature and wise in leadership roles.

TFR RATE AT THE LOWEST RATE: BERJASA CALLS FOR IMMEDIATE ACTION PLAN

1. I am drawn to comment on the Vital Statistics, Malaysia, 2021 which was released yesterday by Malaysia's Department of Statistics

2. The statistic on birth rate and Total Fertility Rate (TFR) is alarming, and if not handled seriously, through national policies or campaigns, will lead to further drop in birth rate in the upcoming years.

3. Increasing Malaysia's TFR to 2.1 is crucial to ensure that our nation will continue to thrive with the existance of young leaders and maintain a balance pop**ation size. Unfortunately, our TFR has been falling below this value over the last decade with the lowest TFR of 1.7 reported for 2021.

4. Failing to maintain and increase our TFR will lead to Malaysia becoming an ageing society much earlier, where a big portion of the pop**ation will be elders aged 60 years and above, while younger generation are scarce. This will greatly impact our economy and nation devlopment as a whole due to shortage of working-age people in the country to fill in demand roles.

5. While in Pemudi BERJASA we aim to empower our young women to become brave, competant and hold strategic positions in our nation development, we do not neglect the natural role of a women to start a family and give birth to a new generation.

6. Malaysia's youth should not delay to start a family at a later age in fear that it will disrupt their career and dream goals. In fact, pemudi Berjasa highly believe that starting a family really helps to stabilize one's life and provide them with crucial experience to become more mature and wise in leadership roles.

7. Of course, for our youth to get married and having childrens, they should equip themselves with sufficient knowledge and mental preparation, as the journey would definitely be tough. While doing so, let's not contribute to the statistics of increasing divorce and broken family which could be very detrimental to our children, our future leaders.

8. Yes, I know, it's complicated. Starting and maintaining a happy and functional family is already a handful that takes up much of our time, what more to expect our youth to also be actively involved in leadership positions and political roles. But this is what pemudi Berjasa believes in. Forming and strenthening Family Institution is an important part in building a great nation. Balance, is the key.

9. Pemudi Berjasa takes this issue very seriously and is committed to encourage our youth to start a functional family and contribute to our nation's TFR.

10. Concurrently, efforts and campaigns by government bodies are also called for to address the other issues that contributes to the reducing TFR rates. These include adding more facilities and subsidies to assist families who are trying to conceive (TTC). The government alongside NGOs should also put in a concerted effort to improve the lifestyle of our nation from all aspects; health, living cost, job securities, child care support and policies and many others which could motivate our youth to get married and have children which would then increase our TFR rate.

Azliza Rajiain
Ketua Pemudi BERJASA
Ketua Pemudi GTA

Photos from Department of Statistics, Malaysia's post 14/10/2022

I am drawn to comment on the Vital Statistics, Malaysia, 2021 which was released by Malaysia's Department of Statistics.

Wait for my full statement from Pemudi Gerakan Tanah Air

Azliza Rajiain
Ketua Pemudi GTA

13/10/2022

Majlis Presiden GTA bersetuju menggunakan logo Pejuang untuk PRU 15 ini. Satu logo, satu agenda.

Selamat Berjuang!

13/10/2022

Parti yang rosak akan melahirkan ramai pemimpin yang berakhlak buruk, manakala pemimpin berakhlak buruk akan melahirkan penyokong yang sama rosak.

UMNO perlu diajar erti perjuangan bangsa yang sebenar. Saya yakin para pengundi PRU15 pandai menilai segala tindak tanduk ahli politik hari ini.

PERLU MENANG PRU DEMI SELAMATKAN KRONI

1. Video ucapan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan keperluan untuk mereka wajib menang yang telah tular di media sosial telah meruntuhkan imej pemimpin Melayu Islam.

2. Dek kerana kes mahkamah keliling pinggang, maka sudah menjadi kewajipan untuk menang demi menggugurkan kes masing-masing.

3. Kes mahkamah dijadikan bahan lawak secara terang-terangan menunjukkan kegilaan pemimpin UMNO.

4. Begitulah ketamakan dan mementingkan diri para pemimpin Melayu Islam didalam UMNO. Sifat malu memang sudah terhapus didalam diri mereka sejak mula melaungkan 'malu apa bossku'.

5. Saya pelik mengapa penggerak & penyokong UMNO serta Barisan Nasional hanya mampu mengiyakan segala kata-kata durjana presiden mereka. Kewibawaan sebagai presiden parti telah lama runtuh dek gila pada kuasa.

6. Parti yang rosak akan melahirkan ramai pemimpin yang berakhlak buruk, manakala pemimpin berakhlak buruk akan melahirkan penyokong yang sama rosak.

7. UMNO perlu diajar erti perjuangan bangsa yang sebenar. Saya yakin para pengundi PRU15 pandai menilai segala tindak tanduk ahli politik hari ini.

8. Moga Allah jauhkan kita dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Kita mahukan pemimpin yang berwibawa mentadbir Malaysia!

Azliza Rajiain
Ketua Pemudi Gerakan Tanah Air

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur