Hospital Orang Asli Gombak

Directions Website Contact the organization

Hospital Orang Asli Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Orang Asli Gombak, Government Organization, KM 24, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan akan diberikan dalam persekitaran yang selesa, sesuai dan selamat dengan menggunakan kaedah, peralatan serta kemudahan yang sesuai dan berfungsi baik.

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengalukan lawatan Cik Himari Ura, pelajar jurusan Perhubungan Antarabangsa, Universi...
24/09/2026

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengalukan lawatan Cik Himari Ura, pelajar jurusan Perhubungan Antarabangsa, Universiti Tsuda, Jepun ke HOAG pada 23 September 2026. Dalam lawatan ini, beliau telah diberi penerangan mengenai peranan HOAG dalam aspek kesihatan komuniti Orang Asli. Beliau turut berminat dengan inisiatif HOAG memperkenalkan Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) Orang Asli. Lawatan ini juga memberi peluang kepada HOAG untuk belajar mengenai TCM Jepun & bagaimana ianya diamalkan.

Pengurusan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan tahniah kepada lima orang warga kerja HOAG di atas penglibatan...
21/09/2026

Pengurusan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan tahniah kepada lima orang warga kerja HOAG di atas penglibatan mereka menjayakan Program ASPIRA ASLI 2026 bertempat di KSL Esplanade Klang. Dalam program ini, warga kerja HOAG terlibat telah memberi maklumat kerjaya dalam bidang kesihatan kepada para pengunjung terutama para belia dan beliawanis Orang Asli. Selain itu, mereka turut mempamerkan bahan informasi, pendidikan dan komunikasi kesihatan kepada para pengunjung program. Semoga dengan penglibatan warga kerja HOAG dalam program ini dapat membantu para belia dan beliawanis komuniti Orang Asli memilih bidang kerjaya yang diminati.

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Wong Yih Seong, Pakar Hematologi dan Pn. Se...
17/09/2026

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Wong Yih Seong, Pakar Hematologi dan Pn. Selam Bedada dari Atlantic Fellows For Health Equity US di atas kunjungan mereka ke HOAG pada 14 September 2026. Dalam kunjungan ini, kedua-dua pelawat telah diberikan taklimat mengenai peranan HOAG dalam perkhidmatan kesihatan Orang Asli. HOAG mengucapkan terima kasih kepada Dr. Wong dan Pn. Selam di atas cadangan serta pemilihan HOAG sebagai fasiliti yang akan dilawati oleh delegasi Atlantic Fellows For Health Equity.

14 September 2026.Warga kerja Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada tiga orang kakitan...
15/09/2026

14 September 2026.

Warga kerja Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada tiga orang kakitangan HOAG yang akan bertukar keluar. Ketua Jururawat Pn. Nurul Najwa Binti Mohd Refflis akan bertukar keluar ke Institut Latihan Kejururawatan Kuala Pilah sebagai Pengajar. Cik Aida Akhma Binti Ahmad, Ketua Unit Kewangan akan bertukar ke Hospital Ampang dan Cik Fatimah Zuhra Binti Yusuff yang telah mendapat kenaikan pangkat serta bertukar keluar ke Hospital Ampang.

Terima kasih di atas perkhidmatan mereka di HOAG. Semoga mereka semua meneruskan kecemerlangan perkhidmatan di tempat baru.

Pengurusan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan syabas kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) HOAG diatas...
15/09/2026

Pengurusan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan syabas kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) HOAG diatas kejayaan menganjurkan Program "Hari Ceria Ibu & Anak : Minda Sihat, Emosi Ceria, Bahagia Bersama" pada 12 September 2026 di HOAG. Program yang menekankan kesihatan mental ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Nurashikin Binti Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) KKM.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Orang Asli di sekitar HOAG. Penyertaan komuniti yang mengalakkan ini mencerminkan tahap kesedaran komuniti mengenai kepentingan memelihara kesihatan mental yang baik. Selain itu program ini turut menguatkan peranan ALPH HOAG sebagai perantara antara komuniti dengan warga HOAG.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) merakamkan ucapan terima kasih kepada Delegasi Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakul...
15/09/2026

Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) merakamkan ucapan terima kasih kepada Delegasi Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) di atas kesudian mengadakan lawatan akademik ke HOAG pada 10 September 2026. Delegasi UM diketuai oleh Prof. Dr. Sajaratulnisah Othman, Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga & Ketua Unit Social Accountability in Health, UM (SAHUM). Turut hadir sama ⁠Prof. Madya Dr. Haireen Abdul Haidi, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr. Rizawati Ramli, Pakar Perubatan Keluarga dan En. Kent Ka Kian Goh, Pegawai Farmasi & calon PhD.

Semoga dengan lawatan ini, akan memberi nilai tambah dalam penjagaan kesihatan yang responsif terhadap budaya dan konteks komuniti selain membuka ruang kepada kerjasama akademik yang berorientasikan komuniti.

✨ Meneladani Akhlak Agung Rasulullah SAW ✨Buat julung kalinya, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Orang A...
03/09/2026

✨ Meneladani Akhlak Agung Rasulullah SAW ✨

Buat julung kalinya, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) bergandingan bersama YADIM Selangor bagi menjayakan Ceramah Maulidur Rasul.

Majlis penuh keberkatan pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) ini dimulakan dengan perarakan berselawat yang membasahi suasana kawasan hospital. Seramai 38 orang warga kerja HOAG hadir melapangkan masa untuk menimba ilmu daripada Ustaz Ahmad Bin Yahaya, Pendakwah Bebas YADIM.

Semoga setiap pengisian berkenaan akhlak Baginda SAW dapat kita suburkan dalam tugas harian dan kehidupan seharian. 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YADIM atas pengisian yang sangat bermanfaat serta sokongan padu yang diberikan. Semoga kerjasama indah ini terus berkekalan demi impak positif pada masa hadapan! 🤝✨

03/09/2026
Tahniah dizahirkan kepada semua warga  Hospital Orang Asli, Gombak  (HOAG) di atas kejayaan memperolehi pengiktirafan 2 ...
03/09/2026

Tahniah dizahirkan kepada semua warga Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) di atas kejayaan memperolehi pengiktirafan 2 bintang AEMAS dalam pengurusan tenaga di hospital. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada HOAG untuk meneruskan usaha pengurusan tenaga yang lebih cekap, mampan dan lestari di hospital demi kesejahteraan warga kerja hospital, para pesakit dan alam sekitar.

Address

KM 24, Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Orang Asli Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Orang Asli Gombak:

Shortcuts

Share