Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA Gombak

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA  Gombak

Share

Parti Putra Bahagian Gombak

TikTok · minaq jinggo 09/11/2024

Enjoy this post in TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSjrsRQqA/

20241103 - Rasionalisasi Subsidi RON95 .

Rasionalisasi subsidi RON95 seharusnya memberi manfaat pendidikan dan perubatan percuma dan potongan 50% bil elektrik dan air untuk golongan B40.

Retorik saja tidak memadai, rakyat sudah terlalu tertekan tetapi terpaksa terima apa saja yang kerajaan Madani lontarkan kepada mereka.

TikTok · minaq jinggo Check out minaq jinggo’s video.

Kos guaman 1MDB cecah RM300 juta tidak masuk akal 02/11/2024

Kos guaman 1MDB cecah RM300 juta tidak masuk akal

Source: Harakahdaily

Kos guaman 1MDB cecah RM300 juta tidak masuk akal KUALA LUMPUR: Kos guaman kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencecah RM300 juta merupakan sebagai sesuatu yang melampau dan tidak masuk akal. Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif menyifatkan angka besar tersebut sebagai terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan kes tersebut. .....

TikTok · minaq jinggo 17/10/2024

https://vt.tiktok.com/ZS2EhKjYq/

20241015 - Pengalaman dua kali ditahan ISA .

Dua kali jadi tahanan ISA. Dec 1974 kerana peristiwa keluarga miskin di Baling mati makan ubi gadung dan kali kedua Okt 1987 dibawah Ops Lalang kerana isu mempertahankan Ketuanan Melayu

Tok Him juga berkongsi sel bersama Anwar Ibrahim ketika ditahan di Kamunting selama dua tahun. Anwar menjadi imam dan Tok Him makmum. Tiada apa² berlaku antara mereka walaupun katil sebelah menyebelah. Isu liwat hanya diketahui dengan menemubual para saksi dan mangsa secara bersemuka.

TikTok · minaq jinggo Check out minaq jinggo’s video.

08/10/2024

https://www.facebook.com/share/ZmkU3zpSFUhz1SEH/?mibextid=WC7FNe

𝗠𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮
𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝟭𝟬𝟬 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻

1. Dengan keadaan dan cabaran semasa Malaysia hari ini. Kelompok Bumiputera jelas kelihatan berhadapan dengan kesan yang amat besar berhubung kait dengan kedudukan ekonomi semasa negara dengan polisi kerajaan hari ini yang kelihatan seperti hanya melepas batuk ditangga dan tidak ada dasar dan pelaksanaan yang aggresif untuk membangun ekonomi Bumiputera. Dengan Dasar Kesamarataan di bawah slogan Malaysia Negara Berbilang Kaum, kaum Bumiputera akan terus hanyut dan tengelam di bumi sendiri. Menang Sorak Kampong Tergadai akan berterusan kerana perkara pokok pembahagian kek ekonomi negara akan terus melebar kerana tumpuannya hanya kesamarataan di peringkat B40 sahaja.

2. Sekiranya, tiada sebarang Intervensi daripada kerajaan secara aggresif dalam memangkin pemilikan hartanah (property ownership) di kalangan Bumiputera, maka PUTRA yakin dalam tempoh 10 tahun lagi peratusan aset pemilikan hartanah akan terus turun mendadak, manakala Tanah Rezab Melayu hanya tinggal 12% sahaja mengikut laporan oleh pihak-pihak yang berwibawa. Banyak Tanah Rezab Melayu tidak di ganti walaupun ianya perkara wajib mengikut undang-undang negara. Kerajaan perlu mengambil serius perkara ini, kerana ianya melibatkan survival Bumiputera pada masa akan datang. Peristiwa di bumi Palestin dan nasib melayu Singapura wajar menjadi pengajaran.

3. Merujuk kepada kenyataan REHDA Perak melalui Media Sinar Harian bertarikh 20 Sept 2024 yang lalu. Hanya 9.3% daripada 4588 telah terjual untuk tempoh 2 suku pertama tahun 2024 bagi kediaman bawah RM300,000. Ini menunjukkan potensi kepada kemampuan masyarakat di Negeri Perak khususnya terjejas dengan plan Pembangunan negara melalui konsep negara berpendapatan tinggi. Peratusan ini mencerminkan kepada negara secara keseluruhannya.

4. Justeru, melalui pembentangan Belanjawan yang akan datang, PUTRA mencadangkan agar pihak kerajaan perlu mengadakan satu skim galakan khusus kepada golongan Bumiputera dalam memiliki aset hartanah termasuk yang bernilai tinggi, terutama sekali di dalam kawasan bandar-bandar besar dan daerah-daerah yg sedang membangun. Syarat-syarat lain boleh dipertimbangkan seperti umur, pendidikan dan lain-lain yang tidak merumitkan.

5. Ini bertujuan untuk memastikan wujudnya persaingan di samping 'security of assurance' dalam mengelak atau mengekang sebarang dominasi yang mana dari segi Economy Power menunjukkan secara jelas Bumiputera jauh ketinggalan terbelakang dalam pemilikan hartanah seperti lot-lot kedai, di samping lot-lot dalam gedung dan lot-lot di menara-menara pencakar langit.

6. Sebuah Tabung Dana khas RM100 billion wajar ditubuhkan oleh kerajaan bagi tujuan memberi 100% pinjaman khusus bagi pemilikan asset hartanah di kawasan bandar. Aset hartatanah tidak hilang nilainya malah terus meningkat dan tidak seperti automobil yang susut nilainya mengikut tahun pengeluaran.

7. Pembahagian kek ekonomi ini perlu seimbang dengan sokongan daripada kerajaan bagi menstabilkan jurang pendapatan dikalangan kaum di Malaysia. Tidak cukup dengan slogan “Rakyat Malaysia Mesti Bersatu” tapi perlu seiring dengan perlaksanaan diterjemahkan melalui kehidupan sosial.

8. Seterusnya, dasar-dasar kerajaan hari ini lebih cenderung kepada mewujudkan projek-projek yang berimpak tinggi di mana kos-kos diserap masuk dalam tanggungan masyarakat. Di samping karenah birokrasi yang juga dimasukkan dalam kos-kos yang perlu di bayar oleh masyarakat. Projek DOSM yang dulu digembar-gemburkan sebagai contoh, apa jadi dengan status hari ini dan adakah telah menjadi projek gajah putih. Tak cukup dengan itu, diperkenalkan p**a MyDigital ID pun tidak pasti sejauh mana pelaksanaannya memberikan impak positif kepada masyarakat atau bakal menjadi projek sakit. Apakah projek-projek seperti ini diperkenalkan hanya bagi menghalalkan perbelanjaan kerajaan, yang sudah pastinya ianya akan memberikan kesan kepada aliran kewangan negara.

9. PUTRA mencadangkan juga agar kontraktor kecil Bumiputera diberikan penglibatan yang secara jelas dan khusus dalam projek-projek mega kerajaan yang mana syarat-syarat menjadi wajib kepada kontraktor-kontraktor utama yang memperolehi tender. PUTRA mendapat makluman, kontraktor-kontraktor kecil bumiputera hari ini mempunyai cabaran yang besar di bawah kerajaan hari ini dalam mendapatkan tender, walaupun tender-tender yang bernilai rendah.

10. PUTRA juga mencadangkan peniaga-peniaga kecil bumiputera di kawasan kerajaan tempatan yang mempunyai syarat dan pengalaman yang cukup perlu diberikan dan diadakan satu suntikan dana khas dalam mengembangkan perniagaan mereka. Ini sejajar dengan kesan kepada peningkatan hasil pendapatan dikalangan peniaga dan penjaja.

11. Kerajaan perlu menilai semula kos-kos perubatan di negara ini yang naik 12.6% menjangkau inflasi global 5.6% dengan memberikan suntikan tambahan dana atau memperkasakan Pharmaniaga yang merupakan salah satu Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Dengan keadaan hari ini pelbagai penyakit bersilih ganti ternyata memberikan kesan kepada perbelanjaan masyarakat. Seharusnya kerajaan mengetahui bagaimana cara untuk menurunkan kenaikan kos perubatan ini. Kita mempunyai pakar-pakar yang boleh menilai cara dan bagaimana dalam memastikan kos perubatan di Malaysia berada pada tahap yang menjadi keselesaan.

12. PUTRA tidak mahu, kononnya negara semakin maju tapi pemilikan hartanah dan ekonomi bumiputera khususnya, mundur dari tempoh setahun ke setahun mendatang. Satu gerak kerja drastik perlu dilaksanakan segera sebelum “barah menjadi parah”.

Oleh: Dr. Mohamad Izwan Zainal
Pengerusi Biro Ekonomi Merangkap ADT PUTRA
7 Oktober 2024

18/08/2024
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Gombak
Kuala Lumpur