RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

Share

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
---------------------------------

RISDA berfungsi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memainkan peranan penting dalam memperkasa dan menyokong pekebun kecil dalam industri getah. Ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi pekebun kecil getah, RISDA melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah dan menggalakkan penanaman getah mapan.

Photos from Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar's post 14/05/2026

RM5.10!!! Terpadu!

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 14/05/2026

MENYANTUNI USAHAWAN, MEMPERKASA AGRO MAKANAN NEGARA

14 MEI 2026 | KHAMIS | TANGKAK, JOHOR.

Hari inI YB Tuan Haji Manndzri Hj Nasib Pengerusi RISDA bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA dan Pengarah RISDA Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke ๐‘&๐™ ๐ƒโ€™๐‹๐ž๐๐š๐ง๐  ๐‘๐š๐›๐›๐ข๐ญ ๐…๐š๐ซ๐Œ bagi meninjau perkembangan projek agro-makanan bersepadu yang diusahakan oleh usahawan tempatan.

Ladang ini menampilkan potensi besar dalam pembangunan model pertanian bersepadu yang merangkumi ternakan arnab pedaging, kambing, ayam kampung serta inovasi penanaman pokok ketum ayam sebagai alternatif makanan ternakan berprotein tinggi.

Apa yang lebih membanggakan, inisiatif seperti ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan, malah turut menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara melalui pendekatan yang lebih mampan dan inovatif.

RISDA kekal komited untuk terus menyokong, membimbing serta memperkasakan usahawan tani melalui bantuan fasiliti, pembangunan kapasiti dan khidmat nasihat strategik agar lebih ramai usahawan mampu berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengurusan R&Z Dโ€™Ledang atas komitmen, kesungguhan dan inovasi yang ditunjukkan. Semoga usaha ini terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan desa.





Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 14/05/2026

RISDA PERKASA USAHAWAN DESA, ANGKAT KARYA TEMPATAN.

14 MEI 2026 | KHAMIS | TANGKAK, JOHOR.

YB. Tuan Haji Manndzri Hj Nasib Pengerusi RISDA hari ini berkesempatan mengadakan lawatan ke ๐‘๐ข๐ง๐ฅ๐ž๐ž๐ ๐๐š๐ญ๐ข๐ค, usahawan bimbingan RISDA yang membuktikan bahawa semangat, bakat dan kegigihan mampu melangkaui segala batasan.

Rinleed Batik merupakan jenama kraf tekstil tempatan yang diasaskan oleh seorang anak muda usahawan OKU (pekak dan bisu), Nurin Alya. Berpangkalan di Sagil, Tangkak, Johor, jenama ini terkenal dengan penghasilan batik canting asli eksklusif yang sarat dengan nilai seni, warisan dan jiwa kreatif. Setiap rekaan bukan sekadar corak di atas kain, tetapi membawa mesej perjuangan, ketekunan dan ekspresi yang lahir daripada semangat luar biasa.

โ€œDi sebalik sehelai kain batik premium, ada detik sunyi yang penuh tumpuan. Bangga menggayakan mahakarya Rinleed Batik yang sarat dengan identiti warisan negara. Tarikan seni dari Tangkak!โ€

โ€œEksklusif, asli dan penuh seni tradisi. Rinleed Batik membuktikan bahawa keindahan kraf tempatan sentiasa mempunyai aura dan pesonanya yang tersendiri. Draperi anggun untuk sebarang majlis.โ€

RISDA akan terus komited memperkasa usahawan desa serta membuka lebih banyak ruang dan peluang pemasaran agar produk tempatan mampu menembusi pasaran lebih luas serta terus berdaya saing.





14/05/2026
Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 14/05/2026

PENGERUSI RISDA MERASMIKAN OZMY SHOWROOM. USAHAWAN BIMBINGAN RISDA

14 MEI 2026 | KHAMIS | TANGKAK, MUAR, JOHOR

Lawatan kerja YB Tuan Haji Manndzri Hj Nasib Pengerusi RISDA ke Projek Usahawan Bimbingan RISDA Negeri Johor membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa usahawan desa ke tahap lebih tinggi.

Kisah kejayaan OZMY Sdn. Bhd. sebagai usahawan mikro dalam industri pembuatan umpan tiruan membuktikan bahawa dengan sokongan, bimbingan dan teknologi, produk tempatan mampu menembusi pasaran dengan nilai jualan yang membanggakan.

RISDA terus komited membuka laluan, memperkukuh ekosistem dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui keusahawanan.

Inilah bukti bahawa dengan sokongan RISDA, usahawan desa mampu pergi jauh.





14/05/2026

Info jualan skrap 14 Mei 2026 (KHAMIS) !!!

Belian skrap di Kg Lubuk Paku , Kg Serengkam dan kawasan sekitar

HARGA PADA HARI INI RM4.41/KG

CEPAT BERTINDAK.!!!
DAPATKAN HARGA SKRAP BERMARUAH SEKARANG!!!








RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

14/05/2026

12/05/2026 Selasa
JUALAN GETAH BERGERAK

TSB SG MAS

13/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐‰๐š๐๐ข ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง!

Lawatan Projek Agromakanan ke kebun fertigasi tanaman terung milik En. Yusuff bin Mat Yunus dari Jeli, Kelantan. ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ช Dengan sokongan, bantuan & bimbingan daripada RISDA, kini usaha kecil berkembang menjadi projek fertigasi yang membuahkan hasil.

Tiada yang mustahil kalau ada usaha dan semangat untuk berjaya. Rebut peluang yang ada, kerana RISDA sentiasa bersama membantu pekebun kecil dan usahawan desa membina masa depan lebih baik. ๐Ÿš€

Photos from Permodalan RISDA Berhad's post 13/05/2026
Photos from RISDA Daerah Raub's post 13/05/2026
13/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://www.bancirisda.my/, https://www.suararisda.my/, http://www.risda.gov.my/

Address


Ibu Pejabat RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067,, Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50990

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00