PMD Bukit Bintang/Titiwangsa

PMD Bukit Bintang/Titiwangsa

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PMD Bukit Bintang/Titiwangsa, Government Organization, LOT T3-16, TINGKAT 3, UTC KL @ PUDU SENTRAL, Kuala Lumpur.

30/10/2025
Photos from Pejabat MARA Wilayah Persekutuan's post 13/03/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ€π†πˆ π’π„πŒπˆππ€π‘ 𝐄𝐒𝐆,π…πˆππ“π„π‚π‡ & 𝐄-πˆππ•πŽπˆπ‚π„

13 MAC 2025 | ANJUNG KORPORAT IBU PEJABAT MARA

Seramai 150 orang peserta telah menghadiri Program Pembangunan Usahawan bagi Seminar ESG, FINTECH & E-INVOICE anjuran Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dengan PMD Bukit Bintang/Titiwangsa.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan bahawa ESG semakin penting dalam pelaburan, dengan pelabur yang mencari untuk menyelaraskan portfolio mereka. Syarikat yang menunjukkan amalan ESG yang kukuh lebih berpotensi untuk berjaya dalam jangka panjang dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat manakala Fintech p**a bertujuan untuk mengubah cara tradisional perkhidmatan kewangan untuk lebih mudah diakses, lebih cepat dan lebih murah. Ia juga memberikan peluang kepada individu dan perniagaan untuk terlibat dalam dunia kewangan dengan lebih mudah.

E-Invoice juga menjadi fungsi penting bagi menjadikan proses kewangan lebih cekap, telus, dan mesra alam.

Turut hadir ialah Encik Muhamad Saiffatullah bin Ahmad (TP Pembangunan PMNWP) , Puan Nur Izzati binti Murakim serta Pegawai-pegawai PMD BBT dan Puan Rozaina binti Abd. Sohod, Ketua Unit PUSMA.






Photos from Pejabat MARA Wilayah Persekutuan's post 23/01/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ„ππ†πŠπ„π‹ π“π€π˜π€π‘ πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π

23 Januari 2025 | Santa Grand Signature,Kuala Lumpur

Majlis Penutup Program Pembangunan Usahawan Bengkel Tayar Kenderaan.

Ucapan perasmian dan penutupan program telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Muhammad Saifatullah bin Ahmad beserta majlis penyampaian sijil kepada peserta yang diiringi oleh Puan Rozaina binti Abd Sohod, Ketua Unit PUSMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Puan Nor Akmar binti Sulaiman,PMD Wangsa Maju/ Setiawangsa ,Encik Mohd Farid bin Md Ikhwan dan Puan Norayu binti Ahmad Jamal daripada PUSMA MARA Wilayah Perseketuan.

Penyelaras program daripada PMD Wangsa Maju / Setiawangsa ialah Encik Abdul Wahab bin Muhalli.






12/12/2024

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π πŒπ€π‘π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 π’π„πŠπ‘π„π“π€π‘πˆπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 (π’πŠππ’)

Kuala Lumpur, 12 Disember 2024 - Persatuan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera (SKNS) dan Koperasi Peniaga Hamim Prihatin Selangor Berhad (KPHPSB) dengan kerjasama Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Webinar Celik Ekonomi yang berlangsung secara atas talian hari ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh MARA bagi membantu para usahawan seluruh Malaysia di bawah Persatuan tersebut untuk melihat peluang dan memahami pembiayaan yang bersesuaian dengan perniagaan serta meningkatkan pengetahuan pelbagai aspek keusahawanan.

Seramai 97 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program webinar tersebut dan program berakhir dengan soalan kuiz berkaitan skim pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA bagi menguji pemahaman peserta.

Taklimat disampaikan oleh Puan Nur Izzati binti Murakim, Pegawai MARA Daerah Bukit Bintang/Titiwangsa dan Puan Norul Azila binti Ismail, Pen. Peg. Daerah dari PMD Bukit Bintang/Titiwangsa.

MARA

Persekutuan

Photos from Pejabat MARA Wilayah Persekutuan's post 29/11/2024

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π πŒπ€π‘π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 π”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ π„ππ“π‘π„ππ‘π„ππ„π”π‘π‡π’πˆπ 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (π”πŒπ„π‚)

Menara Arina Uniti, Kg. Baru, Kuala Lumpur | 28 November 2024

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada usahawan, terutamanya bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau memulakan perniagaan baru. MARA menawarkan pelbagai bentuk sokongan seperti kemudahan pembiayaan, geran, sewaan premis serta kursus dan latihan untuk membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Seramai 170 orang usahawan daripada Uniti Madani Entrepreneurship Centre (UMEC) yang turut serta dalam program ini. Usahawan UMEC merupakan salah satu kump**an usahawan yang berpotensi untuk diberi sokongan dan pendedahan mengenai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh MARA.

Taklimat disampaikan oleh Pn. Norzarizie binti Sabri, Pen. Pegawai MARA Daerah (Kanan) dan Pn. Norul Azila binti Ismail, Pen. Pegawai MARA Daerah daripada Pejabat MARA Daerah Bukit Bintang/ Titiwangsa.





Photos from PMD Bukit Bintang/Titiwangsa's post 09/09/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 πŒπ€π‘π€

Cheras | 9 September 2024 | Isnin

Sebuah lawatan pengesahan kerja telah dilakukan oleh Encik Syamsul Anuar bin Mohd Ramli, Pegawai MARA Daerah Cheras / Bandar Tun Razak / Putrajaya kepada penerima GERAN DigitalBiz iaitu Boohaci Infiniti Sdn Bhd bagi memantau proses kerja GERAN perniagaan usahawan tersebut sekaligus menyaksikan proses penggunaan sistem tersebut. Sesi lawatan kerja diteruskan juga ke premis Narwish Empire yang menjual susu kesihatan kanak-kanak dan minyak kesihatan dimana syarikat ini menerima bantuan GERAN BEST daripada pihak MARA.

Turut serta sepanjang lawatan ini adalah Cik Siti Nurhuda binti Mohamad Saleeh, Penolong Pegawai MARA Daerah Cheras / Bandar Tun Razak / Putrajaya.

Diharapkan perniagaan usahawan-usahawan MARA ini akan terus maju dan berdaya saing di masa hadapan demi memartabatkan usahawan Bumiputera.



Photos from PMD Bukit Bintang/Titiwangsa's post 08/09/2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ’ πƒπˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π 𝐁𝐀𝐓𝐔

BATU, 08 SEPTEMBER 2024 – Program Pemerkasaan Wanita 2024 di Parlimen Batu telah berlangsung di Dewan Kebajikan Warga An Nur, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rosni bin Sohar, Ahli Majlis MARA.

Program Pemerkasaan Wanita ini memberi pendedahan kepada usahawan wanita, program yang ditawarkan oleh Ekosistem Keusahawanan MARA yang meliputi Latihan Keusahawanan, Premis Perniagaan dan pembiayaan perniagaan bagi meningkatkan prestasi peniagaan.

Turut hadir Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Haji Syed Saifuddin bin Syd Ahmad.



Photos from PMD Bukit Bintang/Titiwangsa's post 07/09/2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ’ πƒπˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐔𝐍 π‘π€π™π€πŠ

BANDAR TUN RAZAK, 7 SEPT 2024 – Program Pemerkasaan Wanita 2024 di Bahagian Bandar Tun Razak yang dianjurkan oleh MARA Wilayah dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Wanita Seroja KL & Selangor telah berlangsung di Laman Tun Razak telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Setiausaha Politik Kementerian Perladangan & Komoditi.

Tujuan Program Pemerkasaan Wanita ini adalah untuk menumpukan perhatian kepada Pemerkasaan dan Pembangunan wanita seperti memberi pendedahan kepada usahawan wanita berkaitan kemudahan program yang ditawarkan oleh MARA dalam Ekosistem Keusahawanan meliputi Latihan Keusahawanan, Premis Perniagaan dan Skim Pembiayaan perniagaan bagi meningkatkan prestasi pemasaran ke arah pendigitalan.

Turut hadir Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Haji Syed Saifudin bin Syd Ahmad dan Puan Zauyah binti Zainuddin, Pengerusi Kelab Kebajikan dan sosial Wanita Seroja KL & Selangor bagi menyampaikan surat tawaran Geran Kemudahan MARA kepada tiga (3) usahawan di Parlimen Bandar Tun Razak.



04/09/2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π…πŽπ‘π„ππ’πˆπŠ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍

03 September 2024 | Hotel IBIS KLCC, Kuala Lumpur .

Sedang berlangsung Program Forensik Bangunan bermula hari ini dari 03 September - 05 September 2024 bertempat di Hotel IBIS KLCC Kuala Lumpur.

Program ini disertai oleh seramai 30 orang kontraktor dan dibimbing oleh AIE Consult Sdn Bhd sebagai Pemudah Cara.

Berikut antara pengisian program pada hari pertama:

- TOPIK 1 : Pengenalan kepada Forensik Bangunan
- TOPIK 2 : Kegagalan Struktur Bangunan

Kursus anjuran Pejabat MARA Wilayah Persekutuan ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Unit PUSMA dan Pejabat MARA Daerah Bukit Bintang/ Titiwangsa sebagai urusetia.








18/10/2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

πŸ“’ Terbuka Kepada Semua Usahawan Makanan & Minuman

MARA Wilayah akan menganjurkan program pembangunan keusahawanan untuk kelestarian usahawan sedia ada.

Program Bimbingan Pemantapan Pensijilan Halal Bersama Industri

Informasi Kursus:
πŸ—“οΈ : 1 - 2 November 2023
⏰ : 8.30 pagi - 5.00 petang
πŸ“ : Bilik Seminar, MARA Halal Industrial Park (MHIP), Kuala Lumpur KM13, Off Jalan Batu Caves, Kawasan Industri MARA (KIM)
πŸ‘¨β€πŸ’» : 30 Usahawan sahaja
🏷️ : Yuran RM50.00 seorang

Program ini merupakan platform istimewa kerana mendapat bimbingan terus daripada pengeluar makanan & minuman Halal terbesar Malaysia iaitu NestlΓ©.

Disediakan bersama
- Sijil Latihan
- Nota Modul
- Goodies NestlΓ©
- Makan Minum

❗Bagaimana untuk mendaftar?? πŸ€”πŸ€”πŸ€”
http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

β›” Tarikh Tutup: 25/10/2023 (Rabu)

Maklumat lanjut boleh whatsapp :-

wa.me/6011-51982739
wa.me/6011-39944278
03-2610 6623/24/25

FB: PEJABAT MARA Pejabat MARA Wilayah Persekutuan

πŸ“ JANGAN TUNGGU LAGI UNTUK BERDAFTAR.... TEMPAT ADALAH TERHAD.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


LOT T3-16, TINGKAT 3, UTC KL @ PUDU SENTRAL
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:45
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00