12/03/2026
[PESTA CHAP GOH MEI]
Pada 3 Mac 2026 yang lalu, seramai 10 Ahli Majlis DAP MBPJ telah menganjurkan Pesta Chap Goh Mei yang berlangsung dengan meriah di Taman Jaya. Program ini telah menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan untuk bersama-sama meraikan penutup sambutan Tahun Baharu Cina dalam suasana penuh warna-warni dan kegembiraan.
Sepanjang pesta tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik telah dipersembahkan kepada para pengunjung, antaranya persembahan wushu, Chinese yoyo, Chinese face changing, tarian singa, serta pertunjukan bunga api yang memeriahkan lagi suasana malam sambutan.
Chap Goh Mei merupakan perayaan yang disambut pada hari ke-15 dan juga hari terakhir sambutan Tahun Baharu Cina. Secara tradisinya, perayaan ini menandakan penutup kepada tempoh perayaan Tahun Baharu Cina dan sering diraikan dengan jamuan, persembahan kebudayaan, serta pelbagai aktiviti komuniti yang membawa masyarakat bersama-sama merayakan kegembiraan dan kemakmuran untuk tahun yang baharu.
Menariknya, jawatankuasa penganjur bagi program ini turut terdiri daripada mahasiswa universiti daripada pelbagai institusi pengajian tinggi, yang telah berganding bahu dalam menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat sukarelawan.
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memeriahkan sambutan kebudayaan, malah turut menjadi ruang untuk memperkukuh perpaduan masyarakat serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.
17/02/2026
[SELAMAT TAHUN BARU CINA]
Kami dari Mahasiswa Roket ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat yang meraikannya. Semoga Tahun Baru Cina ini membawa sinar kebahagiaan yang berpanjangan serta rezeki yang melimpah kepada anda dan keluarga tercinta. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha membuahkan hasil dan setiap hari dipenuhi kegembiraan.
Gong Xi Fa Cai
Xi Nian Kuai Le
Wan Shi Ru Yi
07/02/2026
[AGIHAN BUAH LIMAU MANDARIN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026]
Hari ini, Mahasiswa Roket Universiti Malaya akan mengagihkan buah limau mandarin kepada siswa-siswi menjelang Tahun Baru Cina. Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan limau mandarin percuma anda 🍊. Kami akan berada di Dewan Peperiksaan pada pukul 2 petang nanti. Jumpa anda di sana !!
01/02/2026
[SELAMAT HARI THAIPUSAM 2026]
Mahasiswa Roket merakamkan ucapan setulus ikhlas kepada seluruh penganut agama Hindu—Selamat Hari Thaipusam 2026. Semoga Dewa Murugan mengurniakan kekuatan dalam pengabdian, ketenangan jiwa, serta kesejahteraan dalam setiap perjalanan kehidupan. Pada hari suci yang penuh dengan keimanan dan pengorbanan ini, semoga segala doa dimakbulkan, segala rintangan disingkirkan, dan lembaran baharu dibuka dengan penuh keberanian serta keberkatan. Semoga anda dan insan tersayang dikurniakan sambutan yang bermakna dan penuh kegembiraan.
[HAPPY THAIPUSAM 2026]
Mahasiswa Roket extends our heartfelt wishes to all who profess the Hindu faith a Happy Thaipusam 2026. May Lord Murugan bless you with strength in devotion, peace in your heart, and prosperity in your journey. On this sacred day of faith and sacrifice, may your prayers be answered, obstacles be cleared, and new beginnings unfold with courage and grace. Wishing you and your loved ones a meaningful and joyous celebration.
26/01/2026
[KONVENSYEN TAHUNAN DAP SELANGOR 2025]
Pada Ahad, 18 Januari 2026, Mahasiswa Roket Universiti Malaya telah menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2025 sebagai sukarelawan (crew). Sepanjang konvensyen, kami membantu urusan pendaftaran serta pengurusan delegasi yang hadir.
Konvensyen ini menjadi platform penting untuk memahami hala tuju dan agenda parti yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke.
Selain itu, Mahasiswa Roket turut berpeluang menyertai sesi soal jawab bersama barisan kepimpinan tertinggi DAP Selangor bagi membincangkan isu-isu semasa. Seperti yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung, dalam DAP tidak wujud Team A atau Team B, sebaliknya seluruh ahli perlu berganding bahu untuk memperkukuh parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
[DAP SELANGOR CONVENTION 2025]
On Sunday, 18 January 2026, Mahasiswa Roket Universiti Malaya participated as crew members at the DAP Selangor Annual Convention 2025. Our team assisted with delegate registration and overall convention management.
The convention served as an important platform to understand the party’s direction and vision as presented by the Secretary-General of DAP, YB Anthony Loke.
Mahasiswa Roket also had the opportunity to engage in a question-and-answer session with the senior leadership of DAP Selangor on current issues. As emphasised by the Secretary-General, there is no Team A or Team B within DAP, there is only a collective responsibility for all members to work together in strengthening the party ahead of the upcoming elections.
21/01/2026
[SUMBANGAN ROTI KEPADA KMUM FSSS OLEH MAHASISWA ROKET UM 🚀]
Pada 15 Januari yang lalu, Mahasiswa Roket Universiti Malaya telah menyumbangkan 40 roti kepada KMUM FSSS untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sastera & Sains Sosial.
Sumbangan ini ditujukan khas kepada pelajar yang belum sempat bersarapan pagi, sebagai usaha kecil untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga. Kami percaya bahawa tiada pelajar yang seharusnya memulakan hari akademik dalam keadaan lapar.
Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban dan menjadi simbol solidariti mahasiswa yang saling membantu.
[BREAD DONATION TO KMUM FASS FROM MAHASISWA ROKET UM 🚀]
On 15 January, Mahasiswa Roket Universiti Malaya contributed 40 pieces of bread to KMUM FASS, to be distributed among students from the Faculty of Arts and Social Sciences.
This initiative was aimed at students who had not had the opportunity to have breakfast, as a small yet meaningful effort to support their well-being. We believe that no student should begin their academic day on an empty stomach.
We hope this contribution helps to ease their burden and reflect the true essence of student solidarity.
18/01/2026
[KHIDMAT MASYARAKAT: AGIHAN ROTI KEPADA PRAISE EMMANUEL CHILDREN’S HOME]
Pada hari Selasa, 13 Januari 2026, Mahasiswa Roket Universiti Malaya telah berkunjung ke Praise Emmanuel Children’s Home bagi menyumbangkan sebanyak 50 roti untuk anak-anak di sana.
Sumbangan kecil ini diharapkan dapat meringankan beban harian serta mencerminkan semangat keprihatinan dalam masyarakat. Kami percaya bahawa khidmat masyarakat bukan sekadar memberi, tetapi juga satu usaha untuk membina nilai empati, kasih sayang dan tanggungjawab sosial.
Semoga inisiatif ini menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan, walau sekecil mana sekalipun, mampu membawa makna yang besar. Bersama, kita membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.
[COMMUNITY SERVICE: BREAD DISTRIBUTION FOR PRAISE EMMANUEL CHILDREN’S HOME]
On Tuesday, 13 January 2026, Mahasiswa Roket Universiti Malaya had the privilege of visiting Praise Emmanuel Children’s Home to contribute 50 breads for the children.
This small yet meaningful contribution is part of our commitment to easing daily burdens and spreading care to those who need it most. We believe that community service is not just about giving, but about standing together in solidarity, empathy, and compassion.
May this effort remind us that even the simplest act of kindness can make a difference. ❤️
Together, we build a more caring and inclusive society.
15/01/2026
[HAPPY PONGAL]
Happy Pongal to all celebrating. May this harvest festival remind us the value of hardwork, gratitude and harmony with nature. As we give thanks for the abundance of the land and the efforts of those who cultivate it, may this festival bring Prosperity, renewed hope and positive beginnings for the year ahead.
10/01/2026
[DAPSY SANTAI DINNER TALK BERSAMA YB LIEW CHIN TONG]
Pada 6 Januari lalu, Mahasiswa Roket Universiti Malaya berpeluang menyertai sesi DAPSY Sembang Santai bersama YB Liew Chin Tong.
Dalam suasana yang santai dan terbuka, kami bertukar pandangan mengenai hala tuju masa depan negara, cabaran politik semasa, serta strategi DAP dalam menghadapi PRU16.
Perbincangan ini bukan sekadar wacana politik, tetapi ruang untuk anak muda menyuarakan idea, bertanya soalan kritikal dan memahami peranan generasi muda dalam membina Malaysia yang lebih progresif 🇲🇾🚀
05/01/2026
🌟Selamat Tahun Baharu 2026 🌟
Mahasiswa Roket mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga mahasiswa. Semoga tahun ini membawa semangat baharu, kejayaan berterusan dan langkah yang lebih berani ke hadapan 🚀🚀.
Roket