Jabatanarah Infantri

Jabatanarah Infantri

Share

Laman ini merupakan laman rasmi Jabatanarah Infantri

Photos from Jabatanarah Infantri's post 08/05/2026

𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑𝗔π—₯𝗔𝗛 π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ

𝐊𝐞𝐦 Wardieburn, 7 Mei 26 - Jabatanarah Infantri telah menganjurkan Hari Pengajian Pegawai bertempat di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn yang melibatkan kehadiran Pegawai-Pegawai Staf Jabatanarah serta Pegawai-Pegawai Inf di Formasi dan Pasukan sekitar Lembah Klang.

Hari Pengajian Pegawai ini yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani, Pengarah Inf, berkonsepkan sesi penerangan dan perbincangan berkaitan Angkatan Masa Hadapan - Domain Daratan (AMH-D2). Tajuk bagi Hari Pengajian Pegawai ini adalah Angkatan Masa Hadapan – Domain Daratan (AMH – D2): Penstrukturan Semula Organisasi, Suatu Aspirasi Pemimpin dan Anggota yang telah disampaikan oleh Kol Mohd Nizar bin Hj Yusof, Timbalan Pengarah Inf .

Tujuan utama Hari Pengajian ini dianjurkan adalah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman di kalangan Pegawai Inf berkaitan hala tuju Tentera Darat di dalam Angkatan Masa Hadapan berdasarkan Strategi Domain Daratan (SD2) khususnya berkaitan rancangan penstrukturan semula organisai TD. Turut diterangkan berkaitan Aspirasi Elemen Pemimpin dan Anggota yang merupakan sebahagian Elemen PAODKAL di dalam Angkatan Masa Hadapan.


Photos from Jabatanarah Infantri's post 13/04/2026

π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—§π—”π—¨π—Ÿπ—œπ—”π—› π—§π—˜π—§π—”π—£ π—žπ—’π—₯ π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ π—¦π—œπ—₯π—œ 1/2026 (KHAS)

Kuala Lumpur, 13 April 2026 – Jabatanarah Infantri telah menganjurkan Lembaga Tauliah Tetap Kor Infantri Siri 1/26 (Khas) pada 13 April 2026 yang melibatkan seramai 13 orang Pegawai Infantri bertempat di Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn. Pelaksanaan lembaga ini bertujuan sebagai persediaan awal dalam membimbing serta memperkasa pegawai-pegawai sebelum menghadiri Lembaga Tauliah Tentera Darat yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

Sepanjang pelaksanaan, para pegawai telah menjalani Ujian Kecergasan Asas (UKA) serta pemeriksaan π˜‰π˜°π˜₯𝘺 π˜”π˜’π˜΄π˜΄ 𝘐𝘯π˜₯𝘦𝘹 (BMI) bagi menilai tahap kecergasan fizikal dan penampilan diri agar sentiasa berada pada tahap terbaik. Di samping itu, aspek tatacara pemakaian serta pengetahuan am turut diberi penekanan dalam usaha membentuk keyakinan diri dan mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pegawai.

Program ini diakhiri dengan ucapan serta amanat oleh Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani yang menekankan berkenaan konsistensi dalam mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

-SIAP SIAGA-

Photos from Jabatanarah Infantri's post 13/04/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π— π—”π—žπ—”π—œπ—”π—‘ π—£π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 𝗦𝗔𝗧𝗨 π—žπ—’π—₯ π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ π—¦π—œπ—₯π—œ 1/2026

KUALA LUMPUR, 10 April 26 - Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu Kor Infantri Siri 1/2026 bertempat di Wisma Bintara, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan kenaikan pangkat seramai 33 Pegawai Waran Satu sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan perkhidmatan cemerlang mereka.

Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat 23 Pegawai Waran Dua daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diikuti dengan 6 Pegawai Waran Dua dari Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan 4 Pegawai Waran Dua dari Rejimen Sempadan (RS).

​Pengarah Infantri merakamkan ucapan tahniah kepada barisan Pegawai Waran yang dinaikkan pangkat dan menyeru untuk terus menyumbang bakti kepada perkhidmatan. Beliau turut menyentuh aspek pengurusan jurang generasi yang memerlukan pendekatan bijaksana selari dengan cabaran masa kini. Beliau mengharapkan agar setiap tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi mencerminkan kepimpinan melalui teladan.

Turut hadir ke majlis adalah Timbalan Pengarah Infantri, Kolonel Mohd Nizar bin Hj Yusof, Pegawai Memerintah 1 RAMD, Kolonel Mohd Fuad bin Md Ghazali, Pegawai Memerintah 4 RAMD, Leftenan Kolonel Nurul Firdaus bin Reduiang, Pegawai Memerintah 15 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Eqram bin Mohd Rosli serta PW I Mohd Badrul bin Mustafa Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Kor Inf.

11/04/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π€π‹π‹π€π‡π˜π€π‘π‡π€πŒ 𝐏𝐑𝐄𝐁𝐄𝐓 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π€πŒπˆπ‘π”π‹ π‘π€π™πˆπ 𝐁𝐈𝐍 π‘πŽπ’π€π…πˆππƒπˆ

Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani, Pengarah Infantri serta seluruh warga Kor Infantri, menzahirkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham 1225053 Pbt Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi anggota Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Allaharyam telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 0940 pagi tadi di Hospital Temerloh, Pahang. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan pada petang ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.
β€Ž
β€ŽAl-Fatihah.

Photos from Jabatanarah Infantri's post 11/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† π‡πŽπŠπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

SUNGAI BESI : Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani telah membuat Lawatan ke Pusat Cemerlang Hoki Tentera Darat yg bertempat di 1 RAMD, Kem Perdana Sungai Besi pada 10 Apr 26.

Lawatan ini turut memperkenalkan Pengarah Infantri kepada barisan Jurulatih serta Pemain-pemain hoki Tentera Darat. Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat kemampuan serta persediaan Jurulatih dan Pemain bagi melibatkan diri dalam kejohanan hoki yang diadakan.

Ketibaan Pengarah Infantri telah disambut oleh Pegawai Memerintah 1 RAMD, Kol Mohd Fuad bin Md Ghazali dan turut hadir semasa lawatan adalah Pegawai-pegawai Pusat Cemerlang Hoki Tentera Darat, Pegawai Staf 1 Urusetia, Peg2 Jab Arah Infantri.
-π—¦π—œπ—”π—£ π—¦π—œπ—”π—šπ—”-

Photos from Jabatanarah Infantri's post 11/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŠπ„ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ 𝐊𝐎𝐌𝐁𝐎 π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ πŒπ„π‹π€π˜π” πƒπˆπ‘π€π‰π€

SUNGAI BESI : Pengarah Infantri, Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani telah membuat Lawatan ke Kompleks Kombo RAMD yg bertempat di Kem Perdana Sungai Besi pada 10 Apr 26.

Lawatan ini turut memperkenalkan Pengarah Infantri kepada barisan Pemuzik Kombo RAMD. Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat kemampuan serta persediaan pemuzik-pemuzik kombo RAMD untuk diaturgerakan ke mana-mana acara mahupun majlis rasmi serta tidak rasmi selain daripada meninjau latihan-latihan nyanyian dan persembahan Kombo.

Ketibaan Pengarah Infantri telah disambut oleh Pegawai Staf 2 Kombo RAMD, Mej Mohd Firdaus bin Kassim selaku Pengurus Kombo dan turut hadir semasa lawatan adalah Pegawai Staf 1 Urusetia serta Peg2 Jab Arah Infantri.
-π—¦π—œπ—”π—£ π—¦π—œπ—”π—šπ—”-

Photos from Jabatanarah Infantri's post 08/04/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π’π”πŒππ„π‘ πŒπ€ππ”π’πˆπ€ π’π„πŒππ„ππ€ ππ„ππ’π“π‘π”πŠπ“π”π‘π€π π’π„πŒπ”π‹π€ ππ€π’π”πŠπ€π-ππ€π’π”πŠπ€π π‘π„π‰πˆπŒπ„π π’π„πŒππ€πƒπ€π (𝐑𝐒) πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 π€ππ†πŠπ€π“π€π πŒπ€π’π€ 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 - πƒπŽπŒπ€πˆπ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€πŒπ‡-𝐃²)

KUALA LUMPUR, 8 Apr 26 – Jabatanarah Infantri telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan dan Penyelarasan Sumber Manusia Sempena Penstrukturan Semula Pasukan-Pasukan RS Di Bawah AMH-DΒ² bermula 1 hingga 3 Apr 26 bertempat di Auditorium BKTD.

Bengkel ini telah melibatkan seramai 39 peserta dari pasukan-pasukan RS serta formasi-formasi di bawah 1 Div dan 2 Div dengan tujuan untuk memberi garis panduan dalam pelaksanaan penstrukturan baharu organisasi TD dan pasukan RS khasnya serta mengenalpasti isu-isu yang dibangkitkan dalam mengkoordinasikan pengisian perjawatan secara holistik.

Bengkel ini telah diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh wakil-wakil formasi dan pasukan kepada Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani serta pembentangan rumusan dari Mejar Mohamad Amir bin Mohamed Roseli, Pegawai Staf 2 Kerjaya RS.

Turut hadir Kolonel Mohd Nizar bin Haji Yusof, Timbalan Pengarah Infantri dan Leftenan Kolonel Shahril bin Shaarani, Pegawai Staf 1 Anggota.

π’πˆπ€π π’πˆπ€π†π€

Photos from Jabatanarah Infantri's post 31/03/2026

𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗠𝗔 π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ π—žπ—˜ 38 π— π—˜π— π—¨π—Ÿπ—”π—žπ—”π—‘ π—§π—¨π—šπ—”π—¦

Kuala Lumpur, 31 Mac 26 - Pengarah Infantri, Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani telah memulakan tugas hari pertama sebagai Pengarah Infantri Ke 38 secara rasmi pada hari ini. Ketibaan Pengarah Infantri di perkarangan lif telah disambut oleh Pegawai dan Staf Jabatanarah Infantri.

Seterusnya Pengarah Infantri telah diperkenalkan kepada semua Pegawai dan Staf Jabatanarah Infantri. Acara diteruskan dengan sesi menggantung Potret Pengarah Infantri ke 38 dan bacaan doa oleh Staf sebelum Pengarah Infantri memasuki pejabat.

Acara diteruskan lagi dengan sesi perjumpaan Pengarah Infantri bersama Pegawai dan Staf Jabatanarah Infantri di bilik mesyuarat Jabatanarah Infantri. Dalam sesi perjuampaan beliau, beliau telah memberikan amanat dan nasihat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

-π—¦π—œπ—”π—£ π—¦π—œπ—”π—šπ—”-

Photos from Jabatanarah Infantri's post 30/03/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—§π—¨π—šπ—”π—¦ π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ

KUALA LUMPUR, 30 Mac 26 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Infantri di antara Brig Jen Dato' Saiful Bahari bin Zainol dengan Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Jabatanarah Infantri.

Majlis Serah Terima Tugas dimulakan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengarah Infantri yang telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf Tentera Darat.

Brig Jen Dato' Saiful Bahari bin Zainol akan bertukar keluar ke Maktab Ketahanan Nasional setelah menjawat jawatan sebagai Pengarah Infantri sejak 4 Jan 24. Manakala Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani telah menyerahkan tugas sebagai Komander ATB 2 dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Pengarah Infantri Ke-38 bermula 30 Mac 26.

Kami di Jabatanarah Infantri mendoakan YBhg Dato' terus maju jaya dan cemerlang dalam setiap urusan dan selamat datang diucapkan kepada Brig Jen Abd Munir ke Jabatanarah Infantri.

-π—¦π—œπ—”π—£ π—¦π—œπ—”π—šπ—”-

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


MKTD/JABATANARAH INFANTRI, WISMA PERTAHANAN, Jalan PADANG TEMBAK
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30