TNB Security Services

TNB Security Services

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TNB Security Services, Public & Government Service, Security Services Department, TGBS, TNB, Aras 7, Bangunan Ibu Pejabat, 129, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

16/09/2024

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇.

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1446H bersamaan 16 September 2024M kepada seluruh umat Islam.

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Marilah kita melangkah dan bersama mengingat perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat keatasnya dan mengamalkan segala sunnahnya.

01/05/2024

Terima kasih atas komitmen dan dedikasi anda semua. Semoga terus bersemangat dan iltizam memberikan yang terbaik dan cemerlang. Selamat Hari Pekerja!



Photos from TNB Security Services's post 14/03/2023

KUNJUNGAN HORMAT SARAWAK ENERGY BERHAD KE SECURITY SERVICES DEPARTMENT, TGBS, TNB

Bangsar, 13 Mac 2023 – Security Services Department (SSD), Bahagian TNB Global Business Solutions (TGBS) menerima kunjungan hormat daripada Corporate Security Sarawak Energy Berhad (SEB).

Delegasi SEB diketuai oleh General Manager, Puan Shirin Jai binti Abdul Rashid bersama-sama Senior Manager, Centre of Excellence, Encik Wan Alwi Wan Mustafa, Senior Executive II Capability Development & Admin, Tunku Intan Suhaila binti Tunku Yahya bersama 13 orang wakil SEB dari kalangan barisan pentadbiran, pasukan Auxiliary Police SEB dan Elite Squad.

Kunjungan hormat ini merupakan inisiatif penanda aras untuk mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan Polis Bantuan TNB yang dilaksanakan oleh SSD termasuk latihan-latihan kompetensi yang dilaksanakan untuk Polis Bantuan TNB.

Delegasi SEB juga berkesempatan melawat Bangunan TNB Platinum dan SSD Command Centre (SSC) serta meninjau Fusion Center SSD-TGBS yang bakal beroperasi di Uniten Bangi, Selangor pada tahun ini.

Diakhir lawatan, delegasi SEB turut melawat Stesen Janaelektrik Putrajaya untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan mengenai operasi stesen serta operasi keselamatan yang dilaksanakan.

Puan Shirin mengucapkan terima kasih kepada SSD atas penerimaan kunjungan untuk mempelajari pelaksanaan dan penguatkuasaan keselamatan di TNB terutamanya dari segi automasi dan teknologi yang dihasilkan.

-TGBS

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Security Services Department, TGBS, TNB, Aras 7, Bangunan Ibu Pejabat, 129, Jalan Bangsar
Kuala Lumpur
59200