Selipar
Ebit Lew Fans
Media dakwah dan sosial Ebit Lew Fans page
01/06/2022
Tengah live tik tok berkongsi nasihat ramai anak muda komen minta tolong pakcik TBS. Tik tok Syira dan Maisarah. Merantau dari S*k Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja. Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus bergegas cari pakcik ni sampai 4pagi tak jumpa.
Seharian mencari pakcik ni tak tidur. Malam tadi 10malam rezeki akhirnya terjumpa. Pakcik ni ada rumah di Kedah. Isteri dan meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang kl nak cari duit untuk makan minum. Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pakcik nak tak kami beri duit bulanan. Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan. Pakcik duduk kampung rehat je. Katanya memang ingin nak duduk kampung je. Saya beri sedikit duit. Pakcik ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong.
Sedih dengar ceritanya. Saya yang dah tiada ayah ni. Rindu teramat pada ayah saya. Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pakcik ni makan minum laju dan habis 2 bekas. Lapar sangat. Sedih p**a rasanya. Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat. Ya Allah. InsyaAllah pagi ni nak bawa pakcik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah. Semoga pakcik tidur lena dan rehat yer. Ya Allah maafkanlah diriku disaat tidur lena ada orang dalam kesusahan dan kelaparan.
29/04/2022
Hari air mata bahagia. Hadiah Allah pada malam 27 Ramadhan. Syukur kami buka rumah singgah untuk gelandangan yang hidup di Jalanan di Jakarta Timur. Rumah 3 tingkat. 20 anak Punk Tatoo baru ini kami jadikan sukarelawan yang akan menguruskan rumah ini. Mereka juga akan masak percuma untuk makan malam setiap hari untuk gelandangan yang tidur disini.
Keutamaan ibu-ibu dan anak kecil dan warga tua yang ingin tumpang tidur. Kami juga akan aturkan kelas pengajian solat dan Al-Quran untuk anak jalanan ini.
Paling sebak bila tengok anak muda Punk ini semua rajin dan akhlak mereka. Bila nak balik semua menangis peluk saya. Katanya kami tak pernah rasa ada orang menyayangi kami begini. Mereka tak sabar nak berniaga sedikit dan nak ubah cara mereka mencari rezeki. Kami juga akan terus membantu mereka.
Ya Allah bila tengok ibu bawa anak kecil untuk tidur disini. Mengalir air mata. Syukur malam ini mereka tidak kesejukan di tepi jalan atau tempat sejuk. Ramai tak kenal ayah. Tak kenal ibubapa. Allahuakbar. Dari kecil ada dijalanan. Ya Allah hanya kau yang maha kuasa atas segalanya. Bantulah dan jagakanlah mereka semua. Terimalah niat anak punk ini untuk menjadi lebih baik dan berjaya membantu lebih ramai orang. Cita-cita mereka ingin membantu semua anak dijalanan yang tiada tempat tidur dan makan.
Jangan sedih, kita ada Allah.
29/04/2022
Syukur pada Allah kami hadiahkan 1 lori minyak masak 1.38 Tan. 115kotak. 1380paket untuk orang Kronjo Balarajabarat Banten Indonesia. Mereka gembira dapat walau 2 paket 1 keluarga. Melihat 1 kampung berpusu-pusu datang. Semoga Allah terima malam-malam akhir Ramadhan ini-ebitlew
Follow Ebit Lew fans
26/04/2022
Sebak sayu rasa tengah malam semalam di Jakarta. Terjumpa anak-anak hidup di jalanan kecil menari di jalan sambil bawa tabung. Bila berbual dengar nasib hidup mereka terasa sedih. Seorang adik ni cari rezeki bantu mak dan adik-adik. Baru 8 tahun. Bila cerita tentang ayah menangis. Ayahnya meninggal dunia kemalangan. Ada seorang remaja perempuan 11 tahun p**a ibu bapa bercerai kini tinggal dengan ibu di jalanan.
Adik-adik lapar tak? Lapar Ustaz. Seorang tu kenal saya. Katanya selalu lihat di tik tok ustaz membantu orang. Kami belikan nasi goreng ayam. Selepas itu lihat tempat tinggalnya di jalanan. Rasa kasihan sangat. Mereka tak minta dilahirkan dimana dan siapa ibubapa mereka. Tapi nampak anak ni berusaha kuat mencari rezeki buat ibu dan adik-adik.
Hari ni saya bawa mereka shoping baju raya dan kasut. Menangis sebak waktu solat dengan mereka di bilik hotel saya. Ajak mereka berehat di hotel. Baru duduk di sofa terlelap tidur. Allahuakbar. Semoga Allah bantu dan capaikan cita-cita mereka. Ada yang nak jadi cikgu, pemain bola,askar, doktor.
Cerdik pandai anak ini. Teringat anak di rumah. Saat kita tidur lena dan makan sedap ada orang diuji begini.
Syukur silaturrahim bersama keluarga di Majlis Az Zikra Bogor Indonesia. Syukur dapat menziarahi keluarga almarhum Tuan Guru Ustadz Ariffin Ilham. Syukur jumpa alim ulama di Indonesia.
26/04/2022
Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini.
Tak tahu bila lihat anak ini dijalanan dan melalui hidup ujian mereka. Disebalik tatoo mereka ada kisah air mata. Belanja anak Punk buka puasa kemudian shoping Baju Hari Raya. Kemudian ajak check in hotel semuanya. 9 bilik untuk mereka. Kami solat dan tazkirah bersama.
Ramai yang menangis walau lain bunyi bahasa dengan mereka. Ada bila ditanya kenapa menangis. Kami dah lama tak rasa begini. Terima kasih ustaz melayan kami dan berkongsi begini dengan kami. Rindu rasanya teramat pada ibu ayah. Dengar kisah ada yang ibubapa bercerai semenjak kecil. Ada yang tidak pernah jumpa ibubapa. Ada yang semenjak 10 tahun dijalanan. Ada yang kehilangan ibu. Ayahnya tidak mahu berjumpa lagi. Ada yang ibu tak nak jumpa lagi kerana sudah ada suami lain. Tak nak orang tahu itu anaknya. Siapa sangka kan disebalik wajah garang mereka ini ialah ujiam hidup.
Sebak sedih masa solat. Senang je semua menangis. Dengan saya tak tahan menangis. Mereka semua nak solat dan nak hijrah. Saya aturkan supaya sebagian mereka dapat keluar Tabligh. Berada di jalan Allah. Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah. Berjuta rahmat yang kau beri buat mereka berilah sedikit buat diriku. Terima kasih adik-adik yang membuat hati ini tersentak dan supaya lebih bersyukur.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
50050
