JKKP / DOSH WPKL

Directions Website Contact the organization

JKKP / DOSH WPKL Agensi kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir & menguatkuasakan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia

22/10/2026

πŸŽ™οΈ THEMATIC TALK DOSH 2026 | EPISOD 7🌍 Keselamatan pekerja bukan ...

21/10/2026

Jom dengarkan perkongsian menarik ALFA 2.0 minggu ini bersama tetamu, Ir. Ts. Hjh. Habsah binti Md Isa, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Kuala Lumpur. Jika anda ada sebarang soalan atau pandangan, boleh utarakan di ruangan komen.

πŸ“… 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 10.30 pagi

-[SLOT BERSAMA RADIO : KESELAMATAN PEKERJA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA! ]-Setiap pekerja berhak pulang ke rumah dengan selama...
21/10/2026

-[SLOT BERSAMA RADIO : KESELAMATAN PEKERJA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA! ]-

Setiap pekerja berhak pulang ke rumah dengan selamat. Namun, sejauh mana kita memahami tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

πŸ“’ Jom ikuti SLOT ALFA 2.0 di NASIONALfm!

Bersama Ir. Ts. Hajah Habsah binti Md Ishak, Pengarah JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya, yang akan berkongsi tentang kepentingan budaya kerja selamat, tanggungjawab majikan dan pekerja serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja.

πŸ“… 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 10.30 – 11.00 pagi
πŸ“» NASIONALfm | Astro 869
πŸ”΄ LIVE di Radio & Facebook

πŸ’‘ Keselamatan bukan sekadar pematuhan undang-undang, tetapi tanggungjawab bersama demi melindungi setiap nyawa.

Jangan lupa dengarkan perkongsian ini!

Kerja Selamat, Pulang Selamat! πŸ’™

21/10/2026

Setiap kali kita keluar rumah untuk mencari rezeki, keselamatan diri pastinya menjadi keutamaan. Namun, sejauh manakah tempat kerja kita benar-benar selamat? Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja? Ikuti perkongsian ALFA 2.0 minggu ini.

πŸ“’ SUARA ANDA PENTING! JOM SERTAI PROGRAM SAFETY VOICE LAB 2026! πŸŽ™οΈPernahkah anda berasa bimbang tentang keselamatan dan ...
21/10/2026

πŸ“’ SUARA ANDA PENTING! JOM SERTAI PROGRAM SAFETY VOICE LAB 2026! πŸŽ™οΈ

Pernahkah anda berasa bimbang tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? πŸ€”

Beban kerja yang tinggi? Risiko kemalangan? Tekanan di tempat kerja? Persekitaran kerja yang kurang selamat? Atau isu lain yang menjejaskan kesejahteraan anda?

Inilah peluang anda untuk bersuara!πŸ’¬

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menjemput anda menyertai PROGRAM SAFETY VOICE LAB 2026 – SEKTOR PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (BUSINESS SERVICES).

πŸ“ Apa yang anda perlu lakukan?
Ceritakan dalam karangan maksimum 100 patah perkataan tentang:

β€œApakah perkara di tempat kerja anda yang paling membimbangkan anda berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?”

🎯 Sasaran program:
βœ… 1,000 penyertaan
πŸ† 100 peserta terpilih
🀝 Sesi libat urus pada 4 November 2026

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk menyertai!

Setiap suara membawa perspektif yang berbeza. Maklum balas anda berpotensi membantu mengenal pasti isu sebenar di tempat kerja dan membentuk persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Jangan pendam kebimbangan anda. Kongsikan suara anda, kerana perubahan bermula apabila kita berani bersuara!

21/10/2026

-[PAMERAN : TRX Workplace Wellbeing Ergonomic Excellence Campaign 2026] -

πŸ“… 19 – 23 Oktober 2026
πŸ“ Singgah Sana, TRX

Sempena TRX Workplace Wellbeing: Ergonomic Excellence Campaign 2026, JKKP WP Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dijemput menyertai pameran bersama Bahagian Pengurusan Kimia serta Bahagian Higien Industri dan Ergonomik, JKKP Malaysia.

Penyertaan ini membuka ruang interaksi bersama pengunjung dalam meningkatkan kesedaran mengenai ergonomik, risiko kesihatan pekerjaan dan kepentingan persekitaran kerja yang selamat serta sihat.

πŸ“’ KEMPEN MASIH BERLANGSUNG SEHINGGA 23 OKTOBER 2026!

✨ Pelbagai perkongsian dan informasi bermanfaat menanti anda! Kenali risiko di tempat kerja, fahami kepentingan ergonomik dan ketahui langkah pencegahan ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.

πŸ™Œ Ayuh, luangkan masa untuk berkunjung ke reruai JKKP! Manfaatkan peluang ini untuk menimba pengetahuan dan mendapatkan panduan berguna demi membentuk budaya kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan.

πŸ“ Jumpa anda di TRX!

21/10/2026
21/10/2026

🚨 PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAMAL KKP DI MALAYSIA! 🚨

Adakah anda bersedia untuk memperkasa peranan anda dalam industri dan membina jaringan strategik yang mantap?

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama JKKP dan Pertubuhan Kebajikan Sukan (PKS) JKKP bakal menganjurkan:

✨ SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT ZON TAHUN 2027✨

Tema: "Memperkasa Pengamal KKP Sebagai Rakan Strategik Ke Arah Budaya Kerja Selamat Dan Sihat"

Jelajah seminar ini akan merangkumi 6 zon utama di seluruh negara:
* πŸ“ Zon Selatan (Tuan Rumah: Johor)
* πŸ“ Zon Utara (Tuan Rumah: Pulau Pinang)
* πŸ“ Zon Tengah (Tuan Rumah: Selangor)
* πŸ“ Zon Timur (Tuan Rumah: Terengganu)
* πŸ“ Sabah (Tuan Rumah: Sabah)
* πŸ“ Sarawak (Tuan Rumah: Sarawak)

Kenapa anda WAJIB hadir ke seminar ini?

🌟 Kupasan topik yang sangat menarik dan relevan merangkumi Hala Tuju OSHMP30, Transformasi Digital & AI dalam KKP, Revolusi Pematuhan Loji, Pengurusan Kerja Pembinaan, dan Pengawalseliaan Bahan Kimia.
🌟 Mendapatkan tafsiran Akta 514 yang lebih tepat serta maklumat terkini dasar kerajaan.
🌟 ACARA KEMUNCAK: Sesi Dialog eksklusif bersama YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia serta Pengarah-pengarah JKKP Negeri.
🌟 Membina jaringan kerjasama strategik bersama rakan industri yang lain.
🌟 Peluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui sesi Cabutan Bertuah termasuk Cabutan Bertuah Perdana!
🌟 10 MATA CEP layak diberikan kepada para peserta!

Siapa yang patut mendaftar?
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Penyelia Keselamatan Tapak (SSS), Penyelaras KKP (OSH-Coordinator), Pengendali Perancah, Eksekutif OSH, dan Pengurus Fasiliti.

Penyertaan akan dibuka tidak lama lagi! Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran seminar ini akan disusuli dalam masa terdekat.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
πŸ—“οΈ LOCK TARIKH INI DI KALENDAR ANDA SEKARANG! πŸ—“οΈ
Jangan sampai terlepas bas! Kami akan 'gegarkan' zon anda pada bulan Januari nanti. Bulatkan tarikh-tarikh keramat ini supaya anda tak terlepas 10 mata CEP yang berharga:

Sedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi? Pastikan anda kongsikan post ini dan tag rakan-rakan KKP anda di ruangan komen! Jumpa anda di sana! πŸš€

19/10/2026

Address

The I-CON, Aras 11 (West Wing)No. 1, Jalan 1/68FJalan Tun Razak
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH WPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH WPKL:

Shortcuts

Share