SMK Bandar Tun Razak - BTRians

SMK Bandar Tun Razak - BTRians

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Bandar Tun Razak - BTRians, SMK Bandar Tun Razak, Jalan Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur.

Visi & Misi Sekolah :
βœ” Mencapai % layak dapat sijil SPM 95.96%
βœ” Meningkatkan % kehadiran murid kepada 88.5%
βœ” Meningkatkan % murid mencapai gred A dan gred B PAJSK kepada 22.34%

Motto Sekolah :
"Berilmu, Berakhlak, Berbakti"

20/03/2026

Alunan takbir yang bergema pada malam ini menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan hadirnya Syawal yang mulia.

Semoga segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT serta segala kekhilafan diampuni.

Pihak sekolah dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga sekolah, para ibu bapa serta komuniti setempat.
Maaf Zahir dan Batin.

Andai terdapat salah dan silap sepanjang pergaulan, tutur kata mahupun dalam urusan, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan terus mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™

Ikhlas daripada:
Pentadbir & Warga Sekolah
SMKBTR

13/03/2026

Majlis Iftar Tautan Hati Ramadan 2026

02/03/2026

Alhamdulillah 🀍✨

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pengiktirafan yang amat bermakna ini.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah atas penerimaan Sijil Cemerlang daripada Kementerian Pendidikan bagi Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari bagi Tahun 2025.

Pengiktirafan ini adalah hasil komitmen, integriti dan kerjasama berpasukan semua pihak β€” barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan serta seluruh warga sekolah yang sentiasa memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa akan datang.



Photos from SMK Bandar Tun Razak - BTRians's post 09/02/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet dan guru SMK Bandar Tun Razak yang terlibat dalam Kejohanan Memanah MSSD Pudu/Bangsar/Keramat/Sentul 2026 yang telah berlangsung pada 3–6 Februari 2026 di Stadium Mini Permaisuri, Kuala Lumpur.

Semua atlet sekolah telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Setiap bidikan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina keyakinan, ketahanan mental dan jati diri sebagai atlet sekolah.

π™‹π™šπ™£π™˜π™–π™₯π™–π™žπ™–π™£ π˜Όπ™©π™‘π™šπ™© π™ˆπ™šπ™’π™–π™£π™–π™ π™Žπ™šπ™ π™€π™‘π™–π™

🏹 π˜½π™–π™¬π™–π™ 18 𝙏𝙖𝙝π™ͺ𝙣 π™‡π™šπ™‘π™–π™ π™ž
Nama Atlet: Muhammad Alif Aiman bin Mohd Hafiz
Pencapaian:
β€’ Jarak 1 (70m): πŸ₯‡ Pingat Emas (Johan)
β€’ Jarak 2 (70m): πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
β€’ Jarak 3 (50m): πŸ₯‰ Pingat Gangsa (Ketiga)
β€’ Jarak 4 (50m): πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
Keseluruhan:
πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
βœ… Layak ke MSSWPKL mewakili Zon Pudu

🏹 π˜½π™–π™¬π™–π™ 15 𝙏𝙖𝙝π™ͺ𝙣 π™‡π™šπ™‘π™–π™ π™ž
Nama Atlet: Muhammad Qayyum Fahim bin Mohd Firdaus
Pencapaian:
β€’ Jarak 1 (60m): Tempat Kelima
β€’ Jarak 2 (60m): Tempat Keenam
β€’ Jarak 3 (40m): πŸ₯‰ Pingat Gangsa (Ketiga)
β€’ Jarak 4 (40m): πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
Keseluruhan:
Tempat Keempat
βœ… Layak ke MSSWPKL mewakili Zon Pudu

🏹 π˜½π™–π™¬π™–π™ 15 𝙏𝙖𝙝π™ͺ𝙣 π™‹π™šπ™§π™šπ™’π™₯π™ͺ𝙖𝙣

1️⃣ Nama Atlet: Nur Qaireen Nasuha binti Mohd Firdaus
Pencapaian:
β€’ Jarak 1 (60m): πŸ₯‰ Pingat Gangsa (Ketiga)
β€’ Jarak 2 (60m): Tempat Ketujuh
β€’ Jarak 3 (40m): πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
β€’ Jarak 4 (40m): πŸ₯ˆ Pingat Perak (Kedua)
Keseluruhan:
πŸ₯‰ Pingat Gangsa (Ketiga)
βœ… Layak ke MSSWPKL mewakili Zon Pudu

2️⃣ Nama Atlet: Nur Hana Hayfa binti Mohd Hafiz
Pencapaian:
β€’ Jarak 1 (60m): Tempat Keenam
β€’ Jarak 2 (60m): Tempat Keempat
β€’ Jarak 3 (40m): Tempat Kelima
β€’ Jarak 4 (40m): Tempat Keempat
Keseluruhan:
Tempat Keempat
βœ… Layak ke MSSWPKL mewakili Zon Pudu

3️⃣ Amni Rania binti Amin Zahari
Pencapaian:
β€’ Jarak 1 (60m): Tempat Kesembilan
β€’ Jarak 2 (60m): πŸ₯‰ Pingat Gangsa (Ketiga)
β€’ Jarak 3 (40m): Tempat Kesembilan
β€’ Jarak 4 (40m): Tempat Kelima
Keseluruhan:
Tempat Ketujuh

05/02/2026

πŸš«π˜½π™π™‡π™„ π˜½π™π™†π˜Όπ™‰ π™‚π™π™π˜Όπ™π˜Όπ™‰
Ia menyakitkan, menakutkan dan meninggalkan kesan jangka panjang.

SMK Bandar Tun Razak komited mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bebas daripada buli dan gangguan jenayah seksual.

πŸ‘‰ Jadilah kawan yang prihatin
πŸ‘‰ Berani berkata TIDAK
πŸ‘‰ Berani tampil melapor

Kami sentiasa ada untuk mendengar dan membantu.
Sekolah selamat, tanggungjawab bersama.




04/02/2026

Salam Excellent BTRian ✨ Program seterusnya anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling. β€˜Grow to Great’ ~ Kemahiran Belajar & Motivasi untuk semua tingkatan yang akan bermula esok sehingga minggu depan. Objektif Program:
1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan sikap positif, disiplin diri dan motivasi dalaman dalam pembelajaran.
2. Membantu murid mengenal pasti potensi, kekuatan diri serta gaya pembelajaran masing-masing.
3. Membekalkan murid dengan kemahiran belajar yang berkesan seperti pengurusan masa, teknik mencatat nota dan persediaan menghadapi peperiksaan.
4. Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menetapkan matlamat akademik yang realistik dan berusaha mencapainya secara berterusan.
5. Membentuk minda berkembang (growth mindset) agar murid lebih berdaya tahan, tidak mudah berputus asa dan berani mencuba.

Semoga program berjalan lancar dan anak2 BTR mendapat manfaat daripada program ini πŸ₯°πŸ€—

Photos from SMK Bandar Tun Razak - BTRians's post 28/01/2026

π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π— π—˜π—₯π—˜π—‘π—§π—”π—¦ π——π—˜π—¦π—” π—¦π— π—žπ—•π—§π—₯ 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 2026

Alhamdulillah, Program Kejohanan Merentas Desa yang dianjurkan oleh SMKBTR telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 24 Januari 2026

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, malah berjaya memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan murid. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru, jawatankuasa pelaksana serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga kejohanan ini menjadi kenangan bermakna dan pemangkin kepada gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKBTR.



Photos from SMK Bandar Tun Razak - BTRians's post 16/01/2026

π—œπ—¦π—₯π—”π—ž π— π—œπ—žπ—₯𝗔𝗝 & π—§π—”π—›π—¦π—œπ—‘ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§
16 𝗝𝗔𝗑𝗨𝗔π—₯π—œ 2026 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧)
𝗗𝗔𝗧𝗔π—₯𝗔𝗑 π—–π—˜π—₯π—œπ—”, π—¦π— π—ž 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ 𝗧𝗨𝗑 π—₯π—”π—­π—”π—ž

SMK Bandar Tun Razak telah menganjurkan Program Israk Mikraj dan Tahsin Solat bagi memberi penghayatan kepada murid tentang peristiwa agung Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Program ini bertujuan menyemai kefahaman tentang kepentingan solat sebagai ibadah utama serta meningkatkan kualiti pelaksanaannya mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Melalui pengisian ceramah dan sesi Tahsin Solat, murid-murid didedahkan dengan hikmah peristiwa Israk Mikraj di samping dibimbing untuk memperbetulkan bacaan dan pergerakan solat. Program ini diharap dapat membentuk sahsiah murid yang beriman, berdisiplin dan sentiasa menjadikan solat sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan memberi impak positif kepada seluruh warga sekolah.




Photos from SMK Bandar Tun Razak - BTRians's post 14/04/2025

✨ Majlis Tautan Hati Ramadan: Iftar Ala Madinah SMK Bandar Tun Razak KL ✨

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, majlis Tautan Hati Ramadan: Iftar Ala Madinah telah berlangsung dengan jayanya!

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, dan para penaja yang telah menyumbang dalam pelbagai bentukβ€”tenaga, masa, dan rezekiβ€”bagi menjayakan majlis ini. Sokongan dan keprihatinan anda amat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah serta menyemai semangat Ramadan dalam kalangan warga sekolah.

Semoga segala kebaikan yang dicurahkan diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Teruskan bersama kami dalam membina komuniti sekolah yang penuh kasih sayang dan kebersamaan!




Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


SMK Bandar Tun Razak, Jalan Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras
Kuala Lumpur
56000