Perikatan Nasional

Directions Website

Perikatan Nasional Akaun Rasmi Perikatan Nasional
(2)

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍Saya amat sedih dengan lap...
04/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆
𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍

Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan.

Kini, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

Saya mendesak Menteri Pendidikan memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat mengenai isu keselamatan murid di sekolah, iaitu pada hari esok (Isnin, 5 Oktober 2026), sejurus selepas sesi jawab lisan. Rakyat berhak mendapat jawapan segera.

𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠
𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚

4 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2026, 𝐾𝑢𝑎𝑙𝑎 𝐿𝑢𝑚𝑝𝑢𝑟

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆
𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍

Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan.

Kini, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

Saya mendesak Menteri Pendidikan memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat mengenai isu keselamatan murid di sekolah, iaitu pada hari esok (Isnin, 5 Oktober 2026), sejurus selepas sesi jawab lisan. Rakyat berhak mendapat jawapan segera.

𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠
𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚

4 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2026, 𝐾𝑢𝑎𝑙𝑎 𝐿𝑢𝑚𝑝𝑢𝑟

02/10/2026

📢 LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
20 Rabiulakhir 1448H

👪 Secara ONLINE Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim
- Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu
- Penolong Pengarah UPKN

🌟 Sesi 2
🎤 YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan
- Menteri Besar Kelantan

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB



28/09/2026

Tiada kata pastinya dapat menggambarkan perasaan Ayahanda Tun pada ketika ini.

Kehilangan insan yang begitu dekat di hati, yang telah bersama dalam susah dan senang sepanjang perjalanan hidup, merupakan satu kehilangan yang amat berat.

Saya berdoa agar Allah SWT terus memberikan Ayahanda Tun kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mencurahkan rahmat dan keampunan-Nya ke atas Allahyarhamah Tun Siti Hasmah, menerima segala amal solehnya, serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-fatihah 🤲🏻

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARAPerikatan Nasional merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahat...
28/09/2026

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA

Perikatan Nasional merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, bahkan merupakan seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang telah mencurahkan jasa serta bakti kepada rakyat dan negara sepanjang kehidupannya.

Dalam perjalanan panjang kehidupan dan perjuangan Tun Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa setia berada di sisi, melalui pelbagai fasa s**a dan duka, sama ada ketika memimpin negara mahupun selepasnya. Sebuah perjalanan bersama yang panjang, penuh pengorbanan dan tentunya meninggalkan begitu banyak kenangan buat keluarga.

Perikatan Nasional mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat dikasihi.

Al-Fatihah.

25/09/2026

📢 LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
13 Rabiulakhir 1448H

👪 Secara ONLINE Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 Ustaz Syed Ahmad Ridwan Sayed Md Zain
- Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan
- Pegawai Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK)

🌟 Sesi 2
🎤 YB Dato' Sri Amar D'Raja Ustaz Dato' (Dr) Hj Mohd Amar Abdullah
- Naib Presiden PAS
- Speaker DUN Kelantan

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB



SELAMAT HARI MALAYSIA Di sinilah lahirnya sebuah cinta,yang menyatukan masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya untu...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA

Di sinilah lahirnya sebuah cinta,
yang menyatukan masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga besar bernama Malaysia.

Di sinilah lahirnya sebuah pengharapan,
agar anak bangsa terus bangun membina diri, mencipta peluang, memajukan negara dan menjadi anak watan yang berjaya serta mampu membawa Malaysia lebih jauh ke hadapan.

Di sinilah lahirnya sebuah warisan,
yang menjadi pegangan sebuah nusa dengan beridentiti, berakhlak mulia, berbudi bahasa dan luhur santunnya.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September menjadi ruang untuk kita menghargai kebersamaan seluruh rakyat dalam satu tanah air.

Walau berbeza latar, kita berkongsi satu negara, satu harapan dan satu masa depan.

Perikatan Nasional mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia, tanah air kita bersama.

Terbukti keseriusan Pemuda untuk memimpin agenda Penyatuan Ummah.Minggu lepas, Ketua Pemuda UMNO memenuhi jemputan ke Mu...
10/09/2026

Terbukti keseriusan Pemuda untuk memimpin agenda Penyatuan Ummah.

Minggu lepas, Ketua Pemuda UMNO memenuhi jemputan ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia. Hari ini, Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional memenuhi jemputan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Jabat tangan ini bukan sekadar wayang, tetapi merupakan sambungan siri pengukuhan agenda penyatuan ke arah putik-putik bunga yang bakal mekar di Putrajaya kelak.

Insya-Allah.

𝙉𝘼𝙃𝘼𝙎 𝙇𝙊𝙍𝙄 𝙏𝘼𝙉𝙂𝙆𝙄 𝙎𝙄𝙈𝙀𝙉: 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝘼𝙏𝙆𝙐𝘼𝙎𝘼𝘼𝙉, '𝙎𝙋𝙀𝙀𝘿 𝙇𝙄𝙈𝙄𝙏𝙀𝙍' 𝘿𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙋𝘼𝘿 𝘿𝙀𝙈𝙄 𝙆𝙀𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝘼Perikatan...
02/09/2026

𝙉𝘼𝙃𝘼𝙎 𝙇𝙊𝙍𝙄 𝙏𝘼𝙉𝙂𝙆𝙄 𝙎𝙄𝙈𝙀𝙉: 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝘼𝙏𝙆𝙐𝘼𝙎𝘼𝘼𝙉, '𝙎𝙋𝙀𝙀𝘿 𝙇𝙄𝙈𝙄𝙏𝙀𝙍' 𝘿𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙋𝘼𝘿 𝘿𝙀𝙈𝙄 𝙆𝙀𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝘼

Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragik membabitkan sebuah lori tangki simen dan beberapa kenderaan di 𝑲𝒊𝒍𝒐𝒎𝒆𝒕𝒆𝒓 110.3 𝑳𝒆𝒃𝒖𝒉𝒓𝒂𝒚𝒂 𝑷𝒂𝒏𝒕𝒂𝒊 𝑻𝒊𝒎𝒖𝒓 (𝑳𝑷𝑻1), yang mengorbankan empat nyawa.

Kemalangan sekitar jam 10.55 malam pada Hari Kebangsaan ini amat membimbangkan kerana berlaku pada tempoh yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah pengguna jalan raya sempena cuti umum dan hujung minggu panjang.

PN melihat tragedi ini perlu dijadikan momentum untuk menilai semula pendekatan keselamatan kenderaan perdagangan negara melalui tiga perkara utama:

1. 𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 𝐋𝐈𝐌𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐊𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇𝐍𝐘𝐀

PN memahami bahawa pelaksanaan 'road ban' secara menyeluruh pada hujung minggu panjang atau cuti umum boleh memberi kesan kepada operasi industri pengangkutan, logistik dan pembinaan.

Justeru, pendekatan yang lebih seimbang perlu diberikan keutamaan dengan memastikan 'Speed Limitation Device' (SLD) benar-benar dipasang dan dikuatkuasakan ke atas kenderaan perdagangan yang diwajibkan.

Kerajaan sebelum ini menetapkan penguatkuasaan penuh SLD bermula 1 Julai 2026, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. PN menggesa supaya kerajaan tidak membiarkan penangguhan ini menjadi ruang kepada ketidakpatuhan berterusan.

2. 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗥𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡

Pada masa yang sama, PN menggesa kerajaan mempercepatkan pelaksanaan sistem telematik bagi kenderaan perdagangan.

Telematik membolehkan aspek seperti kelajuan, corak pemanduan dan tingkah laku pemandu dipantau secara berterusan dan secara langsung (live monitoring) oleh operator dan menjana 'rating' untuk tempoh waktu tertentu untuk penilaian pihak berkuasa.
Data ini sepatutnya digunakan bukan sekadar sebagai rekod, tetapi sebagai instrumen penguatkuasaan untuk mengenal pasti operator dan pemandu yang mempunyai corak pemanduan berisiko.

Jika teknologi mampu mengenal pasti risiko sebelum kemalangan berlaku, maka penggunaannya tidak seharusnya dilihat sebagai beban tambahan kepada industri, sebaliknya sebagai pelaburan untuk keselamatan.

3. 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗦𝗣𝗔𝗗 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡

PN sekali lagi mengulangi cadangan supaya fungsi dan kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dinilai untuk dikembalikan dalam bentuk sebuah badan pengawal selia yang lebih berfokus terhadap pengangkutan darat, khususnya kenderaan perdagangan.

Kita memerlukan pendekatan 'continuous compliance monitoring', bukan sekadar memastikan lori mematuhi syarat ketika pemeriksaan berkala, tetapi memastikan pematuhan amalan keselamatan bermula dari pengurusan syarikat sehingga kepada para pemandu dikekalkan sepanjang tempoh operasi.

4. 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥 𝗝𝗨𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛

PN berpandangan bahawa aspek keselamatan tidak boleh diletakkan semata-mata di atas bahu pemandu. Tanggungjawab pengendali atau operator juga perlu diperketatkan, termasuk memastikan jadual kerja yang munasabah, waktu rehat yang mencukupi serta tiada tekanan kepada pemandu untuk mengejar jumlah perjalanan (trip) sehingga mengabaikan aspek keselamatan.

Sudah tiba masanya tindakan tegas turut dikenakan terhadap operator sekiranya siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada amalan pengurusan yang tidak bertanggungjawab dan culas, termasuk memaksa pemandu bekerja secara berlebihan, gagal memberikan rehat yang mencukupi atau menyusun jadual perjalanan yang tidak munasabah.

Begitu juga dengan aspek penyelenggaraan kenderaan. Operator perlu dipertanggungjawabkan sekiranya didapati gagal memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi, termasuk masalah sistem brek, tayar yang tidak memenuhi piawaian keselamatan, kerosakan komponen kritikal atau sistem 'speed limiter' yang tidak berfungsi.

Dengan penguatkuasaan SLD yang tegas, penggunaan telematik secara menyeluruh serta pemantauan operator yang berterusan, keselamatan pengguna dapat dipertingkatkan tanpa perlu terlalu bergantung kepada 'road ban' yang boleh memberi kesan kepada kelangsungan operasi industri.

PN percaya keselamatan jalan raya mesti menjadi keutamaan, namun penyelesaian yang dilaksanakan perlulah tegas, berasaskan teknologi, berasaskan data serta mengambil kira realiti operasi industri pengangkutan.

𝐘𝐁 𝐈𝐫 𝐓𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐢𝐥 𝐍𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐊𝐡𝐢𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐟𝐨𝐥𝐢𝐨 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐮𝐭

SELAMAT BERMUKTAMAR PAS KALI KE-72Perikatan Nasional mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemer...
02/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR PAS KALI KE-72

Perikatan Nasional mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemerhati sempena Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-72.

Semoga medan muktamar ini terus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, mematangkan gagasan perjuangan serta menyatukan tekad dalam membawa suara dan aspirasi rakyat.

Moga setiap perbahasan, pandangan dan keputusan yang dicapai menjadi bekal untuk terus memperkukuh perjuangan demi agama, rakyat dan negara.

Teruskan melangkah dengan hikmah, istiqamah dan semangat kesatuan.

Selamat bermuktamar!

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share