27/09/2023
Henry Ford is the reason we have a 40-hour work week.
During the Industrial Revolution, it wasn't uncommon for workers for have 72-hour work weeks. In 1920, Henry Ford shortened the workweek for his employees down to 40 hours per week.
When the Great Depression hit, the government saw Ford's shorter workweek as a way to fight the unemployment crisis and laws made the 40-hour workweek the norm in the U.S.
01/06/2021
Sudah berapa kali MCO dilaksanakan tetapi masih ada majikan/senior managers/middle managers tidak faham (ataupun pura-pura tak faham) maksud SOP (standard operating procedures) kehadiran 20% ke tempat kerja dan ini masih berlaku di syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Sila maklum:
1) 20% kehadiran BUKAN dikira dalam satu department sahaja. Perlu dikira secara keseluruhan dalam satu premis/pejabat.
2) 20% adalah maksimum. Bukan perlu ada di premis/pejabat pada satu masa 20%. Kalau sorang pun tak pergi ke pejabat, lagi bagus. Ini menunjukkan syarikat itu sudah efficient dan boleh jadi produktif secara independant.
3) Pergi pejabat atas urusan PERLU berada di pejabat secara fizikal sahaja. Contoh: sistem belum dimuatnaik secara online jadi perlu ke pejabat untuk execute kerja. Ataupun server down, technician perlu ke pejabat untuk perbetulkan server dan sebagainya. Kalau semua boleh dibuat secara online dan dari rumah, tak perlulah untuk pergi ke pejabat. Asalkan kerja jalan walau dimana pun tempat bekerja.
4) Semua mesyuarat mesti dilaksanakan melalui Online. Mesyuarat secara fizikal bersama orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
Ramai majikan (managers & HR department) gagal dalam percubaan untuk "break the chain of this pandemic" atas sebab berikut:
1) Nak tunjuk department rajin dan konon banyak kerja pada big boss. Akan tetapi manager ini hanya kerah orang bawahan pergi pejabat. Dia sendiri tidak muncul. Kalau muncul pun hanya datang tak sampai setengah jam pada waktu pagi kemudian keluar entah ke mana sehingga hampir waktu untuk punch out. Ini yang dinamakan Abuse of Power dan sangat tidak produktif sebab kerja tidak jalan.
2) Tidak peka dan kurang faham serta tidak peduli terhadap SOP lockdown.
3) Tidak faham atau tidak peduli objektif dan inisiatif kerajaan untuk hapuskan wabak Covid-19.
4) Majikan/Manager tiada sifat empati.
HR Department perlu tegas saring semua pengeluaran surat kebenaran bekerja di pejabat. Mintak cukup maklumat dan bukti sebab-sebab dan apa perlunya sangat pekerja pergi ke pejabat. HR Department juga perlu keluarkan Company Policy & HR SOP mengenai bekerja di pejabat serta jadual berkala sanitasi premis selagi wabak Covid-19 masih wujud. Kalau ada keperluan berada di pejabat, pastikan dibahagikan sama rata antara pekerja didalam department tersebut (termasuk Ketua Jabatan juga), bukannya seorang sahaja yang perlu ke pejabat, sila ada jadual alternate work at office & work from home (perlu bersikap adil). Ini semua tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin (no health hazard). Sebagai rakyat kita patuh SOP, jadi, mainkan peranan sebagai majikan memandangkan peratusan rakyat yang dijangkiti wabak Covid-19 daripada tempat kerja juga tinggi. Ingat, matlamat kita semua nak hapuskan wabak Covid-19.
Kalau tak faham, jangan malu bertanya hanya kerana pangkat "Manager". Lebih patut rasa malu kalau tak tahu dan buat salah. Jangan aniaya pekerja. Kalau pekerja positif Covid-19, boleh juga berjangkit pada keluarganya...renungkanlah kalau ada anak kecil, warga emas atau isteri mengandung terkena jangkitan. Nauzubillah minta disimpang...semoga kita semua dilindungi dari wabak covid-19 & penyakit2 kronik, kuatkanlah kesihatan kami. Aamiin ya rabbal aalamiin.
12/04/2021
Selamat Berpuasa to you and your family! π»
27/11/2020
Haloo! Thanks to all applicants for submitting your full resume.
Updates on position:
1) Project Manager and Graphic Designer positions are closed.
2) F&B crews hiring process is on hold due to CMCO. Hiring process will resume as soon as CMCO has ended.
3) IT Professionals (Developers) positions are still open for application. Feel free to email your full resume to [email protected]
4) Business Analyst position is still open for application. Feel free to email your full resume to [email protected]
All the best in your future endeavours!
19/11/2020
Haloo!
Permohonan untuk pekerjaan kosong untuk F&B (Food & Beverage) ditutup. Semua permohonan melalui emel dan Whatsapp yang lengkap dengan resume/CV sedang diproses. Permohononan melalui facebook yang tidak lengkap dengan pengalaman bekerja dan butir diri tidak dapat diproses. Akan tetapi permohonan untuk jawatan-jawatan IT Professionals dan lain-lain masih dialu-alukan. Sila emel resume ke [email protected]. Harap maklum.
Please be informed that job vacancy for F&B (Food & Beverage) positions are now closed. All applications made via email and Whatsapp with complete resume/CV are now being processed. Applications made via facebook with incomplete details on your job experience and personal details will not be further processed. However, IT Professionals vacancies and other positions are still open for application. Feel free to drop your resume via email to [email protected].
Nota: Antara faktor permohonan tidak diproses lanjut termasuklah nama profil facebook yang sememangnya bukan nama sebenar adalah sangat tidak profesional di dalam urusan permohonan pekerjaan, pengalaman bekerja di profil facebook tidak lengkap/tidak masuk akal seperti "kerja kat rumah je"/ "big bos" dan sebagainya, pekerjaan sekarang tidak dinyatakan/tidak masuk akal seperti "goyang kaki"/ "kuli" dan sebagainya. Sesungguhnya saya sangat berharap untuk membantu orang dapat pekerjaan untuk mencari rezeki akan tetapi hanya mereka yang profesional dan mempunyai inisiatif untuk betul-betul bekerja yang saya boleh ikhtiarkan. Harap semua permohonan pekerjaan lebih profesional pada masa akan datang. Jika tidak mempunyai resume/CV, sila emel ke [email protected]. Haloo Madam Su mempunyai servis untuk sediakan resume/CV pada harga yg sangat berpatutan.
18/11/2020
Haloo from Madam Su! π»
Haloo Madam Su's consultancy services slots for this year is now FULL. However, feel free to give me a ti**le βοΈ π for next year's quotation/proposal. Project commencement will be as early as 11th January 2021, Monday.
Thanks for your support, Peeps! πΈπ»πΊ
29/10/2020
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan pekerjaan hanya akan dibalas melalui EMEL pada waktu operasi yang telah dinyatakan di page ini iaitu 11 pagi - 4 petang Isnin hingga Jumaat. Semua pertanyaan berkenaan pekerjaan kosong melalui whatsapp akan diabaikan. Maaf, harap hormat waktu operasi dan harap faham etika memohon pekerjaan bukan lah whatsapp mesej saya pada pukul 12 tengah malam atau 3:30 pagi. Saya tolong orang cari kerja tapi hanya orang yang mempunyai etika pekerjaan dan komitmen yang tinggi. Terima kasih.
All enquiries with regards to job vacancies and job application will only be entertained via EMAIL during hours of work i.e. 11am-4pm monday to Friday as stated on this page. All enquiries with regards to job vacancies/application via whatsapp text will not be entertained. Apologies, please respect my hours of work, please Do Not whatsapp text me at 12 midnight or 3:30 in the morning. I help people to get jobs but only those who value work ethics and commitment. Thank you.