PBSK Bukit Bintang

PBSK Bukit Bintang

Share

Halaman Rasmi dan Terkini Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Bukit Bintang

02/04/2026

APBN 2026 Peringkat WP Kuala Lumpur kini dibuka untuk pencalonan.

1) Kategori Individu Lelaki
2) Kategori Individu Wanita
3) Kategori Pertubuhan Belia

Bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita adalah terbuka kepada belia-belia yang berumur 15 hingga sebelum 30 tahun (lahir sebelum 30 April 2011 dan selepas 30 April 1996)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada : 30 April 2026

Photos from Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 25/03/2026
16/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026
GONG XI FA CAI

Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha.

Semangat perpaduan, keharmonian dan muafakat terus diperkukuh demi kesejahteraan komuniti belia dan masyarakat setempat.
Bersama kita membina generasi belia yang aktif, berdaya saing dan bersatu hati.

Ikhlas daripada:
Pejabat Belia dan Sukan
Kawasan Bukit Bintang

31/12/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dengan penuh kesyukuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua.

Terima kasih atas sokongan padu sepanjang 2025. Marilah kita sambut 2026 dengan azam baharu – lebih aktif, lebih sihat, dan lebih bersatu! Semoga tahun baru ini membawa rahmat, kejayaan dan kebahagiaan buat semua..

Selamat Tahun Baru 2026.

Photos from PBSK Bukit Bintang's post 20/12/2025

Usahawan Belia : Inilah Masanya!

MATRADE X JBSN 😎🔥

Kami bawakan Program Celik Digital Usahawan Belia khas untuk anda. Lebih telus, lebih praktikal dan lebih dekat dengan realiti perniagaan digital!

Jika anda mahu memulakan bisnes, mengembangkan jenama atau berhasrat menembusi pasaran global melalui e-Dagang, inilah program yang anda tidak boleh lepaskan!

📅 23 Disember 2025 (Selasa)
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Ujana Ilmu, Menara MATRADE, KL

KENAPA ANDA WAJIB SERTAI? ✨
✔️ Belajar daripada kisah kejayaan usahawan sebenar
✔️ Fahami potensi e-Dagang rentas sempadan
✔️ Kuasai strategi dan kemahiran pemasaran digital
✔️ Ketahui bantuan kerajaan dan peluang industri

Rebut peluang ini! Tempat adalah terhad! 😱
Imbas kod QR dan daftar sekarang!

Masa untuk melangkah lebih jauh, JBSN Komited! ⚡

05/11/2025

🖍️ JOM MEWARNA & MENANGI HADIAH BEST! 🎨
Para ibu bapa, ambil perhatian! Ajak si cilik anda sertai Pertandingan Mewarna di Karnival Gaya Hidup Rakan Muda!

Ini peluang untuk anak-anak 4-9 tahun tunjukkan bakat seni mereka dan bawa pulang HAMPER MENARIK! 😍

⚠️ TEMPAT SANGAT TERHAD! Hanya 25 orang untuk setiap kategori! Cepat daftar sebelum terlambat!

Daftar Sekarang!
Klik pautan Google Form di bawah untuk menempah slot anak anda: https://forms.gle/qDT5X1JrZErFcMi59

Jumpa anda di sana! Jangan lupa bawa semangat kreatif yang paling awesome! 🎉

05/11/2025

⚽ LIGA FUTSAL RAKAN MUDA: SHOWDOWN REBUT HADIAH WANG TUNAI! 💰
Panggilan kepada semua kaki futsal 15 hingga 25 tahun! Masa untuk tunjuk skill korang dan claim gelaran juara!

Liga Futsal Rakan Muda akan berlangsung seiring dengan Karnival Gaya Hidup Rakan Muda. Ini adalah peluang korang nak balik rumah dengan hadiah wang tunai! 💸

Hanya 8 PASUKAN SAHAJA yang akan berentap!
Daftar Sekarang Juga!

https://forms.gle/cTfDgCB8txbdV6EH6

Tag kawan-kawan korang yang selalu sembang power atas padang tu! 😉

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Helmi di 017-4596643.

05/11/2025

🔥 JOM KELUAR PELUH! AEROBICTHON CHALLENGE DI KARNIVAL GAYA HIDUP RAKAN MUDA@KL 2025! 🔥
Kami cabar anda untuk kekal bertenaga selama 2 jam dan bawa pulang HADIAH MENARIK!

Bukan itu saja, 100 PENYERTAAN TERAWAL akan dapat HADIAH MISTERI! Cepat grab slot anda sekarang!

Sertai kami! Scan QR Code pada poster atau klik pautan Google Form di bawah untuk pendaftaran:
https://forms.gle/8heS7EX79hXW3aAS8

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 1, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Jabatan Belia Dan Sukan WPKL, Jalan Bukit Kiara 1
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 16:30