Perpustakaan MITI

Directions

Perpustakaan MITI Apakah dasar Pusat Sumber dan Maklumat Digital diwujudkan ?

Dasar Pengurusan Pusat Sumber diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses penyampaian maklumat secara jelas dan sampai kepada pengguna.

๐’๐„๐‘๐€๐Œ๐๐ˆ ๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€ ๐Œ๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐’๐”๐ƒ๐”๐“ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Perpustakaan MITI tel...
07/10/2026

๐’๐„๐‘๐€๐Œ๐๐ˆ ๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€ ๐Œ๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐’๐”๐ƒ๐”๐“ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perpustakaan MITI telah terpilih ke peringkat Penilaian Akhir Pertandingan Sudut Bacaan Antara Kementerian 2026 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sesi penjurian telah berlangsung pada 6 Oktober 2026 di Serambi Pustaka MITI.

Bertepatan dengan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kesihatan Mental Tahun 2026, Serambi Pustaka menjadi ruang yang menyatukan buku, bahasa, ilmu dan kesejahteraan, di samping menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga MITI.

Perpustakaan MITI merakamkan penghargaan kepada DBP atas peluang yang diberikan serta kepada barisan panel juri atas penilaian dan perkongsian pandangan yang bermakna.

Semoga Serambi Pustaka MITI terus menyuburkan budaya ilmu dan memberi inspirasi kepada warga MITI

14 September 2026 | Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Bahagian Pengurusan Ilmu dan Makluma...
16/09/2026

14 September 2026 | Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Bahagian Pengurusan Ilmu dan Maklumat Digital (PIMD), dengan kerjasama Surau Al-Rahman MITI, telah menganjurkan Resensi: Gema Sukma di Bumi Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026).

Program yang berlangsung di Perpustakaan MITI ini menampilkan Mejar (B) Datoโ€™ Salehuddin Abd Muttalib (P.G.B) dan Ustaz Khairul Anuar Basri sebagai pembicara, dengan perkongsian yang mengetengahkan nilai kemerdekaan, semangat patriotisme serta kecintaan terhadap tanah air.

Penganjuran program ini menjadi wadah untuk warga MITI menghayati kembali erti kemerdekaan, di samping memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan tanggungjawab dalam membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.




14/09/2026
14/09/2026
Jangan lupa saksikan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ง๐ฌ๐ข: ๐†๐ž๐ฆ๐š ๐’๐ฎ๐ค๐ฆ๐š ๐ƒ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š secara langsung hari ini bersama Mejar (B) Dato' Salehu...
14/09/2026

Jangan lupa saksikan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ง๐ฌ๐ข: ๐†๐ž๐ฆ๐š ๐’๐ฎ๐ค๐ฆ๐š ๐ƒ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š secara langsung hari ini bersama Mejar (B) Dato' Salehuddin Abd Muttalib dan Ustaz Khairul Anuar Basri pada pukul ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  - ๐Ÿ’.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ini.

Program Library2U @ Serambi PustakaPada 26 Ogos 2026, Perpustakaan MITI telah melaksanakan Program Library2U bertempat d...
04/09/2026

Program Library2U @ Serambi Pustaka

Pada 26 Ogos 2026, Perpustakaan MITI telah melaksanakan Program Library2U bertempat di Serambi Pustaka, Aras 1, berhadapan Ronamera Cafe. Program ini merupakan inisiatif untuk mendekatkan perkhidmatan perpustakaan kepada warga MITI dengan menyediakan akses kepada bahan bacaan dan perkhidmatan perpustakaan secara lebih mudah dan santai.

Serambi Pustaka diwujudkan bersempena penyertaan Perpustakaan MITI dalam Pertandingan Sudut Bacaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ruang ini direka sebagai serambi ilmu yang selesa dan kondusif, membolehkan warga MITI membaca, meneroka bahan bacaan serta meluangkan masa dalam suasana yang santai.

Menerusi Program Library2U, warga MITI berpeluang membuat peminjaman buku, mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan serta mendaftar u-Pustaka bagi memperluas akses kepada sumber maklumat digital. Program turut dimeriahkan dengan Kuiz Kemerdekaan bersempena Bulan Kebangsaan, yang menguji pengetahuan peserta berkaitan sejarah, tokoh dan fakta menarik Malaysia serta menawarkan hadiah menarik kepada para peserta.

Penganjuran Library2U @ Serambi Pustaka diharap dapat menyemarakkan budaya membaca, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mendekatkan warga MITI dengan perpustakaan, di samping menyemai semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan.

๐Ÿ“šBENGKEL ULASAN BUKU: DARI BACAAN KE PEMIKIRAN๐Ÿ’กTerima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Ulasan Bu...
25/08/2026

๐Ÿ“šBENGKEL ULASAN BUKU: DARI BACAAN KE PEMIKIRAN๐Ÿ’ก

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Ulasan Buku: Dari Bacaan ke Pemikiran pada 17 Ogos 2026 (Isnin) yang lalu! Bengkel ini telah berjaya memberi kefahaman mendalam tentang fungsi, bentuk, dan ciri-ciri ulasan buku secara profesional. Sepanjang sesi, para peserta telah dibimbing untuk membaca secara aktif, mengenal pasti idea serta hujah utama, dan dilatih menghasilkan ulasan yang tersusun, analitis, seimbang, serta relevan. Program ini juga telah membantu meningkatkan keyakinan para peserta dalam menyampaikan ulasan buku secara lisan dengan lebih berkesan. Terima kasih atas sokongan anda! โœจ

BengkelUlasanBuku

๐Ÿ“š JOM KENALI KOLEKSI ASEAN & APEC DI PERPUSTAKAAN MITI! ๐ŸŒTahukah anda bahawa Perpustakaan MITI turut menyediakan pelbaga...
19/08/2026

๐Ÿ“š JOM KENALI KOLEKSI ASEAN & APEC DI PERPUSTAKAAN MITI! ๐ŸŒ

Tahukah anda bahawa Perpustakaan MITI turut menyediakan pelbagai koleksi berkaitan ASEAN dan APEC yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam menyokong tugasan serta urusan rasmi warga MITI.

Antara koleksi yang tersedia termasuk :

๐ŸŒ Koleksi ASEAN

โ€ข Integrasi serantau dan kerjasama ekonomi
โ€ข Perjanjian perdagangan & integrasi ekonomi
โ€ข Profil ekonomi negara anggota serta data dan analisis pasaran
โ€ข Sejarah dan sosio-budaya negara ASEAN
โ€ข Laporan rasmi dan pelan tindakan Sekretariat ASEAN

๐ŸŒ Koleksi APEC

โ€ข Perdagangan bebas dan pertumbuhan ekonomi rantau Pasifik
โ€ข Fasilitasi perdagangan, tarif dan rantaian bekalan global
โ€ข Ekonomi digital dan PKS
โ€ข Dasar makroekonomi serta trend ekonomi global
โ€ข Deklarasi dan perjanjian pemimpin APEC

โœจ Mengapa koleksi ini penting kepada warga MITI?

๐Ÿ“Œ Pengurusan Dasar โ€“ Merangka dan menyokong polisi berkaitan piawaian antarabangsa
๐Ÿ“Š Risikan Pasaran โ€“ Menyediakan data tepat untuk FDI strategik
๐Ÿค Rundingan Antarabangsa โ€“ Menjadi sumber fakta dan rujukan bagi delegasi Malaysia

๐Ÿ“– Pelbagai koleksi menarik menanti anda di Perpustakaan MITI!

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai khazanah ilmu yang tersedia dan manfaatkan koleksi ini dalam menyokong tugasan serta meningkatkan pengetahuan anda.

Singgah ke Perpustakaan MITI dan terokai khazanah ilmu kami! ๐Ÿ’™

Taklimat Orientasi Pegawai Baharu MITI Bil. 4 Tahun 2026Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Taklimat Orientasi Pegawai ...
12/08/2026

Taklimat Orientasi Pegawai Baharu MITI Bil. 4 Tahun 2026

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Taklimat Orientasi Pegawai Baharu MITI Bil. 4 Tahun 2026 yang diadakan khusus bagi memberikan pendedahan awal serta membantu proses suai kenal para pegawai baharu dengan persekitaran, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Antara pengisian utama taklimat adalah sesi pendaftaran keahlian Perpustakaan MITI. Inisiatif ini memberi peluang kepada para pegawai baharu untuk mengenali serta memanfaatkan pelbagai koleksi bahan rujukan, sumber maklumat, laporan ekonomi dan penerbitan berkaitan perdagangan, pelaburan serta industri bagi menyokong pelaksanaan tugas dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Semoga keahlian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya sebagai salah satu sumber sokongan dalam melaksanakan tugasan serta memperkaya pengetahuan sepanjang berkhidmat di MITI.

Selamat datang dan tahniah kepada semua pegawai baharu MITI!
Semoga terus cemerlang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Kementerian dan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

12/08/2026

Apa yang akak intern tengah buat tu? ๐Ÿ‘€๐Ÿ“š

Sebenarnya, akak intern sedang memperkenalkan Perpustakaan MITI kepada orang ramai! โœจ

Tahukah anda? Perpustakaan MITI bukan sekadar tempat untuk membaca, malah menyediakan pelbagai koleksi, kemudahan dan sumber maklumat yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan rujukan dan menambah pengetahuan.

๐Ÿ“š Sama ada anda seorang pelajar, penyelidik, penjawat awam, profesional atau pencinta ilmu, Perpustakaan MITI sedia menjadi salah satu destinasi untuk meneroka pelbagai sumber berkaitan perdagangan, pelaburan, industri dan ekonomi.

Jadi, kalau belum pernah berkunjung, jom singgah ke Perpustakaan MITI! โœจ
Kenali kemudahan kami, terokai koleksi yang tersedia dan jadikan perpustakaan sebagai sebahagian daripada perjalanan pembelajaran anda.

๐Ÿ“ Perpustakaan MITI
Ruang ilmu, sumber maklumat dan pembelajaran untuk semua.

Jom ke Perpustakaan MITI โ€” terokai ilmu, perkaya pengetahuan! ๐Ÿ“–โœจ

Address

Level 2, Ministry Of International Trade And Industry
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan MITI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category