Majlis Ulamak UMNO

Majlis Ulamak UMNO

Share

Majlis Ulamak

20/10/2023
10/10/2023

Jom saksikan wawancara HIWAR DINI malam ini jam 9.00 malam bertajuk PALESTIN BERDARAH KEMBALI; APA PENDIRIAN MALAYSIA?

di medium FB UMNO ONLINE & PENERANGAN UMNO
Bersama-sama.....
Moderator: Dato' Othman Desa,Pengerusi Veteran UMNO Malaysia.

Panelis 1:Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia

Panelis 2: Dato Mohd Yusof bin Din, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Intelek Malaysia

Anjuran bersama: Majlis Ulama UMNO & Penerangan UMNO Malaysia




Photos from Majlis Ulamak UMNO's post 09/10/2023

KENYATAAN MEDIA
DUNIA GAGAL HENTI KEGANASAN YAHUDI KE ATAS PALESTIN

1. Allah SWT berfirman:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
“Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (yakni Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

2. Majlis Ulama UMNO Malaysia ingin menegaskan bahawa rakyat Palestin telah ditindas secara zalim dengan pelbagai tekanan, sekatan dan serangan sejak penubuhan negara haram zionis. Ia merupakan penderitaan dan penodaan perit yang dilalui oleh seluruh lapisan masyarakat Palestin.

3. Kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman ini sudah tentu akan memanjangkan lagi konflik ini kepada suatu noktah yang tidak berakhir bahkan akan mengorbankan lebih banyak nyawa mereka yang tidak berdosa.

4. Oleh itu, Majlis Ulama UMNO Malaysia menuntut agar kezaliman ke atas rakyat Palestin dihentikan dan hak mereka dikembalikan. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersidang segera untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan hak rakyat Palestin yang dicabul.

5. Majlis Ulama UMNO Malaysia juga menyeru agar para ulama dan seluruh umat Islam terus mendoakan agar Islam dan umat Islam dipelihara serta dikurniakan kemenangan di mana sahaja mereka berada.

MAJLIS ULAMA UMNO
9 Oktober 2

18/09/2023

LALUAN KHAS UNTUK PELAJAR TAHFIZ IKUTI ALIRAN TVET.

Kredit: MalaysiaGazette

Photos from Majlis Ulamak UMNO's post 05/09/2023

KENYATAAN MEDIA MAJLIS ULAMA UMNO MALAYSIA
oleh
DATO' DUSUKI AHMAD
Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia

Majlis Ulama UMNO ingin merakamkan rasa syukur setulusnya atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepaskan tanpa membebaskan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan setelah mengambil kira keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding kesemua kes tersebut.

Keputusan itu dibuat setelah terbongkarnya semua memo taklimat yang disediakan oleh Ahmad Akram Bin Gharib, Timbalan Pendakwaraya kepada Peguam Negara pada waktu itu (Tommy Thomas) yang telah mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada sebarang bukti menjuruskan kepada sebarang perlakuan jenayah.

Keputusan ini telah menafikan segala tohmahan yang tidak berasas terhadap beliau yang terpaksa beliau hadapi selama ini.

Keputusan ini juga dapat membersihkan nama beliau yang menjadi sasaran kecaman oleh mereka yang tidak bertanggunggjawab semata-mata ingin meraih keuntungan politik. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang bersabar terhadap mehnah yang dilalui.

Dengan demikian benarlah apa yang diyakini oleh pemimpin-pemimpin dan pendokong UMNO sebelum ini bahawa YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dizalimi dan beliau menjadi mangsa pendakwaan politik sejurus selepas PRU-14.

Kezaliman terhadap YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysi (BERSATU) mengancam supaya Presiden UMNO membubarkan UMNO. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam buku memoirnya yang bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang jelas memperakui terlibat secara langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik yang berpengaruh pada waktu itu.

Kita mendoakan agar penganiayaan yang bermotifkan politik seumpama ini tidak berulang lagi pada masa yang akan datang apatah lagi berlaku ke atas mana mana rakyat Malaysia.

Majlis Ulama UMNO dan Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia mengajak semua umat Islam berpegang pada prinsip keadilan Islam iaitu seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan sebaliknya.

Ia penting dan menjadi satu pengajaran yang amat berguna untuk generasi yang akan datang. Itulah prinsip perundangan dan prinsip bermasyarakat di dalam Islam. Dengan prinsip ini keharmonian sesebuah masyarakat akan terus mekar terjaga.

Majlis Ulama UMNO Malaysia turut optimis keputusan ini akan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan ahli UMNO bahawa setiap yang hak dan benar itu pasti akan muncul dan rakyat akan menilai apa yang berlaku .

Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al Isra' ayat 81 :

وَقُل جاءَ الحَقُّ وَزَهَقَ الباطِلُ ۚ إِنَّ الباطِلَ كانَ زَهوقًا

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”

Semoga Allah terus merahmati dan memberkati YAB Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menabur bakti di bumi Malaysia yang tercinta ini.

DATO' DUSUKI AHMAD
Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia
5hb. September 2023

19/08/2023

Universiti Tahfiz Al-Quran Bakal Dibina Di Pahang.

Jangan sentuh 3R semasa berkempen - Majlis Ulama UMNO 25/07/2023

Semua parti yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi perlu tahu kepentingan menghindari isu yang sensitif terutamanya mengenai agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Jangan sentuh 3R semasa berkempen - Majlis Ulama UMNO Mendesak agar sebarang bentuk penghinaan kepada institusi diraja diambil tindakan yang tegas menurut lunas undang-undang negara kerana ia akan menggoyahkan keutuhan kesetiaan dan ketaatan kepada sultan dan raja Melayu yang menjadi tonggak ulil amri di negara ini. - Majlis Ulama UMNO.Mendesak agar se...

28/06/2023

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
10 ZULHIJJAH 1444H

09/06/2023

Ucapan Dasar Presiden UMNO




07/06/2023

SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN UMNO SELURUH NEGARA

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


WTC
Kuala Lumpur