02/10/2026
Pada 19 hingga 20 September 2026, di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, Miri, Sarawak telah berlangsung Program Santuni MADANI yang dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti. Program pada kali ini dianjurkan oleh Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri
Program dua hari ini merupakan inisiatif berteraskan kemasyarakatan bertujuan memperkukuh hubungan antara Kerajaan dengan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran awam berkaitan aspek keselamatan, kesejahteraan dan tanggungjawab komuniti.
Antara pengisian program adalah reruai pameran agensi Kerajaan, senamrobik, gotong royong, jualan Rahmah MADANI, demontrasi kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), penyampaian ceramah kesedaran oleh PDRM bertajuk “Jerat Digital” dan SEARCCT dengan tajuk “Ada Apa Dengan Gaming” serta pertandingan mewarna kanak-kanak
YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program Santuni MADANI ini dan mengajak masyarakat di Lambir, Miri khususnya mengambil peluang keemasan dengan memanfaatkan segala perkhidmatan awam yang disediakan oleh Kerajaan. Beliau juga amat mentitikberatkan berkaitan pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan sosial masyarakat dan belia.