Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation

Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation, Unit L3-E-1A & L3-E-1B, Level 3, Enterprise 4, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) merupakan sebuah agensi peneraju inovasi sosial yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dalam usaha untuk memacu inovator akar umbi secara inklusif dan mampan.

05/06/2026

πŸ“’ Penyertaan Kini Dibuka!

TVET Mind Challenge 2026 merupakan platform yang menguji kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan strategi dalam kalangan pelajar TVET.

πŸ“… Tarikh: 5 – 7 Jun 2026
πŸ‘₯ Terbuka kepada semua pelajar TVET

πŸ“² Sila imbas kod QR yang tertera pada poster untuk menyertai pertandingan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan potensi dan keupayaan anda.

01/06/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kesejahteraan buat semua, serta terus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Ikhlas daripada:
Yayasan Inovasi Malaysia

01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG МАНА MULIA SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN
IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan dan Kakitangan Yayasan Inovasi Malaysia

31/05/2026

Selamat Hari Gawai kepada seluruh rakyat Sarawak dan semua yang meraikannya. Gayu Guru Gerai Nyamai! 🌾✨

29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan khususnya masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) di Sabah, Malaysia.

26/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha πŸŒ™
Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga tentang keikhlasan hati, kesabaran dan rasa syukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. 🀍

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

26/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Arafah ✨

Semoga hari penuh keberkatan ini dipenuhi dengan doa yang mustajab, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. πŸ€²πŸŒ™

21/05/2026

Ketelitian dalam semakan bukan sekadar proses, tetapi satu amanah dalam memastikan kesahihan dan ketepatan setiap naskhah.

Usaha yang kecil hari ini membawa nilai besar kepada pemeliharaan ilmu dan manfaat generasi akan datang.

Photos from Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation's post 18/05/2026

✨ Teknologi untuk Inklusiviti, AI untuk Ummah ✨

Seramai 78 peserta daripada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) Terengganu telah menyertai Bengkel 2/2026: Kecerdasan Buatan dalam Aplikasi TasheehQu (Local Content) yang berlangsung pada 17–18 Mei 2026 di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Bengkel ini memberi fokus kepada penilaian penguasaan bacaan al-Fatihah dan surah lazim menggunakan aplikasi TasheehQu sebagai medium sokongan pembelajaran al-Quran berasaskan teknologi AI yang inklusif dan mesra OKU penglihatan. πŸ“±βœ¨

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), yang menzahirkan penghargaan kepada pasukan projek serta para peserta atas komitmen dalam menjayakan inisiatif inovasi sosial ini.

πŸ’‘ TasheehQu bukan sekadar aplikasi, malah berpotensi menjadi model teknologi inklusif nasional dalam memperkasa akses pendidikan agama kepada komuniti OKU penglihatan serta merapatkan jurang digital masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini termasuk UniSZA, pasukan projek TasheehQu dan PERTIS Terengganu.

16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang sentiasa sabar mendidik, membimbing dan berkongsi ilmu dengan penuh keikhlasan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. πŸ“šβœ¨

Semoga para guru sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah yang mulia ini.

Selamat Hari Guru 2026. 🌸

Ikhlas daripada:
Barisan Pengurusan dan Warga Yayasan Inovasi Malaysia

#2026

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Unit L3-E-1A & L3-E-1B, Level 3, Enterprise 4, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00