02/08/2023
Kerajaan perpaduan bukan kosmetik politik, ini adalah kerjasama hingga ke akar umbi. - Datuk Megat Zulkarnain Omardin
Komunikasi Rasmi Barisan Nasional Wangsa Maju
02/08/2023
Kerajaan perpaduan bukan kosmetik politik, ini adalah kerjasama hingga ke akar umbi. - Datuk Megat Zulkarnain Omardin
LIVE SEKARANG
POD45 PRN KEDAH -KALIH BAGI SAMA
Tamu :
Mohammad Nazifuddin bin Mohammad Najib
Moderator :
Hasli Alias
Jeg Hui
https://fb.watch/l_dYq_Elgy/?mibextid=NnVzG8
07/06/2023
TABUNG PENDIDIKAN MELAYU
Setelah 77 tahun, UMNO akhirnya memiliki Tabung Pendidikan Melayu.
Ia melengkapkan agenda Melayu UMNO.
Ia menjadikan UMNO parti realis dan berpijak di bumi nyata. UMNO meneruskan “Tradisi membela rakyat”.
Berjihadlah RM 10 setahun. Jika sejuta daripada 3.5 Juta ahli UMNO menyumbang RM10, maka RM10 Juta akan terkumpul setiap tahun.
Ini bermakna Tabung Pendidikan Melayu adalah keringat ahli UMNO sendiri.
Ayuh orang UMNO.
Berjihad RM 10.
Untuk bantuan one off pendidikan.
Untuk bantuan kecemasan pendidikan
Untuk anugerah kecemerlangan pendidikan.
Bangkitlah.
Berjihadlah.
Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO Malaysia.
07/06/2023
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah ingin mengucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada semua perwakilan UMNO seluruh Malaysia yang akan berkampung di WTC bermula hari ini sehingga Sabtu nanti.
Jadikanlah medan persidangan ini untuk mencerahkan segala kekusutan, menerangkan apa yang terkurang dan menjelaskan apa yang tersimpan.
Semoga diakhirnya nanti kita semua akan kekal bersama dalan satu obor perjuangan.
06/06/2023
Selama ini kita tahu yang pihak pembangkang akan selalu meminta supaya usul berkaitan Laporan PAC dibahaskan. Supaya dapat menjadi check and balance kepada kewangan negara.
Tapi kali ini pelik sikit sebab pembangkang beria-ria tak mahu usul Laporan PAC dibahaskan di Dewan Rakyat dan mahu usul itu disokong tanpa dibahaskan.
Rupanya ada udang disebalik batu.
Ini ada salah satu contoh.
Kementerian Kesihatan telah menempah 500 ventilator dan bayaran pendahuluan RM30 juta telah dibuat. Tetapi pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja.
Daripada 136 unit itu p**a, hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak.
Daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dip**angkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat.
Kerugian kepada negara adalah RM13 juta.
Ini baru satu. Ada banyak lagi.
Belum cukupkah satu alasan ini? Atau adakah sudah cukup laungan bersih dan stabil tanpa bukti?
Bacaan penuh dikomen.
01/06/2023
Kenapa PN akan kalah PRN ini?
Pertamanya kita perlu mengkaji mengapa PN menang pada PRU yang lepas.
Secara umumnya rakyat Malaysia telah menolak UMNO dan BN. Rakyat Malaysia ingin memilih sebuah pakatan baru yang boleh memimpin Malaysia.
Ada dua pilihan iaitu PH dan PN. Jadi mengapa ramai rakyat khususnya memilih PN?
PN telah melancarkan slogan PN Best. Yang bermaksud Bersih dan Stabil.
Slogan ini sebenarnya sangat dekat dengan rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan Bersih dan Stabil setelah bosan dengan kerajaan rasuah UMNOBN dan ketidakstabilan politik pasca langkah Sheraton.
Walaupun bagaimanapun, akibat penubuhan Kerajaan Perpaduan, PN gagal untuk membentuk kerajaan dan rahsianya mula terbongkar.
1. Pemimpin PN tidaklah bersih. Pengerusi dan calon PM PN TS Muhyiddin Yassin telah didakwa rasuah dan melarikan cukai negara ke dalam akaun parti sendiri. Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin PN dari PPBM turut didakwa.
2. PN juga terlibat dalam kes rasuah pengundi dengan memberikan tunai. Pengundi juga dipaksa bersumpah mengundi PAS iaitu salah satu komponen PN.
3. PN telah terlibat dengan kes fitnah.
Antaranya kes fitnah tabung haji oleh Dusuki, kes judi oleh Sanusi, kes fitnah lgbt oleh Razman dan beberapa tuduhan oleh Hadi Awang sendiri.
Dengan gagalnya PN membentuk kerajaan, kecenderungan fitnah mereka sedikit sebanyak telah terhalang. Namun pelbagai fitnah masih berjalan di media sosial, namun tidak serancak dahulu.
4. PN juga semasa PRU-15 telah menggunakan dana yang berlebihan. Dengan kempen secara agresif, mereka berjaya memikat pengundi, terutamanya pengundi baru. Tetapi kini dengan akaun parti PPBM yang telah di sita, menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai dana seperti dulu.
5. Rasa ingin bersama kerajaan Persekutuan.
Semasa masuk PRU-15, PN adalah care taker Kerajaan Persekutuan.
Rakyat lebih senang untuk mengekalkan kerajaan Persekutuan sedia ada berbanding menukarnya.
Tapi kini, faktor ini telah berubah.
Oleh yang demikian faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenangan PN sebelum ini telah banyak berkurangan.
Kajian dari pelbagai pihak mendapati PMX semakin diterima ramai dan dipercayai untuk mengekalkan kestabilan politik Malaysia.
Jika rakyat memilih PN. PN akan merasakan mereka mendapat sokongan rakyat dan Kerajaan Perpaduan ditolak rakyat. Oleh itu mereka akan mula merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan seterusnya menyebabkan ketidakstabilan politik.
Politik tidak stabil akan mengganggu ekonomi negara seterusnya menyebabkan kesusahan kepada rakyat itu sendiri.
Kesimp**annya, PN akan kalah pada PRN ini dan tidak akan dibenarkan untuk memang bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan negara.
https://twitter.com/FyrolIkram/status/1663890748213956608?t=O-OF9cDdmBeL2sFFGBtk-A&s=19
17/05/2023
GEMPAR!
FAKTA ISU KALIMAH ALLAH - ISU TERKINI
Penjelasan yang mudah difahami.
Isu yang dinyatakan oleh YBM Menteri KDN, YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kepada kes Jill Ireland vs Kastam.
Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan, tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland.
Pertama, kita fahami kronologi KES:
🗓 2008 : Jill Ireland membawa CD mengenai kristian dari Indonesia (Indonesia menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan Tuhan). Namun CD tersebut dirampas oleh kastam di KLIA. Jill dalam perjalanan dari Jakarta ke Sarawak melalui KLIA.
🗓 2009 : Jill Ireland membawa kes ke Mahkamah. Kes dibicarakan sehingga 2014 (5 tahun).
🗓 2014 : Mahkamah tinggi mengarahkan KASTAM meyerahkan semula CD tersebut kepada Jill Ireland. "Rampasan tidak sah" menurut mahkamah. Susulan itu, KDN merayu kali pertama.
🗓 2021 : Susulan dari kes Jill, kes yang telah lama senyap ini hidup semula apabila mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam oleh CD dibawa oleh Jill Ireland sahaja.
Ehh, tapi, ketika PN, menteri PN rayu!
Jawapan :
Ini kerana pihak Kerajaan/KDN ketika itu kalah di Mahkamah Tinggi 10 Mac 2021 dalam isu ini. Ketika kalah, zaman PN jugak.
Kenapa kalah ?
Jawapan:
Sebab pekeliling arahan KDN pada bulan Mei 1986 (Ketika era Tun M jadi PM) adalah bercanggah dengan keputusan mesyuarat kabinet pada bulan Disember 1986 (Juga ketika era Tun M jadi PM).
Adakah Orang Kristian sudah boleh bawa semua CD-CD agama kristian dengan kalimah Allah di Malaysia ?
Jawapan:
Tidak, kes ini hanya terpakai untuk Jill Ireland.
Adakah Umat Kristian sudah dibenarkan guna Kalimah Allah di Malaysia?
Jawapan:
Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam di Malaysia telah dinoktahkan oleh Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Apandi Ali pada 2013 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria pada 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.
Mahkamah hanya menentukan kes pentadbiran, iaitu sama ada kastam boleh rampas atau kena p**ang balik CD milik Jill Ireland. Mahkamah Tinggi dah putuskan Kastam kena p**ang balik CD-CD milik Jill Ireland, dan kes tutup.
Habis tu, menteri KDN kerajaan madani sekarang benarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?
Jawapan:
Menteri KDN sekarang tak pernah mention benarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim. Isu agama Islam dibawah bidang kuasa Sultan2 negeri dan YDPA. Menteri KDN hanya meyentuh soal rampasan kastam.
Ok, siapa p**a Jill Ireland ?
Jawapan:
Jill Ireland ialah seorang berketurunan Melanau, sebuah suku kaum yang kebanyakannya tinggal di negeri Borneo Sabah dan Sarawak. Bahasa Melayu adalah 'lingua franca' orang Kristian Melanau.
16/05/2023
“KALAU TIDAK DITAHAN SPRM, SAYA TIADA PELUANG BERSIHKAN DIRI”
Khamis lalu, rumah dan pejabat blogger politik serta pemilk saluran tv internet NR Channel, Mohd Rafi Awang Kechik diserbu SPRM untuk satu siasatan berhubung dakwaan rasuah projek berjumlah RM41 juta melibatkan sebuah kementerian.
Seterusnya pada pagi Jumaat, Mohd Rafi direman selama dua hari untuk tujuan siasatan lanjut atas dakwaan menerima rasuah RM1.3 juta daripada sebuah syarikat yang beliau diberi peranan melobi bagi mendapatkan projek tersebut.
Sebaik berita penahanan beliau terdedah kepada umum, pelbagai persepsi dan tanggapan tidak baik segera muncul di pelbagai medium media sosial.
Persepsi yang berlegar dan dimainkan ialah beliau sekarang ini seolah-olah sudah kaya hasil duit rasuah, walhal peranannya hanyalah melobi dan sama sekali tidak memiliki sebarang kuasa mempengaruhi atau meluluskan projek.
Secara umumnya p**a, kerja melobi adalah perkara biasa bukan saja dalam perniagaan, malah dalam hampir semua urusan dunia moden dengan bayaran tertentu dikenakan atas persetujuan bersama.
Untuk bertemu dengan Presiden Amerika pun perlu melalui dan membayar pelobi terlebih dahulu, maka bukanlah asing pelobi juga diperlukan untuk mendapatkan sesuatu projek.
Lumrahnya, tiada syarikat mampu beroleh kontrak tanpa lobi atau tanpa peranan pelobi.
Jadi, di mana Mohd Rafi boleh dianggap bersalah dalam hal ini kerana peranannya sebagai pelobi adalah secara persetujuan bersama?
Mohd Rafi kemudiannya hanya direman selama satu setengah hari di mana beliau telah dibebaskan pada tengahari Sabtu.
Pada Ahad lalu, beliau sekali lagi hadir ke pejabat SPRM untuk menyelesaikan beberapa perkara lain berkaitan siasatan.
Menceritakan peristiwa tersebut, Mohd Rafi berkata, beliau sebenarnya bingung apabila dikaitkan dengan perbuatan rasuah dalam projek yang beliau diminta melobi untuk syarikat terbabit.
Katanya, pada tahun 2020, beliau telah diminta oleh seorang kenalannya untuk mendapatkan minit daripada seorang menteri berkaitan projek yang disertai oleh sebuah syarikat secara tender terbuka dalam sebuah kementerian.
“Dalam tempoh seminggu, saya telah berjaya memperolehi minit daripada menteri yang dikehendaki yang ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian yang lebih kurang maksudnya ialah agar sedia syarikat itu sedia dibantu dalam tender yang disertainya.
“Walaupun ada minit tersebut, syarikat tersebut tidak semudah itu memperolehi tender yang mereka sertai kerana ada beberapa urusan lain perlu dilalui terlebih dahulu.
“Hanya kemudian baru saya ketahui syarikat tersebut akhirnya memperolehi juga tender itu.
“Malangnya, pada tahun 2021, kenalan saya yang memperkenalkan saya dengan syarikat itu telah meninggal dunia dan berikutan itu, saya cuba berhubung terus dengan syarikat berkenaan untuk bertanyakan soal bayaran melobi yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Dalam perbualan itu, syarikat berkenaan kemudian marah-marah serta mengatakan projek tersebut mengalami kerugian dan mereka berhasrat untuk memulangkannya semula.
“Sejak itu, saya tidak pernah berurusan lagi dengan syarikat tersebut dan menganggap mungkin tiada rezeki saya di situ.
“Saya malah sudah melupakannya, lagi pun kenalan saya yang memperkenalkan saya dengan syarikat itu juga sudah pun meninggal dunia,” ujar beliau.
Kata Mohd Rafi, beliau bukan saja bingung apabila rumah dan pejabatnya tiba-tiba diserbu untuk SPRM mencari bukti terhadap rezeki yang pada anggapannya tidak menjadi melalui kerja-kerja melobi, lebih bingung lagi ketika ditunjukkan 23 salinan cek kepadanya.
Semua salinan cek yang ditunjukkan, tambahnya, adalah bayaran daripada syarikat tersebut kepada kenalannya yang sudah meninggal dunia itu.
“Tiada satu pun cek itu tertulis nama saya, tetapi saya yang kena reman,” ujarnya.
Menurut beliau, nasibnya dalam kes ini tidak ubah seperti terkena getah yang orang lain menikmati nangkanya.
Katanya, sementara yakin tidak bersalah kerana dirinya tidak mempunyai sebarang kuasa atau menyalahguna kuasa, malah tidak pun pernah menerima wang, beliau tetap menghormati tugas SPRM dalam menyiasat kes tersebut.
“Cuma, saya ada sedikit kehairanan kerana saya tetap dipakaikan baju oren untuk ke mahkamah bagi tujuan reman, sedangkan amalan itu sudah dihentikan sejak 2019 lagi,” tambahnya.
Ditanya mengenai siapa yang mungkin disyakinya membuat laporan kepada SPRM sehingga beliau direman dan keluarganya turut menerima kesan, Mohd Rafi berkata, beliau tidak ingin berprasangka buruk atau menuduh sesiapa dalam hal ini.
Tetapi, tegasnya, ditahan dan disiasat SPRM telah memberi peluang kepadanya untuk membersihkan dirinya.
Katanya – “Kalau tidak ditahan SPRM, mungkin sampai mati saya akan terus dikaitkan pernah makan rasuah, khianat kawan atau makan duit sorang-sorang”. – ShahbudinHusin 16/05/2023.
“KALAU TIDAK DITAHAN SPRM, SAYA TIADA PELUANG BERSIHKAN DIRI” - Shahbudin dot com Khamis lalu, rumah dan pejabat blogger politik serta pemilk saluran tv internet NR Channel, Mohd Rafi Awang Kechik diserbu SPRM untuk satu siasatan berhubung dakwaan rasuah projek berjumlah RM41 juta melibatkan sebuah kementerian. Seterusnya pada pagi Jumaat, Mohd Rafi direman selama dua hari untuk....