15/01/2026
Mereka bekerja sendiri.
Tanpa waktu tetap. Tanpa jaminan.
Namun tetap kuat mencari rezeki.
LINDUNG Kendiri menghargai setiap usaha itu.
Skim perlindungan PERKESO khas untuk mereka yang bekerja sendiri dan pekerja gig di Malaysia.
Kebenaran akan sentiasa melindungi dengan caruman! π¦ΈββοΈ
12/01/2026
Salam semua dan kepada yang berminat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai *Webinar Percuma* bertajuk *βSaya Bijak E-Filing @ HASiL Putrajayaβ*.
Webinar ini akan membantu anda memahami cara e-filing dengan mudah dan tepat. Sesuai untuk semua pekerja yang ingin lebih bijak uruskan cukai.
π
Tarikh & Masa: [26-Januari (Isnin) dan 10 pagi hingga 1 Petang]
π» Tempat: Online (Percuma)
Segera daftar dan pastikan tempat anda! Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu percuma ini!
Webinar Saya Bijak E-Filing @ HASiL Putrajaya
30/10/2025
Dunia kerja berubah tetapi kini ramai yang memilih untuk jadi boss kepada diri sendiri.
Kena faham dalam kejar rezeki, jangan lupa perlindungan diri juga tanggungjawab penting.
Sebelum anda mula kerja sendiri, pastikan anda tahu 3 perkara penting:
1οΈβ£ Pilih jenis kerja yang sesuai dengan minat.
2οΈβ£ Pastikan umur dan kesihatan berada pada tahap terbaik.
3οΈβ£ Perlulah carum di bawah LINDUNG KENDIRI PERKESO sebagai jaminan keselamatan sosial.
Sama ada anda peniaga kecil, rider, freelancer atau petani moden sekalipun, perlindungan sosial bukan pilihan, tapi keperluan.
π Sertai LINDUNG KENDIRI hari ini dan pastikan anda terus dilindungi, walau bekerja sendiri!
Layari www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.
08/09/2025
π’ Ingat ya geng! Esok ada Karnival Kerjaya π
π Tempat : Pusat Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil 2
ποΈ Tarikh : Esok, Selasa 9 Sept 2025
π Masa : 10 pagi β 4 petang
π Jawatan tersedia di LLC General Trading (M) Sdn Bhd
π― Jangan lepaskan peluang!
Datang meriahkan, bawa sekali kawan-kawan πͺβ¨
08/09/2025
Dahulu banyak nama, kini satu jenama iaitu LINDUNG.
PERKESO menyatukan perlindungan sosial untuk pekerja, graduan, bekerja sendiri dan suri rumah di bawah satu nama yang lebih mesra dan mudah dikenali oleh semua.
Dibawah jenama LINDUNG, arah tuju dan objektif utama organisasi kini lebih dapat difahami bersama dengan slogan utama PERKESO LINDUNG Semua.
Satu nama, empat makna, satu perlindungan untuk semua walau di mana pun anda berada. π
03/09/2025
π JOM SERTAI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS @ WILAYAH KL 2025
π Lokasi: Pusat Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil 2
ποΈ Tarikh: 9 Sept 2025 (Selasa)
π Masa: 10.00 pagi β 4.00 petang
π Jawatan di LLC General Trading (M) Sdn Bhd:
πΉ Hub Sorter
π Delivery Driver
ποΈ Delivery Rider
π― Jangan lepaskan peluang! Bawa kawan-kawan & sertai kami πͺβ¨
20/08/2025
Dengan hanya RM13.10 sebulan, anda dilindungi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO sama ada ketika sakit, kemalangan, atau hilang upaya.
Perlindungan ini pastikan pendapatan anda tak terhenti begitu saja.
Kerja sendiri, tapi . Lindung diri hari ini.
15/08/2025
βKerja sendiri bukan bererti bekerja tanpa perlindungan.β
Ramai pekerja sendiri masih bekerja tanpa sebarang perlindungan. Kini, anda juga berhak dilindungi seperti pekerja bergaji tetap.
Berikut sebab mengapa anda perlu mencarum SKSPS hari ini:
1. Caruman Mampu Milik
Hanya serendah RM13.10 sebulan, perlindungan sosial kini dalam jangkauan semua.
2. Perlindungan Komprehensif
Termasuk pelbagai faedah seperti:
β
Faedah Perubatan
β
Faedah Hilang Upaya Sementara & Kekal
β
Faedah Orang Tanggungan
β
Faedah Pengurusan Mayat
β
Faedah Pendidikan
β
Pemulihan Jasmani/Vokasional
β
Elaun Layanan Sentiasa
3. Untuk Semua Golongan Pekerja Sendiri
Sama ada anda rider, peniaga kecil, nelayan, petani, freelancer, pereka grafik, influencer, artis dan tukang urut sekalipun boleh dilindungi.
4. Cara Bayaran Yang Mudah & Digital
Daftar dan buat bayaran secara atas talian di www.perkeso.gov.my atau aplikasi Prihatin PERKESO
5. Jaminan Masa Depan
Dengan perlindungan ini, anda lebih yakin bekerja dan mampu melindungi keluarga jika berlaku sebarang musibah.
π Carum hari ini, lindung hari esok.
10/07/2025
β οΈ AWAS! Penipuan Menggunakan Nama & Logo KWSP
Nampak macam rasmi, tapi sebenarnya strategi penipuan terkini.
Kini semakin banyak kes penyamaran oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan logo KWSP untuk menipu orang ramai.
π‘οΈ Lindungi maklumat peribadi anda!
Sentiasa semak kesahihan maklumat melalui:
β
Laman web rasmi KWSP
β
Saluran media sosial rasmi
Jangan mudah terpedaya. Sebarkan maklumat ini kepada orang tersayang.