18/09/2021
SSPN-i kini berwajah baharu.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak di samping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
18/09/2021
SSPN-i Plus kini berwajah baharu.
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan yang menawarkan enam (6) pakej simpanan berserta perlindungan takaful. Setelah ia dilancarkan pada tahun 2015, SSPN-i Plus telah berjaya menjadi produk simpanan pilihan utama rakyat Malaysia.
Kini, SSPN-i Plus dikenali sebagai Simpan SSPN Plus. Produk simpanan yang sangat kompetitif dan unik ini merupakan simpanan pendidikan yang digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang sememangnya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran. Dengan mengekalkan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) sebagai Syarikat Pengendali Takaful, Simpan SSPN Plus tampil dengan penambahan 2 lagi Syarikat Pengendali Takaful iaitu Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB). Yang pastinya, Simpan SSPN Plus masih mengekalkan pakej simpanan serendah RM1 sehari yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan manfaat perlindungan takaful yang lebih menarik sehingga RM1.2 juta!
Tunggu apa lagi? Ingin maklumat lanjut? Sila layari www.lovesspn.com
18/09/2021
Simpan SSPN Plus mempunyai enam (6) pakej simpanan yang menarik untuk pilihan anda bermula simpanan serendah RM30 sebulan sahaja.
Adakah anda sudah membuka akaun Simpan SSPN Plus? Jika belum, jom buka akaun hari ini kerana selain mendapat perlindungan manfaat takaful anda turut layak untuk menyertai Kempen yang sedang berlangsung.
Pakej simpanan mana yang menjadi pilihan anda? Kongsikan pakej pilihan anda di ruangan komen kami!
Maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi Simpan SSPN di www.lovesspn.com
18/09/2021
Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.
Simpan SSPN Plus masih mengekalkan pakej simpanan serendah RM1 sehari yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan manfaat perlindungan takaful yang lebih menarik sehingga RM1.2 juta!
Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.
Pilihan di tangan anda, Jom buka akaun Simpan SSPN Plus demi masa depan anak anda.
18/09/2021
[ARTIKEL PILIHAN] PTPTN lancar Simpan SSPN Plus
Produk Simpan SSPN Plus yang dilancarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini, adalah landasan terbaik untuk masyarakat terus menabung bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, Simpan SSPN Plus adalah kesinambungan produk SSPN-i Plus yang ditambah baik dan berwajah baharu dengan tawaran pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.
Menurutnya, Simpan SSPN Plus juga kompetitif dan unik kerana konsep simpanan pendidikan digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful, sekali gus menjadikannya antara pelan simpanan pendidikan terbaik di pasaran. "Produk ini turut menawarkan lebih banyak pilihan kepada pendeposit dengan kerjasama strategik bersama tiga syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad.
Bacaan lanjut boleh layari pautan di
https://www.hmetro.com.my/.../ptptn-lancar-simpan-sspn-plus
Sumber daripada Harian Metro
PTPTN lancar Simpan SSPN Plus | Harian Metro
Kuala Lumpur: Produk Simpan SSPN Plus yang dilancarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini, adalah landasan terbaik untuk masyarakat terus menabung bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
18/09/2021
Kenapa anda perlu membuat simpanan dengan Simpan SSPN Plus?
Simpan SSPN Plus adalah kesinambungan daripada produk SSPN-i Plus yang ditambahbaik dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat menarik menanti pendeposit.
Jom mulakan simpanan pendidikan bersama Simpan SSPN Plus kerana ia merupakan landasan yang terbaik di samping menikmati lebih banyak keistimewaan dan manfaat yang disediakan.
Layari Portal Rasmi SSPN www.lovesspn.com untuk membuka akaun secara dalam talian.
18/09/2021
[HEBAHAN KEMPEN] Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021* menawarkan hadiah yang sangat lumayan bernilai hampir RM240,000.00 untuk 39 orang pemenang.
Kempen ini terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuka akaun dan membuat penambahan deposit dalam tempoh promosi.
Terdapat tiga (3) kategori cabutan bagi kempen ini iaitu:
1) Kategori Platinum - Simpanan bersih RM15,000 dan ke atas
2) Kategori Gold - Simpanan bersih RM8,000 - RM14,999.99
3) Kategori Silver - Simpanan bersih RM200 - RM7,999.99
Jadi, yang mana satu pilihan anda? Jom menyimpan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime anda hari ini!
Tempoh kempen bermula 1 Jun 2021 hingga 30 September 2021.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Maklumat lanjut boleh layari pautan di www.lovesspn.com/StaySafeWinSSPN/
Rebut peluang yang julung kali diadakan ini!
*๐๐ฆ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ฌ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ณ๐ช๐ฎ๐ฆ
18/09/2021
[HEBAHAN KEMPEN] Kempen kini kembali dengan produk SSPN berwajah baharu.
Kempen ini dilancarkan sebagai menghargai pendeposit Simpan SSPN Plus yang sedia ada mahupun yang baharu untuk membuka akaun atau menambah deposit sepanjang kempen ini dijalankan.
Wow! Apa yang lagi menarik tahun ini ialah kami berikan hadiah lumayan sehingga RM320,000 kepada 221 orang pemenang.โฆ See more
08/04/2021
Tahniah kepada semua penerima APC.
MAJlIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020 POLIS DIRAJA MALAYSIA
Majlis telah disempurnakan bertempat di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datoโ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani pada petang 6 April 2021.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan Encik Mohd Rusdi bin Ismail, Pengurus Besar Negeri Kuala Lumpur Encik Ahmad Shahril @ Muhammad Shahril bin Ghazali dan pegawai-pegawai dari Pejabat PTPTN Kuala Lumpur.
Seramai 10,142 anggota PDRM di seluruh negara menerima APC ini berbentuk sumbangan akaun SSPN-i bernilai RM1,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM10,142,000.
Alhamdulillah, PDRM selaku Rakan Strategik PTPTN @ Agensi bertuah kerana mempunyai barisan kepimpinan yang sentiasa menekankan aspek pendidikan untuk masa depan anak-anak.
Antara manfaat utama akaun SSPN-i adalah manfaat takaful ringgit kepada ringgit, di mana sekiranya berlaku bencana kematian kepada anggota penerima APC, anak anggota selaku penerima manfaat akan menerima sebanyak RM4,000.
RM 1,000 - Sumbangan APC anggota
RM 1,000 - Manfaat takaful ringgit kepada ringgit
RM 2,000 - Khairat Kematian.
Selain itu, simpanan dalam akaun SSPN-i ini juga melayakkan anggota mendapat dividen tahunan, pelepasan taksiran cukai, dijamin kerajaan dan patuh syariah.