Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF

Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF, Government Organization, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 16/05/2022

MISI LONDON CRAFT WEEK 2022 (LCW) & MARKETING INTELLIGENT
9 - 15 MEI 2022
LONDON, UNITED KINGDOM
🇬🇧 🇲🇾

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah seminggu saya berada di kota London, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan bersama empat pegawai Kraftangan Malaysia. Lawatan kerja ini bersama delegasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke London Craft Week 2022 (LCW) dalam membantu menyelaras aktiviti pameran (guided tour) dan persiapan London Craft Week 2022 dan aktiviti penerokaan pasaran antarabangsa, kajian pasaran dan pembangunan produk baru yang turut diadakan di sana. Kami turut mengadakan lawatan ke pameran negara-negara lain yang turut sama menyertai London Craft Week 2022.

Saya amat berbangga penyertaan Kraftangan Malaysia dalam program ini kerana dapat mengetengahkan keunikan produk-produk kraf tempatan khususnya produk Tenunan Pahang dan berpeluang untuk terus menyelidik dalam aspek trend pasaran dan produk serta mendapat pendedahan secara langsung aliran semasa dan kehendak pasaran antarabangsa. Selain itu, melalui program ini juga dapat mempromosikan produk kraf Malaysia di persada antarabangsa serta memperkenalkan produk kraf Malaysia yang berkualiti tinggi setanding dengan negara-negara lain. Terima kasih kepada Kraftangan Malaysia yang telah bersama-sama membuat persiapan dalam misi lawatan ke London dan pihak Kementerian yang meluluskan misi lawatan ini.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,
-AIDIDAH IBRAHIM🌸-

01/05/2022

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut ketibaan bulan Syawal yang mulia ini. Dalam kita sibuk membuat persiapan hari raya, jangan kita lupa pada situasi yang sedang melanda negara kita walaupun kita telah melangkah ke fasa endemik. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tahun ini perlu dijadikan iktibar kepada semua.

Sebagai seorang penjawat awam, warga kerja Kraftangan Malaysia perlu melihat ini sebagai satu ibadah untuk berbakti kepada rakyat terutamanya komuniti dan usahawan kraf khususnya..

Kesempatan ini saya dan mewakili warga kerja Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022/1443H Maaf Zahir dan Batin kepada semua dan usahawan kraf di seluruh Malaysia..

Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maafkanlah salah silap saya..

‎،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
‎.كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Semoga Allah menerima amal kita semua ,
Semoga sepanjang tahun kita berada dalam kebaikan.

Ikhlas,
AIDIDAH IBRAHIM🌸

01/05/2022

1 MEI 2022

Selamat Hari Pekerja 2022 kepada seluruh warga pekerja di Malaysia.

Diharapkan setiap amanah yang digalas dapat diterjemahkan secara tuntas dan dipupuk dari hati yang tulus ikhlas. Semoga setiap titik keringat dan usaha kita menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara tercinta diberkati Allah SWT.

“Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”

Ikhlas,
AIDIDAH IBRAHIM🌸

18/04/2022

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1443H kepada muslimin dan muslimat.

Semoga Ramadan ini kita bersama-sama menginsafi dan menjunjung setinggi-tingginya kitab Allah iaitu Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW kerana ia merupakan dua sumber hukum yang utama bagi umat Islam dan menjadi cahaya yang menyuluh di setiap langkah kita.

InsyaAllah.

-AIDIDAH IBRAHIM🌸-

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 04/04/2022

4 APRIL 2022

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA
KRAFTANGAN MALAYSIA DAN MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB)

Pada hari ini, Kraftangan Malaysia berasa amat bertuah dan berbesar hati dengan kesudian Malaysia Airlines Berhad untuk mengikat persetujuan bersama dalam mempromosikan Malaysia di platform digital JOURNIFY.

Saya difahamkan JOURNIFY merupakan platform e-dagang yang dibangunkan oleh Malaysia Airlines Berhad untuk kemudahan pelancong mencari lokasi beli-belah, tempat makan, lawatan dan lain-lain yang info menarik di Malaysia.

Harapan saya dan seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia agar persefahaman ini memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua usahawan dan komuniti kraf sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Syabas Kraftangan Malaysia!

Sekian.

AIDIDAH IBRAHIM🌸

02/04/2022

Assalamualaikum wbt.

Pesan Imam al-Ghazali yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat, yang menyucikan rohani dan jasmani itu “puasa”.

Saatnya untuk kita lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyak ibadah. Dengan segala kerendahan hati, mohon maaf zahir dan batin. Marhaban ya Ramadhan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1443H🌙

Ikhlas,
AIDIDAH IBRAHIM🌸

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 24/03/2022

Rabu | 23 Mac 2022

KRAFTANGAN MALAYSIA X MYCEB

Semalam telah berlansungnya Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kraftangan Malaysia dan Malaysian Conversation & Exibition Bureau (MYCEB). Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berusaha Encik Norazman bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), serta Pengurusan Tertinggi Kraftangan Malaysia.

Kraftangan Malaysia sentiasa mencari peluang dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan. MoU ini merupakan satu inisiatif terbaik di mana produk kraf dijadikan cenderahati rasmi kepada delegasi luar negara yang menyertai acara perniagaan yang berlangsung di Malaysia.

Sekian.

-AIDIDAH IBRAHIM🌸-

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 19/03/2022

Sabtu | 19 Mac 2022

MEREALISASIKAN KESINAMBUNGAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini Kraftangan Malaysia melakar sejarah sekali lagi dengan berlangsungnya Majlis perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sarawak yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Kampus ini merupakan kampus kedua yang dibuka oleh Kraftangan Malaysia. Turut hadir bersama pada majlis ini iaitu YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC. Terima kasih!

Walaupun saya tidak dapat bersama-sama menghadiri majlis tersebut kerana telah disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin, saya sentiasa mendoakan majlis berjalan lancar dengan jayanya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dah tahniah kepada Pengurusan Tertinggi dan warga kerja Kraftangan Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi merealisasikan Majlis Perasmian ini. Diharapkan kampus satelit kedua ini, Kraftangan Malaysia dapat memartabatkan industri kraf melalui pendidikan yang berkualiti. InsyaAllah.

-Aididah Ibrahim🌸-

24/02/2022

HARI KRAF KEBANGSAAN 2022
24 Februari 2022 l Khamis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ini merupakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2022, Alhamdulillah..hujan rahmat membasahi bumi di pagi hari. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua pada hari ini dan urusan perasmian dan sambutan HKK2022 dipermudahkan..Aamiin YRA..

*************

Guna Pakai Produk Kraf Tempatan,
Unik dan Berseni Hasilan Usahawan;
Martabatkan Industri Kraf Jana Pendapatan,
‘Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia’ Ukir Keceriaan.

-AIDIDAH IBRAHIM🌸-

Photos from Kraftangan Malaysia's post 18/02/2022

Jangan ketinggalan mengunjungi Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2022!

🌸17 - 26 Februari 2022
🌸10.00 pagi - 10.00 malam
🌸East Coast Mall, Kuantan Pahang

Pelbagai jualan produk kraf dan aktiviti menarik menanti pengunjung.Jom!

-Aididah Ibrahim🌸-

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 15/02/2022

Alhamdulillah saya baru selesai bersama-sama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang diwawancara secara langsung di dalam SELAMAT PAGI MALAYSIA dalam menguar-uarkan program Citrawarna Keluarga Malaysia & Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2022.

Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan program Citrawarna Keluarga Malaysia dan Hari Kraf Kebangsaan 2022!

-Aididah Ibrahim🌸-

Photos from Aididah Ibrahim - Ketua Pengarah KRAF's post 14/02/2022

14 Februari 2022 l Isnin
*************************

Hadir dirakaman video promo Hari Kraf Kebangsaan 2022 bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya. Terima kasih YB!

Kunjungi HKK 2022 "Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia"!

-Aididah Ibrahim🌸-

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay
Kuala Lumpur
50450