AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia

AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia, Government Organization, Wisma Pertahahan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

14/05/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan W Norlida Binti W Ismail atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti dan Multimedia merangkap Penyelaras Negeri AKRAB Kementerian Pertahanan bagi Negeri Terengganu dan Kelantan bagi sesi 2025/2026

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam memperkukuhkan peranan AKRAB serta menyumbang idea, komitmen dan khidmat bakti yang terbaik kepada organisasi.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus maju jaya dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan.

Ikhlas daripada
Cawangan Pengurusan Psikologi &
Jawatankuasa AKRAB Kementerian Pertahanan
Sesi 2025/2026

14/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN

Cawangan Pengurusan Psikologi, Jawatankuasa AKRAB dan seluruh ahli AKRAB Kementerian Pertahanan dengan penuh penghargaan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Shamshida binti Sahedan atas segala jasa, sumbangan dan bakti yang tidak ternilai sepanjang perkhidmatan beliau dalam Jawatankuasa Publisiti dan Multimedia AKRAB MINDEF sesi 2025/2026.

Beliau kini telah bertukar keluar ke Jabatan Kerja Raya (JKR). Semoga Puan Shamshida terus maju jaya dan cemerlang dalam tugasan serta perkhidmatan di tempat baharu.

Segala dedikasi, komitmen dan usaha beliau dalam membantu memperkukuhkan gerak kerja AKRAB MINDEF akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Ikhlas daripada:
Cawangan Pengurusan Psikologi
Jawatankuasa AKRAB MINDEF
dan seluruh ahli AKRAB Kementerian Pertahanan

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 21/04/2026

MESYUARAT AKRAB BIL. 1 TAHUN 2026

Mesyuarat AKRAB Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 21 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat BPSM, Kementerian Pertahanan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Azmi bin Mohd Demyati selaku Pengerusi AKRAB MINDEF. Turut hadir ialah En. Muhammad Shaharuddin bin Nuji dan Cik Amirah Sofia binti Saidi selaku Pegawai Psikologi CPPs.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan, pelaksanaan serta hala tuju program AKRAB bagi tahun 2026 demi memperkukuh peranan rakan pembimbing perkhidmatan awam di Kementerian Pertahanan.

Adalah diharapkan agar AKRAB Kementerian Pertahanan akan terus melangkah lebih ke hadapan pada tahun ini dengan pelaksanaan program yang lebih berimpak, proaktif serta memberi manfaat yang menyeluruh kepada warga organisasi.

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 19/02/2026

🏕️✨ KEM KEPIMPINAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH (BPS) 2026 ✨🏕️

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Badan Pengawas Sekolah (BPS) Tahun 2026 pada 13–14 Februari 2026, bertempat di SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini dianjurkan bagi membentuk sahsiah, meningkatkan jati diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan barisan pengawas sekolah sebagai pemimpin pelajar yang berintegriti, berdisiplin dan berwibawa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

🌟 Guru-guru Pengawas yang bertungkus lumus menjayakan program

🌟 Barisan Pentadbir sekolah atas sokongan dan dokongan padu

🌟 AKRAB MINDEF Zon Utara:
• En. Suhaili bin Sulaiman
• Sjn Khasri bin Mujin

Komitmen dan perkongsian ilmu yang diberikan amat bermakna dalam membina kepimpinan berkesan dalam kalangan peserta.

Semoga kem ini menjadi titik tolak kepada para pengawas untuk memikul amanah dengan lebih dedikasi, berani membuat keputusan yang tepat serta menjadi contoh terbaik kepada seluruh warga sekolah.

Teruskan melangkah sebagai pemimpin muda yang berprinsip dan berwawasan

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 12/01/2026

Tarikh : 8 Januari 2026
Program: Jemputan Penceramah bagi Kursus Staff & Taktikal Gred 2 Siri 1 2026
Tempat: Akademik Tentera Darat Port Dickson

Peserta terdiri dari Pegawai Tentera Darat dari semua Kor yang berpangkat Kapten & Mejar.

Tajuk Ceramah : Apply Asset Management

Mengambil kira ilmu sebagai Ahli AKRAB & graduan dalam bidang Psikologi ceramah ini banyak membantu saya membina jati diri sebagai seorang speaker. Selain dari tajuk Utama, ceramah disulami dengan terapi ketawa & terapi fokus supaya peserta sentiasa memberi perhatian sepanjang sessi ceramah. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan motivasi, nilai intergriti & jati diri sebagai pegawai yang menggalas tanggungkawab yang amat berat.

Puan Noraaini Binti Abu Hassan
Timbalan Pengerusi AKRAB MinDef merangkap Ahli Jawatankuasa AKRAB Kebajikan 2025-2026.

05/01/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas diucapkan kepada Puan Noraaini binti Abu Hassan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi AKRAB Kementerian Pertahanan bagi sesi 2025/2026. Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Puan Muzdalifah binti Abu Bakar yang kini sedang menyambung pengajian.

Pelantikan tersebut telah dibuat berdasarkan persetujuan Ahli Jawatankuasa AKRAB Kementerian Pertahanan dalam Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 3 Tahun 2025 yang telah diadakan pada 22 Disember 2025 yang lalu.

Diharapkan pelantikan ini akan terus memperkukuh peranan dan fungsi AKRAB dalam menyokong kebajikan, kesejahteraan psikososial serta pembangunan modal insan warga Kementerian Pertahanan secara berterusan dan berkesan.

01/01/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada Puan Muzdalifah binti Abu Bakar, Timbalan Pengerusi AKRAB Kementerian Pertahanan, atas segala jasa, bakti, sumbangan serta komitmen berterusan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sehubungan dengan penempatan beliau bagi cuti belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, pihak kami amat menghargai kepimpinan, dedikasi dan keteladanan yang telah memberikan impak signifikan terhadap pengukuhan peranan AKRAB di Kementerian Pertahanan.

Semoga segala usaha murni ini diberkati serta beliau dikurniakan kejayaan dan kecemerlangan dalam pengajian yang akan ditempuh.

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 22/12/2025

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia Bil. 3/2025 telah diadakan pada 22 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia, Encik Azmi bin Mohd Demyati.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat AKRAB Kementerian yang terakhir bagi tahun 2025. Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh Ahli AKRAB Kementerian atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang tahun dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti, program dan inisiatif sokongan kepada warga Kementerian Pertahanan.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tahun ini memberi manfaat berterusan kepada penjawat awam. Kesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2026 tidak lama lagi dengan penuh kesyukuran. Sekian, terima kasih.

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 11/12/2025

21 Nov 25
SK Seri Samudera,Manjung,Perak

Program Minda Sihat : "Minda Ceria,Emosi Terjaga" telah diadakan melibatkan seramai 240 orang murid yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6.

Program dimulakan dengan acara 'Energize' yang dikendali oleh Pn Suhada serta barisan fasilitator yang terdiri daripada Ahli AKRAB PERAK dan CoFasi untuk mewujudkan suasana ceria dikalangan pelajar

Slot seterusnya sesi 'ice braking' dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dikendalikan oleh Pn Shazila selaku penyelaras program. Tiga aktvti diadakan dalam sesi ini.

1.Mencari Persamaan
-Aktivti ini sebagai pemecah dinding antara pelajar tahun 6 dah 5 untuk pelajar mengenali sesama sendiri bagi wujudkan suasana harmoni serta untuk mewujudkan komunikasi antara pelajar.

2.Fikiranku
-Aktiviti ini memberi peluang pada para pelajar untuk meluahkan apa yang berada dalam fikiran mereka secara gambaran lukisan. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat samaada fikiran para pelajar berada dalam keadaan fikiran sihat atau sebaliknya disamping itu dapat juga menilai emosi para pelajar secara umum.

3.Boleh ke nie?
-Aktivti ini dilakukan secara berkumpulan.Tugasan diberikan kepada setiap kumpulan yang telah dibentuk untuk melihat kemampuan para pelajar bekerja secara kumpulan dan saling menerima pendapat serta pandangan rakan dalam kumpulan untuk selesaikan tugasan

Slot terakhir 'Minda dan Emosi' telah disampaikan oleh En.Azmi (Pengerusi AKRAB MINDEF), Memberikan pendedahan dan rangsangan emosi kepada para pelajar tentang kepentingan minda sihat dan emosi terjaga disamping belajar menghargai para guru yang telah mendidik mereka tanpa jemu melayan karenah para pelajar.

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 02/11/2025

7-10 Okt 2025
LUMUT

Kursus Pengurusan Kaunter dan Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti 96 Hospital Angkatan Tentera telah berlangsung. Kursus anjuran Khidmat Diutamakan 96 HAT telah menjemput AKRAB PERAK (LUMUT) untuk mengendalikan slot latihan dalam kumpulan (LDK)

Kursus yang berobjektifkan peningkatan para perserta untuk mengesan,mengawal,mengatasi dan membantu pelbagai permasalahan aduan dari pelanggan serta mampu mengawal tekanan dalam diri sendiri ketika berhadapan dengan pelbagai ragam daripada pelanggan yang datang berurusan.

Pihak jawatankuasa Khidmat Diutamakan 96 HAT, Lt.Kol (DR) Farah Eziani BintI Hussein (Pengerusi) & Puan Shazila binti Shariff Khan (Setiausaha) merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga pada barisan AKRAB PERAK (Lumut) atas sokongan dan aktivti yang dilakukan.

Photos from AKRAB Kementerian Pertahanan Malaysia's post 02/11/2025

27-29 okt 25
Kem Rekriasi Intan Suraya,Sg Siput,Perak

Kursus Jati Diri Penjawat Awam 96 HAT telah berlangsung.Objektif kursus ini adalah
- Mewujudkan individu bersemangat tinggi,daya tahan yang kuat dan pemikiran kreatif
- membentuk sahsiah diri dari aspek mental,fizikal dan jati diri
- memupuk semgat berpasukan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi

Bagi sesi latihan dalam kumpulan,fasilitator kursus iaitu En.Khairul Anuar Rosli (AKRAB PERAK)telah membuat secara 2 sesi

Sesi 1 : ice breaking

Sesi ini adalah bertujuan untuk memecahkan rasa atau perasaan malu dalam diri bagi memulakan sesuatu perkara.
Kaedah mencari persamaan dikalangan peserta dilakukan.

Sesi 2 : Organisasiku

Pembentukan kumpulan secara campuran jantina dan usia untuk peserta saling berkongsi pendapat dan idea semasa melakukan tugasan yang diberikan.

Semoga para peserta dapat menanamkan semangat kerja berpasukan dalam diri bagi memacu organisasi untuk lebih maju dan akan lebih bermotivasi secara individu

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Wisma Pertahahan, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
53000