19/07/2026
19 Julai 2026 (Ahad) - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam memacu kecemerlangan pengurusan aset Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) melalui penganjuran Majlis Cabutan Undi Kerja-Kerja Senggaraan dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di Unit Tentera Negeri (UTN) Kelantan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia dengan kehadiran kira-kira 500 peserta, termasuk 477 kontraktor G1 yang berdaftar di Negeri Kelantan.
Melalui majlis ini, sebanyak 29 kerja penyenggaraan bernilai RM1.1 juta telah berjaya diundi/sebut harga dan SST telah diserahkan kepada kontraktor yang berjaya bagi pelaksanaan kerja di UTN Kelantan.
Secara keseluruhannya, sehingga kini sebanyak 233 surat lantikan kontraktor dan SST telah dikeluarkan di semua UTN serta pejabat pelaksana di bawah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia melibatkan nilai kumulatif sebanyak RM30.98 juta.
Peruntukan bagi pelaksanaan semua kerja tersebut adalah disediakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Unit Tentera Negeri Kelantan
14/07/2026
14 Julai 2026 (Selasa) - Tahniah kepada En. Afdhal bin Yusof di atas pelantikan sebagai 'Champion Lestari JKR' sempena pH JKR Day 2026
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia
10/07/2026
10 Julai 2026 (Jumaat) - Program Bacaan Yassin & Perkongsian Ilmu Dwi Bulanan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia Tahun 2026 anjuran Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Korporat Dan Strategik (BPKS) & Unit Tentera JKR Negeri Kedah
πTajuk: Kelebihan menjadi Ahli Kesatuan Sekerja
π£οΈEn. Syahizal bin Md Akir
πKetua Bacaan Yassin :
π£οΈTs. Mohd Lokman bin Seman
πTaklimat Imbasan Integriti turut juga dikongsikan bersama oleh pegawai Integriti Cawangan :
π£οΈIr. Norafizal Zuraidin bin Abu Bakar
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Unit Tentera JKR Negeri Kedah
07/07/2026
7 Julai 2026 (Selasa) - Pembentangan Produk Konvensyen Inovatif & Kreatif (KIK) JKR Malaysia Tahun 2026 oleh kumpulan KIK Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia (CSFB), I-DEFECT kepada YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah CSFB.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
07/07/2026
7 Julai 2026 (Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa APMC, Pelan Strategik & Enterprise Risk Management (ERM) Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia (CSFB) Bil. 3/2026 bagi Sukuan 2 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok F, Ibu Pejabat JKR yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah CSFB dan turut di hadiri Ketua Bahagian.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
03/07/2026
1 Julai 2026 (Rabu) - Penyertaan kumpulan KIK ECLIPSE daripada Unit Tentera JKR Negeri Perak, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia dalam Program Penilaian Produk KIK & Due Diligence JKR Malaysia Tahun 2026 di CREaTE, Melaka. Produk KIK yang dipertandingkan adalah Tank Monitoring System bawah Kategori Teknikal.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Unit Tentera JKR Negeri Perak
02/07/2026
πππππ©ππ₯π¬ ππ¦ π’π¨π₯ π£π₯ππ’π₯ππ§π¬
Di JKR, setiap projek yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi skop kerja, malah merupakan amanah untuk menyampaikan penyelesaian terbaik kepada rakyat.
Komitmen kami diterjemahkan melalui:
β
Hasil berkualiti
β
Penyelesaian berkesan
β
Menepati kos
β
Menepati masa
β
Memenuhi harapan rakyat
JKR akan terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi demi memastikan setiap projek memberi impak yang mampan kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
01/07/2026
29 Jun 2026 (Rabu) - LAWATAN TAPAK KE PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN DI SMK BUKIT NENAS (SEKOLAH SUKAN NEGERI), SETIU, TERENGGANU
Suatu lawatan tapak dan mesyuarat telah diadakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia (CSFB) yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah CSFB. Lawatan ini turut dihadiri bersama CSFB, Wakil Pegawai Penguasa, HOPT, Kontraktor Utama serta Nominated Sub-Contractor (NSC).
Fokus utama lawatan dan mesyuarat ini adalah untuk memantau status kemajuan fizikal kerja-kerja di tapak serta kemajuan kewangan projek ini. Turut diberi perhatian adalah masalah dan isu-isu yang dihadapi serta cadangan penyelesaian yang perlu diambil tindakan segera.
Pihak Kontraktor juga diingatkan agar mengambil langkah lebih proaktif untuk mempercepatkan pelaksanaan kerja dan memberi komitmen agar projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan dengan spesifikasi yang ditetapkan.
Perhatian juga diberikan kepada semua pasukan projek yang terlibat agar dapat memberi kerjasama supaya isu-isu yang berbangkit dapat diselesaikan segera bagi melancarkan perjalanan projek ini. Penyiapan projek ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan peringkat sekolah dan kepada pelanggan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Setiu
29/06/2026
29 Jun 2026 (Jumaat) - Program Bacaan Yassin & Perkongsian Ilmu Dwi Bulanan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia Tahun 2026 anjuran Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Korporat Dan Strategik (BPKS) & Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang
πTajuk : Penjagaan Kesihatan Badan
π£οΈEn. Abdul Faiz bin Abd Halim
πKetua Bacaan Yassin :
π£οΈEn. Helmi bin Hashim
πHEBAHAN DAN PROMOSI melalui tayangan Video Montaj bersama warga CSFB
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang