Bahagian Integriti JKR

Bahagian Integriti JKR

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Integriti JKR, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang

18/05/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 13/2026: MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR TANPA KEBENARAN ADALAH SATU KESALAHAN Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Kementerian Kerja Raya Malaysia

06/05/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 12/2026: PERISYTIHARAN HARTA Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )Kementerian Kerja Raya Malaysia

Photos from Bahagian Integriti JKR's post 22/04/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 11/2026: POLISI WHISTLEBLOWING JKR
Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia

06/04/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 10/2026: LARANGAN MENGETIK KAD PERAKAM WAKTU ORANG LAIN Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )Kementerian Kerja Raya Malaysia

01/04/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 9/2026: KESALAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR MalaysiaKementerian Kerja Raya Malaysia

Photos from Bahagian Integriti JKR's post 05/03/2026

PROGRAM KEMBARA INTEGRITI SIRI 2 TAHUN 2026 DI JKR DAERAH MUAR, JOHOR

MUAR, 12 Februari 2026 (Khamis) – Bahagian Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah meneruskan pelaksanaan Program Kembara Integriti bagi Siri 2 Tahun 2026 dengan kerjasama JKR Daerah Muar. Program ini merupakan inisiatif berterusan jabatan dalam memperkukuh amalan tadbir urus terbaik serta memastikan pematuhan terhadap etika kerja dalam kalangan warga JKR di peringkat daerah.

Sesi dimulakan dengan ceramah berkaitan tatacara dan pematuhan dalam perolehan kerajaan yang disampaikan oleh Encik Andi Zulkarnain bin Lamakasauk daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat. Pengisian ceramah tersebut memberi penekanan terhadap penjawat awam dalam memelihara akauntabiliti serta impak positif aspek ketelusan, serta pencegahan rasuah dalam pengurusan perolehan.


Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan ucaptama oleh YBrs. Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah JKR Negeri Johor. Dalam ucapannya beliau menekankan bahawa integriti bukan sekadar prinsip yang diungkapkan, malah perlu dizahirkan melalui tindakan dan keputusan harian. Beliau turut mengingatkan warga jabatan agar sentiasa mematuhi tatacara yang ditetapkan serta memperkukuhkan kawalan dalaman bagi memastikan tadbir urus jabatan pada tahap baik.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ir. Hj. Samri bin Embong, Jurutera Daerah JKR Muar sebagai simbol komitmen berterusan warga jabatan dalam memartabatkan nilai amanah dan akauntabiliti. Sesi penuh bermakna ini telah disaksikan secara rasmi oleh YBrs. Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah JKR Negeri Johor bersama Encik Mohd Fauzi bin Shadollah, Ketua Cawangan SPRM Batu Pahat dan YBrs. Ir. Nooraini binti Ibrahim, Ketua Bahagian Integriti CDPK.
Sesi IBR ini turut diikrarkan dan ditandatangani oleh barisan kepimpinan kanan JKR Johor, antaranya:

i. Ar. Mohd Shahril bin Abdul Talib, Arkitek Penguasa;
ii. En. Mohammad Kamal bin A. Rahman, Jurutera Awam Penguasa;
iii. En. Fairul Azrie bin Yaacob, Jurutera Daerah Batu Pahat;
iv. Ir. Ts. Haji Norazlan bin Mohammad Nor, Jurutera Daerah Kota Tinggi;
v. Ir. Sharul Irman bin Muhamad Tahir, Jurutera Daerah Mersing;
vi. Ir. Mohammad Adam bin Mohd Yazid, Jurutera Daerah Tangkak;
vii. Ir. Muhamad Yusri bin Zainal, Jurutera Daerah Segamat; dan
viii. Ir. Dr. Sharudin bin Ismail, Jurutera Daerah Pontian.

Ini sebagai manifestasi komitmen kepimpinan jabatan dalam membudayakan amalan kerja berintegriti.



Bagi memberi pendedahan khusus mengenai kawalan dalaman, program ini turut memuatkan Taklimat Prosedur Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Keraian serta Sumbangan. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Elina binti Nassli, Ketua Unit Pematuhan daripada Bahagian Integriti JKR Malaysia. Pengisian taklimat ini memfokuskan kepada tatacara pelaporan dan pengurusan hadiah bagi memastikan setiap warga kerja mematuhi peraturan sedia ada serta mengelakkan sebarang bentuk konflik kepentingan dalam urusan rasmi.

Penganjuran Program Kembara Integriti Siri 2 ini diharap dapat memperkukuh komitmen warga JKR Negeri Johor dalam menjunjung prinsip integriti dan akauntabiliti. Usaha ini adalah selaras dengan visi jabatan untuk menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia serta pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan melalui modal insan yang kompeten dan berintegriti tinggi.

Photos from Bahagian Integriti JKR's post 05/03/2026

PROGRAM KEMBARA INTEGRITI SIRI 1 TAHUN 2026 DI JKR DAERAH KLUANG, JOHOR

KLUANG, 11 Februari 2026 (Rabu) – Bahagian Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama JKR Daerah Kluang telah berjaya menganjurkan Program Kembara Integriti Siri 1 Tahun 2026 bertempat di Dewan Kompleks Sukan, JKR Daerah Kluang. Program ini merupakan siri pembukaan bagi tahun 2026 dalam usaha berterusan jabatan untuk membudayakan nilai-nilai murni dan memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja JKR di peringkat daerah.

Program dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh PKPs Mohd Hassan bin Sulaimi, Penolong Kanan Penguasa daripada Unit Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang. Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan akauntabiliti dalam setiap tindakan penjawat awam serta kepentingan penghayatan nilai integriti bagi meningkatkan reputasi organisasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Acara kemuncak program merupakan sesi lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ir. Norlela binti Abu Bakar, Jurutera Daerah JKR Kluang. Sesi lafaz ini turut disertai oleh barisan kepimpinan utama JKR Johor. Sesi penuh bermakna ini telah disaksikan secara rasmi oleh PsK Huzaire bin Ishak, Ketua Cawangan SPRM Cawangan Kluang.

Sesi diteruskan dengan Forum Kembara Integriti yang membincangkan tema “Integriti Teras Kecemerlangan Penjawat Awam”. Forum ini menampilkan perspektif daripada dua panel jemputan:

i. PsK Huzaire bin Ishak (Ketua Cawangan SPRM Cawangan Kluang); dan
ii. Ir. Sharifah Dzain binti Syed Yusof (Ketua Unit Pengukuhan Integriti, Bahagian Integriti JKR Malaysia).

Forum ini dikendalikan oleh Puan Noraini binti Mohd Saleh (Jurutera Jalan JKR Daerah Kluang) selaku moderator. Perkara yang dibincangkan termasuk cabaran dalam mengekalkan piawaian integriti yang tinggi di tengah-tengah kompleksiti tugas kejuruteraan dan pengurusan projek.

Penganjuran siri pertama bagi tahun 2026 ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembudayaan integriti yang lebih kukuh dalam kalangan seluruh warga JKR Daerah Kluang. Semoga setiap warga kerja terus melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, telus dan profesional.

02/03/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 7/2026: JANGAN S**A BERHUTANG ( KETERHUTANGAN SERIUS/URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK) Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia

23/02/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 6/2026: ELAKKAN KEPUTUSAN TERHADAP ORANG YANG ADA KEPENTINGAN Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia

09/02/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 5/2026: LARANGAN MENERIMA DAN MEMBERI HADIAH
Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )Kementerian Kerja Raya Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50480